Sunday, June 13, 2010

Puisi: Secubit Rasa Setitis Nikmat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Buat entry kali ini, kita ada penyajak jemputan. hehe. Siapa orangnya......  Misteri. ^^

Moga-moga, ada 'sesuatu' yang dapat kita ambil daripadanya.


Secubit Rasa Setitis Nikmat

SubhanAllah...

Ketenangan Jiwa Terasa
Hilang Resah Hilang Segala
Hanya DiriNya Yang Ada
Syahdu Seketika Syumul Di Jiwa
Indah Tak Terkata


Alhamdulillah...

Berduyun Datang Dari Merata
Berjalan. Bertongkat. Berpapah Rasa
Berihram, Berzikir, Berdoa PadaNya
Siang, Malam, Setiap Ketika
Mencari KeredhaanNya Tak Bermasa

Allahuakbar...

Doaku padaNya..
Diriku Sesuci Kain Putih Tanpa Tinta
Berjaya di Dunia dan Hari KemudianNya

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar

---
Coretan Rasa...

AdiSufi
Dataran Ka'abah
10|06|11

Al-Qur'an dan Hadis
  • " (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."

    -Surah Ar-Ra'd (13): 28
  • " Maka, ingatlah kepada-Ku nescaya Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkari kepada-Ku."

    - Surah Al-Baqarah (2): 152
  • “ Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas.”

     (HR. Muslim) 
'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.' [Qs. 3:8]

Aminn ya Rob...


ps: Untuk pengetahuan ikhwah-ikhwah dan sahabat-sahabat (yang tidak sempat saya beri tahu), Alhamdulillah, kini saya sudah berada di Arab Saudi. Umrah buat yang pertama kali pun telah berjaya saya sempurnakan. Alhamdulillah.. ^^
Doakan semuanya selamat ye. InshaAllah, anda semua juga ada dalam doa saya.. ^^ 

6 comments:

Unknown said...

salam..
Apa khabar..saya dtg ziarah membaca ambil manfaat.
bersyukurlah pada nikmat kesempatan..ucapkan alhamdulilah kerana di beri kesempatan terluang dan rezeki hingga berjaya jejak kan ke tanah suci.

MF said...

etuza,

wslm w.b.t.

Alhamdulillah.. Saya sihat je di sini..

Terima kasih uncle atas nasihat.. Saya hargai =)

iwanttogotojannah said...

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah..bruntung dpt prgi sane!

qamarguyz said...

salam ziarah..
nice p0em!
tersusun kata dlm kelembutan jiwa..tika berhadapan yg Esa..

MF said...

iwanttogotojannah,

Wslm w.b.t.

Alhamdulillah, mmg bersyukur.

InshaAllah, kamu pun dapat merasainya jga nanti. Aminn

MF said...

Azrai Ahmad Zamri,

Wslm w.b.t.

Jzkk ya akh! ^_^