Monday, March 22, 2010

Back2Qur'an: The Key to Success! (Part 1)

Al-Qur'an- Petunjuk, rahmat, motivasi dan bimbingan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Firman Allah s.w.t :

"Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.
Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui,
Dan (ini) sesungguhnya Al-Qur'an yang sangat mulia,
Dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz),
Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan,
Diturunkan dari Tuhan seluruh alam.
Apakah kamu mengganggap remeh berita ini (Al-Qur'an)?"
-Surah Al-Waqi'ah (56): 75-81

Al-Qur'an itu Kalamullah

Al-Qur'an itu 'kalamullah', yakni perkataan Allah. Ia merupakan wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., melalui perantaraan malaikat jibril.

"Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun rapi kemudiannya dijelaskan secara terperinci,
yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti."
-Surah Hud (11):1

Apabila ia disebut sebagai 'kalamullah', tarafnya sudah tentu terletak jauh berbeza berbanding kitab-kitab/buku-buku yang lain. Ayat Allah adalah ayat-ayat terbaik, maka majalah, buku teks, surat khabar, blog post, dan apa-apa sahaja tulisan/kata-kata yang lain tidak akan ada yang dapat menandinginya.

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang semisal Al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
 Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir."
-Surah Al-Baqarah (2): 23-24

Jadi, bagaimana pula layanan kita terhadapnya. Penghayatan kita, bacaan kita, keakraban kita dengannya, reaksi kita apabila ada insan yang cuba mengingatkan kita dengannya.

Adakah ayat-ayat Al-Qur'an mendapat perhatian yang tertinggi di mata kita?

Kepentingan Al-Qur'an dlm kehidupan

 
No matter how busy you are, set you priorities right.

Membaca dan mendalami Al-Qur'an tidak termasuk Rukun Islam, maka ramai yang selalu lengah akannya. Namun, ramai yang tidak sedar yang membaca Al-Qur'an itu merupakan suatu kewajipan, bahkan prioritinya juga diletakkan antara yang utama. Sebagaimana turunnya wahyu pertama juga merupakan satu perintah menyuruh Rasulullah s.a.w. membaca ayat-ayat Allah yang turun kepadanya. Iaitu ketika baginda berkhalwat (mengasingkan diri) di Gua Hira', turun ayat dari Surah Al-'Alaq ayat 1-5,

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmu-lah Yang Paling Pemurah,
Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada menusia apa yang tidak diketahuinya."
-Surah Al-'Alaq (96): 1-5

Secara umum, kepentingan 'membaca' itu sendiri ditekankan. Al-Qur'an yang dari segi makna bahasa adalah 'bacaan' pula adalah sebaik-baik bacaan yang ada. Dalam Al-Qur'an, terlalu banyak ayat-ayat Allah yang menekankan kepentingan serta kehebatan Al-Qur'an ini. Ya, terlampau banyak. Di sini saya kongsikan satu,

"Dan sesungguhya andaikata ada suatu bacaan (kitab suci) yang dapat membuat gunung-gunung bergoncang, atau bumi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, (itulah Al Qur'an). ..."
-Surah Ar-Ra'd (13): 31

Memang tidak diletakkan kewajipan membaca Al-Qur'an seperti solat, yakni fardu lima kali sehari. Ya, tiada jumlah per hari yang ditetapkan. Namun, itu tidak bermakna kita tidak perlu membacanya.

Sebagai rujukan, kita boleh mengambil contoh dari para sahabat dalam beramal, yang mana lazimnya, mereka akan membaca sehari satu juzu'. Itu sudah memadai bagi kita amalkan. Nak contoh lebih hebat lagi, ada para sahabat yang dapat khatam satu Al-Qur'an hanya dalam tempoh sehari !


Lazimkanlah diri kita untuk membaca Al-Qur'an, sebaik-baiknya tidak ada satu hari pun dalam hidup kita yang kita tidak membacanya. Kalau sibuk yang melampau sekalipun, bacalah sekurang-kurangnya satu muka Al-Qur'an, kalau tidak mampu juga, cukup sekadar satu ayat sehari sudah memadai.

