Saturday, May 22, 2010

Sajak: Demi Al-Aqsa Tercinta


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kelak, kita akan dipertanggungjawab ke atasnya.
~pic from i1.trekearth.com


 Demi Al-Aqsa Tercinta

Wahai manusia,
Demi Al-Aqsa tercinta,
Jangan sekali kau kata kau tiada daya,
Diam seribu bahasa,
Mampu berdoa cuma?


Namun,
Apakah erti doa,
Jika usahanya tiada.

Rumah Allah itu kian dirobek,
Saudara seakidah kita pula,
Terus dibunuh, dan diperkosa,
Sungguh kejam, sedangkan mereka juga manusia.

Namun kita,
Hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja?
 Tergamakkah kita?

Bangkitlah kalian,
Demi Al-Aqsa tercinta.

Tepuk dada,
Tanya hati,
Sudahkah cukup aku berusaha?

---
MF
21|05|10
Persoalkan dirimu,
Sebelum kamu dipersoalkan 'kelak'.


Kini, Palestina dan Al-Aqsa terus diasak oleh rejim Zionis. Dan seperti yang kita tahu, ia sebenarnya tidak akan pernah henti.

Antara isu-isu yang agak terbaru, serangan di Khan Younis, penghancuran rumah-rumah penduduk Palestin, dan pembinaan kuil-kuil Zionis di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Kekejaman dan penindasan ini akan berterusan dan tidak pernah henti. Akan ada sahaja pembunuhan, penyeksaan, dan perampasan hak penduduk-penduduk Palestina di sana. Walau mungkin, jarang sekali kita dapat mendengar apa-apa berita dari media di ketika ini. Sedangkan rakyat Palestina, tiap-tiap hari baru mereka, merupakan satu perjuangan yang harus mereka tempuh.

Boleh ikuti perkembangan mereka di http://palestinkini.info/.

Maka, persoalan yang mungkin timbul di benak kita, masih adakah apa-apa usaha, yang mampu kita lakukan bagi membantu saudara-saudara kita di Palestina?

Tidak cukupkah doa-doa yang kita tembakkan untuk mereka?

Saya mahu membiarkan dahulu persoalan-persoalan ini kita fikir sedalam-dalamnya. Saya tidak akan menjawab apa-apa buat masa ini. Mungkin anda semua juga mempunyai pendapat masing-masing.

Nanti, saya akan adakan satu post berkenaan isu ini, akan saya tulis dalam minggu ini, inshaAllah. Nantikannya ye.. (^_^)  [Baca Sini]

Walauapapun sedikit hint  mungkin. Sebab setiap perkara yang berlaku, pasti ada punca dan akarnya. Dan untuk kita mengetahui dan merancang langkah-langkah penyelesaian yang perlu diambil, amat penting bagi kita mengenal puncanya terlebih dahulu.

Beberapa persoalan, 
Mengapakah kekejaman-kekejaman di Palestin ini terus berterusan, sedangkan orang-orang Islam di sekitar Palestin (tanah-tanah Arab) sahaja sudah berjumlah seramai 300 juta orang? Dan penduduk Israel hanya berjumlah 5 juta orang sahaja!
(Nisbah, 60:1)

Tidak cukupkah bilangan kita itu?

Adakah umat Islam masih tidak cukup kuat lagi?

Persoalannya, mengapa?

Lantas, apa usaha yang dapat kita kerahkan?


:: Pesanan dari Hamas ::

" Kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami.
Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupkannya.
Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan dari negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.

Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami?

Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"


 ~pic from www.noune.ma

Sumber rujukan / ilham:

- Palestin di hati kita
  • Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

    ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim sama seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

    (HR. Bukhari)
  • Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

    ”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”

    (HR. Bukhari)

- Masjid Al-Aqsa
  • " Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya..."

    - Surah Al-Isra' (17): 1

- Perjuangan yang tidak pernah selesai
  • " Akan sentiasa ada di kalangan umatku yan berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka'

    Lantas para sahabat bertanya, 'Di manakah mereka, wahai utusan Allah?'

    Baginda menjawab, 'Di Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis."

    (HR Ahmad - sahih)

- Buku Rujukan
  •  "Hamas Pejuang Kota BaitulMuqaddis", karangan Maszlee Malik.

