Wednesday, December 7, 2011

Maaf

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Saya pernah berjanji di page fb back2fitrah, bahawa dalam masa beberapa bulan ini, saya akan isi blog saya dengan pengisian-pengisian. Dan saya kira, saya belum lagi menepatinya. Justeru, di sini saya meminta maaf. Jujurnya, memang tiada alasan yang mampu saya beri. Boleh sahaja untuk saya mencipta alasan, tetapi Allah lebih mengetahui. Saya juga tidak mampu untuk berjanji bahawa saya akan kembali mengisi blog ini seperti dahulu. Namun, apa yang dapat saya katakan hanyalah, saya amat berkeinginan untuk dapat kembali menulis dengan istiqamah. Kembali mencoret beberapa kata, berinti peringatan, yang hakikatnya buat diri saya terutama dan pertama-tamanya dan harapannya dapat bermanfaat buat saudara-saudara seIslam saya yang lain juga. Saya kira, saya menulis dan manfaat dari penulisan itu, saya yang akan paling banyak peroleh. Justeru, dengan tidak menulis, saya yang pertama-tama akan rugi sebenarnya.

InshaAllah, kini, saya sedang mencari kembali momentum dalam penulisan yang telah hilang. Moga Allah permudahkan.

Mohon doa dari kalian juga. ^_^

Moga kalian semua sentiasa berada dalam pemeliharaan-Nya.


" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri'?"
- Surah Fussilat, 41: 33 -

4 komen:

along said...

Salamun 'alayk..

Secara jujur, saya banyak terkesan dengan penulisan enta. Mungkin datangnya dari hati, maka sampainya juga ke hati. Penulisan enta sedikit sebanyak berjaya menyuntik semangat dan menjentik hati untuk bangkit dari lena yang panjang.

Tke ur time akh.Kembalikan spirit yang hilang.

Amin Baek said...

kamon la bro...update laju2 skit..heheh..

kami di utp menunggu2 coretan back2fitrah ni..hehe

Hariz Khair Ad-Deen said...

along,

InshaAllah.. doa2kan. moga spirit itu dapat hadir kembali

Hariz Khair Ad-Deen said...

Amin Baek,

inshaAllah akh.. heheh

xpe, ikhwah2 utp dah boleh dapatkan coretan2 peringatan dr blog coretanku. lg tbaik.. hehe. blog ana xperlu pn xpe