Wednesday, June 16, 2010

Puisi: Aku Ingin Hatiku Diisi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Ya Allah, isikanlah kekosongan di hatiku ini.
~pic from farm4.static.flickr.com


Aku Ingin Hatiku Diisi

Di Dalam Hati
Terdapat Kekosongan
Yang Tidak Akan Terisi
Kecuali Mendekat
Pada Ilahi

Rasa Sendiri
Ilahi Itu Sentiasa Merapati
Hanya Dengan Jambatan Keimanan
Baru Mampu Merasai

Dekati Ilahi
Walaupun Kadang Diri Disakiti
Biarpun Pengorbanan Suatu Yang Mesti
Namun Pasti
Diri Tidak Merasa Rugi
Tidak Sekali Akan Kesali
Kerana Hati Merasa Terisi
Mengecapi Nikmat Suatu Hidup Yang Bererti

---
Dipetik & Diolah
Aku Ingin Hatiku Diisi
Novel Sinergi



Alhamdulillah. Saya telah berjaya menghabiskan bacaan Novel Sinergi, tulisan Hilal Asyraf. Satu novel yang best! Tak rugi membeli dan membaca. InshaAllah, jika punyai kesempatan dan kekuatan, akan saya kongsi satu resensi (ulasan), berkenaan novel itu. Mudah-mudahan.


Al- Qur'an & Hadis

1. Kelapangan Hati
  • " (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

    - Surah Ar-Ra'd (13): 28

2. Kehidupan Yang Mana Yang Kita Pilih ?
  •  " Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta."

    - Surah Taha (20): 124
Atau . .
  • " Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."

    - Surah An-Nahl (16): 97

3. Dekati-Nya
  • “ Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas.

    (HR. Muslim)
4. Jika Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

  • " Dan orang-orang yang berjihad* untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik."

    - Surah Ar-Rum (30): 69
  • “ Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”

    - Surah Al-Qasas (28): 56
 *Jihad = Bersungguh-sungguh


ps: Kepada Akh Zulkefli, satu cerpen telah ana tulis. Tapi, apabila dibaca kembali, suasananya tidak hidup la. Hmm.. So, ana cadang nak peram dulu. Banyak yang perlu dibelajar dan diperbaiki lagi. Apabila dah ok nanti, ana akan kongsikan. InshaAllah ya akh!  ^_^

5 comments:

uj said...

selangkah kau rapat insyaAllah seribu langkah Dia mendekat...

aku bukan aku said...

kita pilih sehasta..
Dia sedepa..

kita berjalan..
Dia berlari..

bertapa kasih dan sayang..

*beberapa kali taddabur..
kalau seseorg itu 'benar'
Allah lah y memilih..

kalau seseorg itu 'salah'
itu atas kesalahannya..

perihal y Allah selalu 'memberi' kpd kita..
tepulang pada kita y buat pilihan..

syukran atas lawatan tempoh hari..
di jeddah ya?

MF said...

Maaf kpd semua.. Menghilang selama sminggu dr alam maya, ats sebab2 yg xdpt dielakkn.. ^^

MF said...

uNcLe JoE,

Benar.. InshaAllah.. Cma kita yg memilih nk rapat atau tidak

Jzkk UJ ^_^

MF said...

aku bukan aku,

waa, hebat2.. bleh track ye.. huhu

stuju dgn enta.. btapa Maha Pemurahnya Allah terhadap hamba-hambaNya.. Pilihan di tangan kita..

Sungguh, amat zalim bg kita sndiri, jika kita mngingkari kasih sayangNya..

Jzkk kembali akh ats ziarah.. ^_^