- Cetusan Ilham

Dapat idea sajak ini selepas membaca puisi ini. Karya yang lagi hebat. Jzkk kepada penukilnya. =)


ps: Di sini saya kongsikan satu video palestin. Amat menyedihkan, dan amat-amat menyayat hati, terutama buat kita yang amat mengasihi saudara-saudara palestina kita di sana, biarpun mungkin telah berkali-kali melihatnya. Itupun, ia hanya secebis, dari episod-episod penganiayaan yang berlaku di Palestin. Moga-moga ia bermanfaat dan dapat meningkatkan kesedaran dalam diri kita. Ok, selamat menonton dan beramal!


15 comments:

ong ong kedek kedek said...

salam ziarah :)
As a Muslim, same2 laa kite muhasabah diri kite tentang ape yg dah kite sumbangkan untuk umat.

menyumbanglah walau sedikit...
nice artikel :)

Frodo Baggins said...

Meremang bulu roma wa baca ...
it's very nice of you tuk buat entry mcm ni ... wa bermuhasabah diri seketika.


Palestine ~ u r not alone. :(

Amin Baek said...

nice entry akh..

jzkk

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..sebak terasa tiap kali menyentuh isu ini..yer, mereka tidak pernah tidur walau kita sudah lena tanpa kata..apa guna kuantiti andai tiada kualiti, perpaduan tidak mahu sehidup semati...
nyway nice entry..& nice puisi =)

terry bogart said...

insyallah..semoga kita sentiasa dalm jalan ini

Budak Sekolah said...

Salam..
Nice~
Selagi ada daya dan upaya, usahakan..

Mungkin kita tidak mapu untuk mengangkat pedang di medan perang..

Tapi itu tidak bermakna kita terus-terusan berdiam diri, mengirim doa tanpa tindakan...

*******
Sedikit terkilan sebenarnya, Uni sy ada buat 'palestine week' n konvoi utk gaza (gabungan kelab n society), tapi sedihnya, sesetengah student foreigners yg Arab nih cakap apa yg 'kami' buat seolah-olah membuang masa dan 'takde maknanya'..

Hm.. macam mana Islam nak maju kalau masih tak bersatu???

Budak Sekolah said...

fikirkan, apa yang telah dan mampu kita sumbangkan pada saudara2 kita di sana???

Muhasabah buat diri saya juga~

MF said...

HASRUL NIZAM,

Wslm w.b.t. :)

Jzkk ats perkongsian..

Benar kta anda.. Dpd xde, lbih baik sdikit. Jga, dr sdikit lbih baik byk. Dr byk, lbih baik.....

Jom, fastabiqulhairat! =)

MF said...

Frodo Braggins,

Alhamdulillah.
InshaAllah, org beriman jua dpt mengambil manfaat dari peringatan yg diberikan.. =)

~Palestin, u are not alone~

MF said...

Amin Baek,

Waiyyakum akh.. =)

ps: artikel enta sal palestin bru2 ni.. nice lg

MF said...

Azrai Ahmad Zamri,

Wslm w.b.t.

Jzkk ats perkongsian dan kesimpulan yg baik!

Jom cuba letakkn diri kita, di tmpat mereka skrg.. Bgaimana prasaannya?
~Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul~

MF said...

Terry bogart,

Amin.. Jzkk akh, moga2nya..

~Stiap manusia itu mngkin berbeza cara dan pranannya, tetapi mudah2an, semuanya benar matlamat dn niatnya..
InshaAllah, umat akn bngkit kembali!~

MF said...

muSafir,

Wslm w.b.t.

Benar kta enti.
Teringat kta2, 'Unite we stand, divide we fall'.

Mengapa perlu dicari dan difokuskan kpd 'perbezaan' di antara kita, sedangkan kita punyai 'persamaan' yg lbih byk dn lbih kukuh?

Jzkk ats perkongsian.. Dapat membuat kita terus berfikir dn memuhasabah diri kita..

Apapun, teruskan juga, menembak doa. Ssungguhnya, Dia jga yg akn mnentukan usaha kita itu berhasil, atau tidak punya apa2 kesan..

Wallahu'alam

Syafiqah Allias said...

salam ziarah..
mohon izin nak copy pasta utk dishare bersama sahabat2 yg lain diluar sana.
syukran.

MF said...

isha_syafiqah,

Wslm w.b.t

Silakan. Semoga Allah redha~