Friday, May 28, 2010

Puisi: 'Kosong' itu punya nilai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kosong
~pic from www. flickr.com


Pernah merasa 'kosong'?
Ketahuilah, 'kosong' itu punya nilai, bagi orang-orang yang meyakini (beriman)....


Kosong

Hari ini,
Ku bangun,
Dari mati yang sementara,
Rasa tidak bermaya,
Ku lalui kehidupan ini,
Mahu tidak mahu,
Masa terus berlalu pantas,
Seakan tidak merasai,
Apa yang aku rasai,
Kini.


Ku cuba,
Lagak seperti biasa,
Cuba senyum dan menyapa,
Namun ku tahu,
Ianya tidak tulus,
Tawar dan kurang ria,
Kerana ia, buatan cuma.

Bumi terus berputar sebagaimana lazim,
Manusia tetap bergerak menuju matlamat masing-masing,
Semuanya sama,
Tiada yang lain,
Namun tidak bagiku,
Hari ini dan semalam,
Jauh terasa perbezaannya,
Apa yang berlaku di sekelilingku,
Seakan tiada makna,
Hakikatku di sini,
Namun diriku bukan di sini,
Seakan jiwaku terbang meninggalkan anggota,
Berterusan hidup tanpa nyawa,
Hatiku kosong. 

Mengapa aku perlu terus bermuram durja,
Mengapa aku perlu terus hidup tanpa makna,
Mengapa aku perlu terus diseksa sebegini rupa?

Namun bagaimana,
Bukan aku yang memilihnya,
Apa erti ini semua,
Adakah kekosongan ini punyai makna?

Ku telusuri kembali langkah-langkah ku,
Ku  periksa kembali tingkah laku ku,
Ku muhasabah kembali hala tuju ku,
Adakah semuanya,
Menuju matlamat hidupku? 

....... 

Wahai diri,
Ketahuilah, setiap langkah dan nafasmu hanya untuk Allah..

Jika langkah-langkahmu diambil bukan kerana-Nya..
Untuk apa engkau terus melangkah?

Jika nafas-nafasmu dihirup bukan lagi untuk-Nya..
Untuk apa engkau terus bernafas?

Demi keseronokan yang sementara?

Demi mencapai kejayaan yang tak kekal sifatnya?

Demi menikmati dunia yang tak pernah cukupnya?


.......

Dupp!
Seakan segelombang badai gergasi menampar keras pipiku,
Membuatku tersedar dari lena.

Ya,
Kosong ini punyai nilai,
Ia tanda kasihNya,
Sang pencipta kepada hamba,
Agar aku tidak terlalu gembira 'tanpa'Nya,
Jalanku telah tersasar,
Kian jauh,
Nikmat dunia yang sementara,
Dia rentap dariku,
Agar aku kembali kepadaNya,
Merintih dan berharap seperti dahulu kala,
Titisan-titisan air mataku di kala sepinya malam,
Sujud penuh khusyu', penuh cinta kepadaNya.

Segala puji hanya bagimu ya Allah,
Atas kekosongan yang penuh makna.

Akan kukikis cinta-cinta dunia,
Dari dinding hatiku,
Dan akan ku isinya penuh,
Dengan cinta,
Syukur,
Penghambaan,
Pengharapan,

Hanya buatMu semata. . .

----
MF
28|05|10
Hanya buatMu.

~pic from www.istockphoto.com.

Sumber Rujukan / Ilham:

1. Segala-galanya bermula dengan niat
  • “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seseorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

    (HR. Bukhari dan Muslim)
  • " Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku."

    - Surah Adz-Dzariyat (51):56 -
2. Diuji tanda kasihNya
  • “ Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.”

    (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah) 
  • “ Sungguh ajaib urusan orang yang beriman itu, sesunggunya segala urusan mereka adalah baik, dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”

    (HR Muslim)
  • " Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

    (HR. Muslim)
  • " Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
    Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

    - Surah As-Syarh (94): 5-6 -
3. Insafi kesilapan dirimu
  • "... Dan Daud menduga Kami mengujinya; maka dia memohon ampunan kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat."

    - Surah Sad (38): 24 -

ps: Puisi ini sedikit sebanyak terilham (tiru?) dari karya ini, oleh Ibnu Jamaluddin. Karya yang hebat! Tajuk sama, tapi isi berbeza ye.. Jzkk ya akh.. ^^

10 comments:

uj said...

salam...

alhamdulillah... dalam kealpaan ini... masih ada di sana... insan yang sudi mengingati....

owhh barangkali... mungkin hanya untuk diri nya sendiri...

namun ... aku yakin dan pasti... tidak salah juga untuk aku hayati dan mengisi kekosongan diri...

sebagai bekal untuk kemudian hari..
sebagai wadah. muhasabah diri..

-mencelah skit..:-)

Jamal Ali said...

nukilanmu buatku tersedar...
terima kasih sahabat atas nasihatmu...
:-(

MF said...

uNcLeJoE,

Wslm w.b.t.

Hu3.. unclejoe pn bermain2 dgn bait2 kata jga..

eh, xkn utk diri soA je.. perkongsian utk semua.. klu x, knp perlu soA share dlm blog kn? hehe

ye UJ, xsalah..
klu ada yg baik jdkn teladan, yg buruk dicontohi jgn.. ^^,

thx UJ ats ziarah..

ps: sori lmbat reply.. ade paper final pg td.. Alhamdulillah, selsai sudah.. huhu =)

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

Sama-sama ya akh..
T/jwb ana jua, saling mnasihati utk kbenaran dn ksabaran..

^_^

Miftahul Mardhiah said...

Assalamualaikum

Hampir menitis air mata ini membaca bait-bait yg tertulis.

Amat terkesan dan amat menyedarkan.

Perasaan kosong yg kadangkala sy alami. Membuat diri terasa begitu kerdil ddan hina di mata-Nya...

MF said...

seindah mutiara,

Wslm w.b.t.

Alhamdulillah.

'Kosong' itu tanda kasihNya,
buat hamba-hamba yang Dia cinta..

aku bukan aku said...

salam alaik akhi

sangat2..
menyentuh...

izin utk copy ya!

MF said...

aku bukan aku,

Wslm w.b.t.

Silakan ya akh. Semoga Allah redha ^^

anayilz said...

assalamu'alaikum.

terasa...='(

puisi akhi sangat2..terkesan membacanya.
semoga 'kosong' yg Allah hadiahkan buat hamba2Nya itu tidak sia2.insyaAllah.

jzk atas perkongsian.smoga terus tsabat.salam perjuanga.

MF said...

Wslm w.b.t.

Alhamdulillah.
Yg baik dariNya jua..

InshaAllah. Semoga terus tsabat. Salam perjuangan kembali.