Bagi yang sudah menjadikan bacaan Al-Qur'an sebagai kebiasaan, letakkanlah 'satu juz sehari' sebagai target yang perlu dicapai tiap-tiap hari.

Ganjaran Berlipat kali ganda bagi yang membacanya

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan. Sedangkan kebaikan dibalas dengan sepuluh kali kelipatannya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(HR At-Tirmidzi)


MashaAllah! Tidakkah kita terasa terpanggil untuk merebut ganjaran yang diberikan?
Bukan sahaja setiap huruf ayat Al-Qur'an yang kita baca akan mendapat pahala, bahkan setiap kebaikan itu akan dilipat gandakan lagi sebanyak 10x!

Malah, tidak kurang juga bagi yang baru belajar serta tidak lancar bacaan mereka, Allah akan mengurniakan lagi kepada mereka dua pahala atas kepayahan yang mereka tanggung itu.

"Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala."
(HR. Muslim)

Bayangkan jika kita membaca satu muka Al-Qur'an. Berapa banyak pahala yang kita akan dapat.

Itu baru satu muka. Jika kita tambah lagi dengan lima muka sehari, ditambah lagi konsisten sehari-hari. Maha Suci Allah, tidak akan terkira pahala yang kita peroleh.

Namun, jangan salah anggap niat kita membaca Al-Qur'an hanya untuk mengejar pahala semata. Bukankah pahala itu juga merupakan indicator tahap kesukaan Allah akan amalan hamba-hambaNya?

Tidak ter'motivated'?


Teman Al-Qur'an Vs. Teman Syaitan


Jadikan Al-Qur'an teman kita yang paling akrab.
Bawanya ke mana-mana, bacanya bila-bila ada masa, dalaminya agar ia makin dekat kepada kita, inshaAllah syaitan tiada ruang untuk menguasai kita.

Sungguh, mereka yang tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai teman,  Allah akan menjadikan syaitan sebagai teman mereka. Kemudian, jadilah mereka orang-orang yang tersesat lagi rugi.

"Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), Kami biarkan setan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya."
-Surah Az-Zukhruf (43): 36


Apakah ada di antara kita mengganggap perkara ini remeh?


Sambungan ayat:

"Dan sesungguhnya setan-setan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk."
-Surah Az-Zukhruf (43): 37

Na'udzubillahimindzalik.
Moga-moga kita terhindar darinya.

Solusi: Jom Kembali kepada Al-Qur'an


Masyarakat yang kita gauli pada hari ini telah mengalami keruntuhan moral yang amat serius. Mahu tidak mahu, kita harus akui bahawa penzinaan, pergaulan bebas, hiburan melampau, pengguguran bayi, dan seribu satu lagi maksiat berlaku dengan berleluasanya dalam masyarakat kita sekarang.

Selingan: Keratan Akhbar Harian Metro- 30/10/08

Malah, maksiat-maksiat yang dilakukan sudah menjadi suatu perkara biasa, seakan-akan bukan lagi satu kesalahan, sebaliknya mereka yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar pula dianggap pelik/kurang normal.


Daripada Abu Hurairah ra berkata, Sabda Rasulullah SAW :

" Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".
(HR. Muslim)


Inilah, gejala-gejala yang dihadapi dalam masyarakat kita, umat akhir zaman. Dan puncanya jelas, seperti ayat Al-Qur'an yang saya kongsikan tadi, tidak lain tidak bukan mereka jauh daripada Al-Qur'an.

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda :

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'al-wahn'." Seorang sahabat bertanya, "Apakah 'al-wahn' itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(HR. Abu Daud)

Al-Qur'an itulah yang mampu menyembuhkan hati yang sakit, maka ia merupakan 'solusi' bagi masalah umat yang kian rosak ini. Sesungguhnya, hati merupakan anggota badan yang paling penting, kerana dengan rosaknya hati, rosaklah seluruh tubuh anggota kita (rujuk dari Hadis).

