Saturday, October 23, 2010

Puisi: Hipokritkah aku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hmm..
Anggap sahaja ini hanya sekadar satu muhasabah.
Satu muhasabah buat jiwa-jiwa yang masih sudi menerima...
Jiwa-jiwa yang meletakkan redhaNya sebagai matlamat utama....
InshaAllah ^_^

***

Solat kita...

Hanya tinggal rutinkah?

Sudah tidak punya apa-apa rasa?

Masihkah ia dapat memberi kesan?
(mencegah kita dari melakukan maksiat dan perkara lagha)

Monday, October 18, 2010

Puisi: Biar sampai mati-matian

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Biar sampai mati-matian

Wahai diri
Dalam kebejatan dunia kini
Arus sosial yang menyesakkan dada
Ada satu perkara
Yang mesti kau pertahankan
Biar sampai bermati-matian

I. M. A. N.

Jangan sesekali ia kau lepaskan
Walau seluruh dunia yang mereka pertaruhkan

---
MF
dunia tetap dunia
kau amatlah kecil
dibandingkan dengan akhirat
yang selama-lamanya
10|10|17

Friday, October 15, 2010

Cerpen: Cinta Itu Buta?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Dengan izinNya, saya diberi jua peluang untuk kembali mencoretkan sesuatu di alam maya, walaupun hampir tiga minggu, 'menyepikan diri'.

Ok. Oleh itu, sebagai hadiah buat semua, post saya kali ini, saya akan kongsikan sebuah cerpen. ^_^

Cerpen ini merupakan cerpen pertama saya. Cubaan yang pertama la kiranya. huhu

Ianya tiada kaitan antara yang hidup, ataupun yang sudah meninggal dunia. Diulangi, tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. ^_^

Ianya bukan pengalaman sendiri. Dan, nama-nama watak juga diambil secara suka-suka.. hehe (harap hangpa tak marah.. pinjam nama tanpa minta izin ^_^)

Semoga ia punya manfaat. Aminn.

Persoalan-persoalan yang sering kali hangat di minda para remaja dan para pemuda mungkin. Benarkah cinta itu buta? Apakah ia dapat membutakan?

Untuk menjawab persoalan-persoalan itu, maka jom sama-sama kita hayati cerpen ini. ^_^

Terimalah-

Cerpen: Cinta itu buta?
by MF

Honourable actors: Mohd Syafiq Mohd Ruslan, Mohammad Firdaus Muhammad.

Cinta itu buta?


Cinta itu sesuatu yang suci. Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya...

Wednesday, October 6, 2010

Mini: Where are we heading to?

Saja mahu kongsi, status g-talk saya yang saya setkan dalam beberapa hari ini:

As we move, day by day, week by week, year by year, have we ever evaluated ourselves, where are we actually heading to? There will be only to 2 final destinations. Heaven @ Hell. And the time of arrival is getting nearer, nearer and nearer... Death is a certain

Umar al-Khattab r.a. pernah berwasiat: “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalmu sebelum kamu ditimbang kerana sesungguhnya kamu melakukan hisab terhadap dirimu sendiri pada hari ini akan lebih memudahkan bagi kamu menjalani hisab pada hari kiamat.”

---Jom evaluasi diri....! sebelum ianya sudah terlambat. . . .

Friday, September 24, 2010

Sajak: Asalkan kau terus melangkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

(Diciptakan khas buat semua ikhwah-ikhwah yang ana cintai kerana Allah... Tatkala antum 'down', moga-moga puisi ini dapat menghiburkan antum.. ^^)

Pernah merasa 'down' yang teramat?
Dunia dirasakan sungguh gelap bagi diri, seperti tiada lagi cahaya harapan buat hari esok. Daya dan tenaga juga seakan-akan sirna untuk meneruskan hari-hari kehidupan yang berbaki. Bisikan-bisikan kecewa dan putus asa sentiasa tenggelam timbul menjengah fikiran, menyuruh engkau agar berputus harap. Pasti kau pernah merasainya bukan?

