Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Kalian,
Teruskanlah berjuang!
Ketahuilah,
Jangan kita biarkan kesedaran ini lenyap begitu sahaja. Kerana tujuan 'sedar' yang sebenarnya, hanya sebagai pencetus. Pencetus kepada usaha berterusan, usaha yang lama tempohnya... Bukannya takat sebar-sebarkan sahaja.
Dan juga...
Sabar, sabar, dan sabar atas ujian yang menimpa. Ya, masalah Palestin bukan hanya boleh diselesaikan dalam sehari dua.
Ayuh... Anggaplah ini satu seruan dariNya. Agar kita bangkit merubah dunia. Atas kezaliman dunia yang kini teramat melampaunya..
Untuk berita dari sumber lain, boleh cek: harakahdaily.
Update dalam Bahasa Inggeris? AljazeeraNews
Dan di sini, satu kupasan yang mantap berkenaan isu ini.. Jom Baca! : langitilahi.com
ps: maaf, tidak dapat menulis panjang-panjang (+puisi yang tidak seberapa). bukan dalam 'mood' menulis sebenarnya. Cuma, tergerak mencoret sesuatu di sini, setelah mendapat tahu akan berita tersebut. Xpe.. Biar, 'Less 'talk', more actions', kan? (bukan ke 'talk' itu sebahagian dari 'action'? tapi, bukan 'talk-talk' kosong je la..) Jom sama-sama kita usahakan apa yang termampu...
Palestine, u are not alone. We are with you.
Kami Kisah
Ingatan kami,
Sedingin embun di pagi hari.
Kasih kami,
Sehangat darah yang mengalir.
Semangat kami,
Sepanas api yang marak.
Doa kami,
Segunung harapan, hanya padaNya kami sandarkan.
Kami cinta pada kalian,
Wahai saudara-saudara Palestina.
Selain doa dan ingatan yang kami titipkan,
Usaha dan keringat, pasti akan turut kami kerahkan!
Kalian,
Teruskanlah berjuang!
Ketahuilah,
Bahawa kalian tidak keseorangan. . .
---
MF
Palestine
Palestine
We are with you
10|06|01
Terbaru, Israel zionis tergamak menyerang kapal-kapal misi keamanan Lifeline 4 Gaza (LL4G) yang tidak bersenjata. Menurut berita, kematian mencecah 20 orang, puluhan lagi yang cedera, dan kapal-kapal itu dirampas oleh Zionis. Sungguh kejam. Sehingga kini, bilangan itu berkemungkinan telah bertambah dan bertambah. Malah, tidak pasti, adakah masih ada yang akan terselamat? Allahu'alam...
Ya Allah, bantulah mereka!
Maka, persoalan buat diri kita...
Maka, persoalan buat diri kita...
Masihkah kita mampu berdiam sahaja?
Kalau benar kalian cintakan Palestin, mari kita sama-sama buktikannya..
Permintaan dari pihak LL4G, untuk kita doakan dan solat hajat untuk mereka. Pada masa yang sama, jom kita sebar-sebarkan kesedaran akan isu ini. Semoga semakin ramai yang sedar akan kekejaman Sang Zionis, dan memberikan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestina sana.
Namun...
Usaha-usaha ini hanyalah usaha kita bagi jangka masa PENDEK sahaja.
Seperti yang saya pernah nukilkan dalam artikel "Our Palestine: Hanya Mampu Berdo'a?", usaha yang paling UTAMA, lebih REALISTIK, dan EFEKTIF dalam menangani masalah ini, tidak lain tidak bukan adalah dengan membawa masyarakat kita kepada Allah, untuk BERSATU, menjunjung perintahNya..
InshaAllah, ia merupakan usaha jangka masa panjang kita. Dan inilah sebenarnya 'mesej utama' dari apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang, agar masalah di Palestin tidak hanya menjadi isu bermusim sahaja..
Kecoh sekejap, namun hasilnya? Tiada... Untuk apa?
Sedangkan, rakyat Palestin masih sengsara dibantai rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan.
Namun...
Usaha-usaha ini hanyalah usaha kita bagi jangka masa PENDEK sahaja.
Seperti yang saya pernah nukilkan dalam artikel "Our Palestine: Hanya Mampu Berdo'a?", usaha yang paling UTAMA, lebih REALISTIK, dan EFEKTIF dalam menangani masalah ini, tidak lain tidak bukan adalah dengan membawa masyarakat kita kepada Allah, untuk BERSATU, menjunjung perintahNya..