"Wahai manusia! Sungguh, datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."
-Surah Yunus (10): 57

Jom kita bergerak memperbaiki diri kita dengan Al-Qur'an.
Jika sudah melazimkan diri membacanya, tingkatkan lagi penghayatan serta pastikan istiqamah.
Dalam masa yang sama, mari kita pupuk keluarga dan masyarakat kita juga budaya 'Al-Qur'an, sbg teman'.

Semoga kembalinya masyarakat kita kepada Al-Qur'an, Islam akan kembali tertegak gah di bumi-Nya satu hari nanti. InshaAllah!

Kembali pada Al-Qur'an,
Menjunjung perintah Tuhan,
Maksiat tidak akan berleluasa,
Jenayah tidak lagi merata-rata,
Islam kembali tertegak dengan gahnya,
Masyarakat merasa aman di bawah rahmat Yang Esa.
InshaAllah!

"Maka berpegang teguhlah kamu kepada (agama) yang telah diwahyukan kepadamu. Sungguh, kamu berada di atas jalan yang lurus.
Dan sungguh, Al Qur'an itu benar-benar suatu peringatan bagimu dan bagi kaummu, dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawabkan."
-Surah Az-Zukhruf (43): 43-44

Jadi, apa kita tunggu lagi..


Rujukan:
1. Al-Raheeq Al-Makhtum, Sirah Rasulullah s.a.w. -Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri
2. Tafsir Al-Azhar -Prof. Dr. Hamka


-------------

Sedutan bersiri [back2Qur'an] yang lain:

-Part 2: Back2Qur'an: Apakah mereka tidak menghayati Al-Qur'an?

8 comments:

etuza said...

Asalam.
Baru siap membaca n3 tuan Hariz K.
"Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala."
(HR. Muslim)
Subahanallah.

sLave_oF_Almighty said...

Wslm akh uncle etuza.. =)

Subhanallah..
Semoga uncle sentiasa dlm rahmat-Nya..

:.Musafir Bumi Tuhan.: said...

salam..
1 penjelasan yg panjang mengenai al-quran, (Ahsan =P)

Tp ana ada satu kemusykilan berdasarkan perenggan yg dtulis:

"kedudukan membaca Al-Qur'an itu sendiri lebih utama daripada melaksanakan solat (kedua utama), dan juga ibadah-ibadah yang lain.)"

-Apakah maksudnya, membaca al-quran itu lebih utama berbanding menunaikan solat berdasarkan surah al-ankabut ayat: 45?

-Em.. kalau boleh tahu, siapa Ustaz Zikro yer? skrg beliau mengajar ke? di mana? adakah penulis blog ini pernah menerima ilmu secara langsung dari beliau?

-maaf banyak bertanya.. untuk memastikan kesahihan sumber.

(p/s: Hamba yg cetek ilmu)

wallahua'lam...

sLave_oF_Almighty said...

Wslm..
Alhamdulillah, jzkk buat yg bertanya..

Ok, first skali, suka sy jelaskn yg sy ni bknlah pelajar agama (yakni tiada pmbelajaran formal) di universiti2/pondok2..

Oleh sbb itu, apabila mnyentuh bab tafsir, sy tdk skali2 akn terangkn bdasarkn cra pmikiran sy sendiri, dn hnya akn kongsi apa yg sy dpt dr majlis2 ilmu yg sy sertai oleh ustaz2 yg dipercayai (bidang ilmunya)..

Namun pd msa yg sma, itu jga bmaksud sy hnya akn dpt smpaikn/explain hnya apa yg dsampaikn kpd sy dn yg sy catit, xmmpu utk explain lebih..

Afwn ats kkurangan.. Jd, sy akn cba explain kekeliruan hnya apa yg trmampu oleh sy.. Harap ia berguna..