Monday, September 20, 2010

Perkongsian: Adakah kita graduan yang berjaya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Taqwa. Itulah hadiah bagi graduan 'Madrasah Ramadan' yang berjaya. (Qs. 2: 182)

Ramadhan Datang dan Pergi Lagi...

Ramadhan
 Bulan Tarbiah dalam Ketaqwaan
Bulan Mulia
 Bulan Pengubat Jiwa
 Bulan Barakah Pembawa Limpahan Rahmat Allah Aza Wa Jal 

Ku Panjatkan Kesyukuran PadaNya
Dipertemukanku Lagi Dengan RamadhanNya

Nikmat yang Dikecapi, Tidak Terhingga. Setiap Masa, Detik Ketika
Ku Sujud MengadapNya, Bersyukur Segala

Bulan Ramadhan Yang Mulia, Bulan Barakah Melimpah Ruah
Walau Kudrat Ku Menipis Semakin Usia Menua, Namun Telah Ku Usahakan Jua
Alangkah Beruntung Jika Miliki Kudrat si Anak Muda
 Semoga Doa Serta Ibadah Ku DiterimaNya

Di hujung Ramadhan, Ku Berdoa Pada Yang Esa
Semoga Dipertemukanku Lagi Dengan RamadhanNya

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

---
~ AdiSufi ~
10|09|14


Assalamu'alaikum w.b.t. ^_^

Bagaimana... seronok berhari raya? Banyak duit raya dapat? (layak lagi ke?) Dapat tak kuatkan lagi ikatan silaturrahim sesama saudara?

Sunday, September 19, 2010

Puisi: Harap kau perdengarkan, wahai sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Merindui saat itu. Moga kita dapat berkumpul lagi seperti itu, di syurgaNya kelak. Engkau perkenankanlah ya Allah.
~pic Jaulah Pangkor '09

Harap kau perdengarkan, wahai sahabat

Sahabat
Ku lihat dirimu
Semakin jauh
Semakin jauh. . .

Saturday, September 18, 2010

Mini: Tatkala diri ingin bermaksiat kepadaNya. . .

Cuba dapatkan nyalaan api dari mancis, lighter, atau apa-apa sumber yang lain, dan kemudian, bakarlah ia pada kulit anda.
Apa yang anda rasa? Panas? Bahang? Kulit terbakar? Ketahuilah, kesakitan itu masih dikira sekelumit. Sesungguhnya seksa di nerakaNya kelak, berlipat kali ganda lagi peritnya.

---Daripada No'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api sehingga
mendidih otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya." 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 8, 2010

Puisi: Tanpa Kata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Shhh...

Tanpa kata

Aku
Tiada idea
Mahu menulis
Hilang kata

Berkata lagha
 Dosa percuma
Lebih baik aku diam
Tanpa kata

---
MF
10|08|12

Monday, September 6, 2010

Mini: Taqwa, sebaik-baik bekal

Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. =(
Maka mari sama-sama kita gunakan saki-baki Ramadhan yang masih ada untuk kita kutip sebanyak-banyak bekal yang boleh, bagi kita menenempuh 11 bulan yang mendatang.

"... Dan berbekallah kamu, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa."
- Surah Al-Baqarah (2): 197

Dan apakah 'end product' yang mahu kita hasilkan dari universiti Ramadhan ini?

" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
- Surah Al-Baqarah (2): 183

Muttaqin, yakni orang-orang yang bertaqwa. Mereka inilah orang-orang yang mencapai kemenangan. Mereka berjaya melalui Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Dan merekalah yang sebenar-benar layak menyambut Hari Aidilfitri nanti, Hari Kemenangan.

---Tersentuh dengan status g-talk seorang rakan, "Tiada raya, selagi Ramadhan masih ada." Subhanallah. Semoga kita semua termasuk golongan mereka yang berjaya, golongan muttaqin. Aminn. Ayuh kita kumpulkan bekalan taqwa, selagi Ramadhan masih ada. [Apa itu taqwa?]