Friday, August 27, 2010

Mini: 17 Ramadhan itu. . .

" Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (Al-Furqan; yakni antara yang benar dan yang batil). ..."
- Surah Al-Baqarah (2): 185 -

---Bulan Ramadhan ialah bulan bermulanya penurunan Al-Qur'an. Bulan keberkatan. Yang mana wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w. ialah surah Al-Alaq (96), ayat 1-5. "Iqra' (Bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. ..." Bagaimana hubungan kita dengan Al-Qur'an? Teman rapat atau hanya sekadar teman tika kebosanan. Maka ayuh di kesempatan bulan mulia, bulan tarbiyyah, bulan Al-Qur'an, mari sama-sama kita didik diri kita, untuk lebih dekat dengan Al-Qur'an. Mari pertingkatkan diri dari segi kualiti bacaan (penghayatan), serta juga kuantiti. InshaAllah, kerana setelah berakhirnya bulan Ramadhan kelak, Al-Qur'an itulah pula mampu menjadi pembenteng kita daripada gangguan syaitan durjana, yang akan kembali dibebaskan. (Qs. 43: 36) [Dijemput membaca, artikel: Back2Qur'an 1, Back2Qur'an (2)]

---Di tarikh ini juga, 17 Ramadhan, berlangsungnya 'Perang Badar' yang mempamerkan kemenangan  umat Islam seramai 313 orang, ke atas musyrikin Makkah yang mempunyai pasukan jauh lebih besar, iaitu 1300 orang. Malah, umat Islam juga punya kekurangan yang nyata dari segi alatan perang dan kenderaan tunggangan. (Pernah diceritakan secara lebih detail di sini) Sebagai iktibar, sejarah ini dengan jelas membuktikan bahawa puasa di Bulan Ramadhan itu hakikatnya bukan pelemah kepada umat Islam, malah dengan iman yang tersemat kukuh di dada, ia mampu menambahkan lagi kekuatan yang mereka ada. Subhanallah!

Monday, August 23, 2010

Puisi: Jiwa terasa kosong?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Diri ini masih Dia beri kekuatan dan kesempatan untuk menulis. Masih diberi nyawa untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan, yang masih tidak tahu penghujungnya. Alhamdulillah.

"Hari ini, hari amal tanpa hisab. Sedang di akhirat esok, hari hisab tanpa amal."

Rentetan dari post mini saya dahulu, di antara dua cinta.. maka post ini tercipta. Jika dilihat pada post yang terdahulu, hakikat cinta yang dibeza-bezakan adalah antara cinta dunia, dan cinta akhirat. Namun, melihat pada respon-respon para pembaca, saya rasa terpanggil untuk menyentuh satu bahagian dari cinta itu, yakni cinta antara dua insan, seorang lelaki dan seorang wanita.

Saya bukanlah pakar cinta, apatah lagi menghukum ikut suka-suka. Cuma, di sini, saya lontarkan pandangan kecil saya terhadapnya. Ianya dalam bentuk puisi, agar kata-kata, lebih mudah dicurahkan dari kepala minda..

Mudah-mudahan, Allah redha segalanya.. Amin

Friday, August 20, 2010

Puisi: Terus Melangkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Karya saya suatu ketika dahulu...

Ambillah apa-apa yang bermanfaat darinya. Jika keruh yang kau temukan, tapislah ia.

Lillahita'ala, inshaAllah... (Qs. 6: 162)


Terus Melangkah

Jatuh
Bangkit
Jatuh
Bangkit
Berkali-kali kujatuh
Kubangkit lagi

Tuesday, August 17, 2010

Mini: Di Antara Dua Cinta. . .

Firman Allah s.w.t,

" Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.

Katakanlah, 'Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya."
- Surah Ali Imran (3): 14-15 -

--- Jika perlu.. kau korbankan cinta-cinta yang lain demi mendapatkan cintaNya, jangan kau ragu-ragu untuk melakukannya.[Qs 3: 92] Ketahuilah, Dia sentiasa ada bersamamu. Dan pasti, Dia akan membalas pengorbananmu itu dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang apa yang kau miliki, kini. Yakinlah! Dan sesungguhnya, Dia itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya, sedang kita hanyalah hamba-hambaNya yang serba dhoif.[Qs 2: 216]

Thursday, August 12, 2010

Puisi: Pelihara Dirimu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Ada terbaca...