Ok, latar blkg Ustak Zikro dahulu,
-skrg mengajar di MIMET
-Degree Tafsir Al-Qur'an di Al-Azhar, Mesir
-Master Ulumul Qur'an di Universiti Ilmu Al-Qur'an, Indonesia

Ok, mnurut pengisian yg btajuk 'Taujih Ruhiyyah' yg sy dpt scr langsung drnya,

1. Kaedah tafsir scr turutan (afwan, xpsti apa term dia), 'baca Al-Qur'an' dsebut tlebih dahulu dpd 'malaksanakan solat' mnunjukkan keutamaan mmbaca Al-Qur'an tlebih dahulu brbanding solat yg dsebut kmudian.

2. "... Dan (ketahuilah) mengingat Allah (dengan membaca Al-Qur'an dan solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain)..." (29:45)

-Jika dirujuk terjemahan perkata, ia hnya akn tulis 'Dan sungguh mengingat Allah lbih besar',
dn dsni ilmu tafsir mmainkn pranan pnting bg kita yg hndak mmahaminya..
Mnurutnya (Ust. Zikro), dr pembacaan bhs arab, 'mengingat Allah' itu akan di'refer'kn kembali balik kpd ayat awalnya td, iaitu mngingat Allah ktika mmbaca Al-Qur'an dn solat.
Yakni, Al-Qur'an, kmudian solat, lbih utama dpd mengingat Allah dlm ibadah2 yg lain..

Sma spt BI, kita xbleh trjemah directly utk BM kan? Bgitu jga bhs Arab, yg mna terjemahan yg ada pd kita, tdk dpt mnerangkn dgn tepat maksud ayat tersebut.. Hnya mrk yg mahir dlm bahasa Arab dpt mmahaminya..

Ok, harap mmbantu.. Wallahu'alam..

p/s: Di akhir pengisian itu sy ada btanya pd ustaz tersebut sekali lg bkenaan tafsir ayat (Qs. 29:45) yg dsampaikn.. Oleh sbb itu, sy yakin dgn apa yg dia mksudkn dn brani share d sni..

sLave_oF_Almighty said...

Hmm..
Tambahan lg, harap tidak salah faham apa yg cuba sy smpaikn..

Sy tdk mengatakan tinggal baca Al-Qur'an sehari itu lebih berdosa berbanding tinggal solat fardhu sekali..

Tidak2.. Sy xmaksudkn begitu..
Spt apa yg sy sebut dlm artikel, mmbaca Al-Qur'an tdk dletakkn kefardhuan utk mmbacanya brapa byk shari, sbagaimana yg difardhukan dlm mendirikan solat, yakni 5x sehari.

Sebaliknya, apa yg sy cba ketengahkn adlh kpentingan mmbacanya, yg mna terdpt sbhgn dr msyrkt kita yg mngabaikan Al-Qur'an itu terus sama skali..
Ia adlh satu gejala yg amat parah sbenarnya..

Wallahu'lam..

Semoga Allah redha~

sLave_oF_Almighty said...

Maaf semua..
Post back2qur'an lambat muncul kembali dan ada sebahagian dr artikel terpaksa saya buang dan saya edit. Sebarang kekurangan dan ketidakpuashatian harap diampun..

Part yg di'buang' (sementara wktu);

~~~
Namun, ramai yang tidak sedar yang membaca Al-Qur'an itu merupakan suatu kewajipan, bahkan prioritinya adalah utama, lebih penting berbanding segala ibadah-ibadah yang lain.


"Bacalah Kitab (Al Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (dengan membaca Al-Qur'an dan solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

-Surah Al-'Ankabut (29): 45


Menurut pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Zikro (lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Tafsir Al-Qur'an), 'bacalah kitab' disebut terlebih dahulu berbanding solat menunjukkan kedudukan membaca Al-Qur'an itu sendiri lebih utama daripada melaksanakan solat (kedua utama), dan juga ibadah-ibadah yang lain."
~~~

Sebab itu agak kelewatan prosesnya. Pada awalnya sy ingin mncari dalil tmbahan dr kitab2 tafsir mengenai statement di ats selain dr ceramah yg sy dengar.