"3 perkara yang boleh menghancurkan umat yang paling kuat adalah zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat, rosaknya wanita."
[Mustafa As Sibaei]

Hmm.. Membuat diri ini berfikir dan berfikir lagi. Benar. Begitu sekali pengaruh wanita terhadap masyarakat dunia. Merekalah yang mampu menjadi agen perubah (kebaikan maupun kehancuran) yang dapat memberi impak besar terhadap masyarakat.

Kata-kata di atas hakikatnya bukan sekadar teori, namun telah dibuktikan jua pada alam realiti.

Wednesday, August 11, 2010

Mini: Demi redhaNya semata. . .

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerena didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu."
(Muttafaq 'alaih)


Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah  s.a.w.  itu  menganjur-anjurkan  supaya  senang  mengerjakan shalat pada malamnya bulan Ramadhan,  tanpa menyuruh  orang-orang  itu dengan kekerasan, yakni bukan kewajipan. Beliau s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa  berdiri  bersembahyang  dalam  bulan  Ramadhan  kerena didorong  keimanan  dan  keinginan memperoleh  keredhaan  Allah,  maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu."
(Riwayat Muslim)

~Semoga dosa-dosa kita yang lalu mendapat pengampunan dariNya...

Monday, July 26, 2010

Poem: Bountiful Mercy and Blessings

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Vibrant... Makkah, a city that never sleeps
~pic from naqvibrothers.net

Bountiful Mercy and Blessings

His Guests...
 Converge from All Over
Zikrullah in Oblivion
A Nebulous Ring from Above
Vividly Vibrant
Relentless
Circumambulating the Kaabah

A Single Purpose
Seeking Earnestly...
Redha from Allah AlMighty
Forgiveness, Guidance and Barakah

Awed by His Majesty
Overwhelmed by Humility
Prostrating for Forgiveness

Realizing..
Bountiful Mercy and Blessings
The Gifts of Life
 
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

---
~ AdiSufi~
10|07|14

Saturday, July 17, 2010

Perkongsian: Kematian Itu Peringatan Bagi Yang Hidup (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Kelak, ia akan menjadi rumah kita juga.

Sebelum saya menulis lebih lanjut, suka saya nyatakan bahawa diri ini bukanlah yang terbaik dalam menyampaikan tajuk ini. Diri yang sering melakukan dosa dan membelakangNya, amat-amatlah tidak layak untuk bercakap, apatah lagi tajuk yang berat seperti ini. Namun, menyedari bahawa rasa tidak layak, lalu mengambil tindakan untuk tidak menyampaikan apa-apa merupakan taktik dan strategi syaitan yang tidak akan pernah redha melihat manusia berbuat kebaikan dan akan cuba menghalang-halangi manusia daripada melakukannya. Justeru itu, inshaAllah, akan cuba saya mengetepikan bisikan-bisikan negatif ini. Dan diharap juga kalian anggaplah sahaja post saya kali ini hanya sebagai per'kongsi'an kecil, bukan peng'ajar'an. Mudah-mudahan, apa-apa yang saya kongsikn di sini, saya terlebih dahulu beramal akannya, dan semoga kalian turut sama dapat menggarap hikmah darinya. Aminn

Tuesday, July 13, 2010

Puisi: Kebetulan atau ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

???

Kebetulan atau ...

Sungguh indah makhluk ciptaan Tuhan
Unik setiapnya
Kelebihan pelbagai
Dan pasti
Setiap ciptaan
Bukannya suatu kesiaan

Sunday, July 4, 2010

Puisi: Redha Allah, Itu Matlamatku.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hmm... Kali ini sajak gaya bebas. Bahasanya direct, tidak berbunga; nadanya monotoneous; susunan rangkap dan kata yang agak berselerak! Kerana seperti yang saya katakan tadi, ia bergaya bebas. Jadi bagi yang tidak berminat, harap maaf.

Semoga masih punyai manfaat. Jika tidak banyak, sedikit. InshaAllah


Redha Allah, Itu Matlamatku.

Setiap manusia
Punyai matlamat
Tujuan hidup
Yang mahu mereka capai
Daya penggerak
Untuk mereka terus hidup