Klu xsilap tafsir ni diambil dr Tafsir Qurtubi. Namun sy tdk dpt ketemu Kitab Tafsir Qurtubi di tempat2 yg sy jangka ada. Jd, bila sy akn mnjumpainya sy tdk tahu lg, mngkin amt lambat, jd sy mengambil kputusn utk edit dn post dlu artikel ni buat sementara waktu..

Apabila sy dh ketemu dgn dalil2 yg sy cari, sy akn post baru artikel ini dlm blog sy, inshaAllah.. Doa2kn ye~ ^_^

:.Musafir.: said...

Salam..
Alhamdulillah..
Penjelasan yg lebih detail kali ni..
Afwan klu krn ana, post ini terpaksa d'renovate' semula. Maaf sgt3x...

Hm..
Ana ada jugak buat research pasal surah (al-Ankabut:45) tp masih dlm proses lagi sbb mcm2 kekangan plus exm(alasan semata *_*)
Yg pastinya bkn tanya pakcik google @ syeikh yahoo..

-1st penulis boleh rujuk kitab tafsir spt Sofwah at-Tafasir n Jalalain jugak..

-Ok, b'dasarkan surah tersebut, perintah utk membaca al-Quran disebut t'lebih dahulu, kemudian barulah d'sebutkn perintah utk tunaikan solat. (betulkan klu ana silap...)

-Tp huruf atof dlm ayat tu x menunjukkan berbandingan b'dasarkan persoalan: antara baca al-quran @ solat yg mana utama?. Kedua-duanya penting, sbb sebelum nk solat, kita kena tahu baca al-Quran dulu, baru solat kita sempurna. Betul?

-n, sbg tambahan, mengingati Allah i2 bkn sekadar ingat waktu dlm solat atau baca a-Quran sahaja, tetapi igat Allah pd setiap masa n ketika..

-berdasarkn huruf atof tu bleh rujuk kitab nahu.. mcm syarah Ibn Aqil ke.. klu rajin bukak la =)

-Hm.. stakat ni, i2 apa yg ana faham berdasarkan tafsir ayat tersebut. Harap dpt betulkan klu ada kesalahan... byk lagi yg perlu ana kaji...

-Syabas, Alfun Mabruk kpd penulis.. smoga Allah Taala berkati usaha anda dlm memartabatkan Kalamullah.

p/s: hamba yg cetek ilmu
p/s2: من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

sLave_oF_Almighty said...

Wslm..

Jzkk akhi/ukhti ats perkongsian ilmunya..
Teguran yg dberikan jga turut dhargai.. yup, teguran itu perlu, slagi ia dpt mmbina, inshaAllah..
~smpaikn kebenaran biarpn ianya pahit~

Hmm..

-Buku2 yg dcadangkn tu inshaAllah sy akn take note.. Tp, xpsti lg ada peluang x utk jumpanye.. Mngkin klu ada pn d islamica centre sni dlm bahasa Arab.. huhu.. sy xreti bahasa arab.. sket2 je reti..
ilmu nahu.. hmm, sgt byk lg ilmu yg sy prlu top up nmpaknye..

-mengenai kitab2 tafsir, hmm, klu xsilap sy, mmg tafsiran y diberi antara satu kitab dgn satu kitab yg lain berbeza.. dn klu xsilap sy, tafsir yg biasa menafsir mggunakan turutan ayat ialah Tafsir Qurtubi.. Namun, xleh nk knfem, kitabnye pn blum dpt sy ketemu.. Kna kaji lg...

-ttg 'mengingati Allah' tu pn sy ada bca tafsir yg menekankn kepentingan ingat Allah pd bla2 msa.. yup, btul2.. hmm, tp spt yg sy katakn td, lain kitab, berbeza pula tafsirannye.. mngkin ada perbezaan pendapat.. wallahu'alam

-apapn, sy xdpt la nk kta byk.. ilmu sgt sket, lg2 mengenai ilmu tafsir ni.. afwan klu byk yg kta2 sy yg salah.. mmg patut dtegur pn..

Jzkk ya akhi/ukhti ats kajian dn bantuannya.. Semoga Allah redha akn usaha anda.. =)

Wallahu'alam..