InshaAllah, ia merupakan usaha jangka masa panjang kita. Dan inilah sebenarnya 'mesej utama' dari apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang, agar masalah di Palestin tidak hanya menjadi isu bermusim sahaja..
Kecoh sekejap, namun hasilnya? Tiada... Untuk apa?
Sedangkan, rakyat Palestin masih sengsara dibantai rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan.
Jangan kita biarkan kesedaran ini lenyap begitu sahaja. Kerana tujuan 'sedar' yang sebenarnya, hanya sebagai pencetus. Pencetus kepada usaha berterusan, usaha yang lama tempohnya... Bukannya takat sebar-sebarkan sahaja.
Dan juga...
Sabar, sabar, dan sabar atas ujian yang menimpa. Ya, masalah Palestin bukan hanya boleh diselesaikan dalam sehari dua.
Ayuh... Anggaplah ini satu seruan dariNya. Agar kita bangkit merubah dunia. Atas kezaliman dunia yang kini teramat melampaunya..
Mari... Kita BANGKIT bersama-sama! BERSATU... dalam Menjunjung perintahNya!
Ayuh !!!
Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah di jalan Allah', kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?
Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?
Padahal kehidupan di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.
- Surah At-Taubah (9): 38 -
Berita
KUALA LUMPUR, Mei 31 –
PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel
pada
hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal
misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga
mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak
bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan
ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
~keratan akhbar dari badan NGO haluan, ketua delegasi LL4G bagi negara kita.
Update dalam Bahasa Inggeris? AljazeeraNews
Dan di sini, satu kupasan yang mantap berkenaan isu ini.. Jom Baca! : langitilahi.com
Protesters outside Downing Street in London [AFP]
~ mereka dah mula bertindak.. kita bila lagi?
Sumber
rujukan / ilham:
- Palestin di hati kita
- Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim sama seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(HR. Bukhari)
- Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”
(HR. Bukhari)
-
Perjuangan yang tidak pernah selesai
- " Akan sentiasa ada di kalangan umatku yan berterusan memperjuangkan
kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan
oleh sesiapa yang menentang mereka'
Lantas para sahabat bertanya, 'Di manakah mereka, wahai utusan Allah?'
Baginda menjawab, 'Di Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis."
(HR Ahmad - sahih)
ps: maaf, tidak dapat menulis panjang-panjang (+puisi yang tidak seberapa). bukan dalam 'mood' menulis sebenarnya. Cuma, tergerak mencoret sesuatu di sini, setelah mendapat tahu akan berita tersebut. Xpe.. Biar, 'Less 'talk', more actions', kan? (bukan ke 'talk' itu sebahagian dari 'action'? tapi, bukan 'talk-talk' kosong je la..) Jom sama-sama kita usahakan apa yang termampu...
16 comments:
Allahu Akbar!
bersamalah kita..
Ya Allah selamat kan dan peliharakan mereka di sana kerana mereka ada niat yang mulia...
amin... ditujukan untuk LL4G
ashrafi,
Walauapa yg memisahkn kita, kita tetap bersama..
Biar laut, tembok, dan sebut sahaja apa..
Kerana IMAN yg menyatukan kita..
Jzkk akh atas kunjungan.. Ana jga bsama enta.. ^^
Semoga kita sma2 terus istiqamah.. inshaAllah
uNcLeJoE,
Aminn..
Syahid mrk di sna, sbenarnya satu pkr yg amt menguntungkn buat mrk.. Pasti, mrk itu dipilih oleh Allah..
salam ziarah dari orang kampung ada awar dari orang kampung ye
Hanya mata memandang sayu,
Hanya hati menahan marah,
Hanya tangan menadah doa,
Aduhai...
Hanya itu yang kami mampu saat ini...
~Pembalasan Tuhan itu adalah dekat dan benar maka berguntunglah bagi mereka yang beriman padaNya~
salam ziarah..
puisi itu walau ringkas, namun penuh semangat..nice.. m0ga kebangkitan itu semakin hampir..d0a sebagai senjata
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.
Abu Luqman,
Wslm w.b.t
Terima kasih.. ^_^
Ibnu Jamaluddin,
Benar kta enta..
Beruntunglah mrk yg snggup mmperjuangkn Islam di saat2 ini..
Xpe akh.. Mrk menang buat msa ini.. Mari kumpul kkuatan.. InshaAllah, di tgn kita mrk akn hncur..
AllahuAkbar!
Azrai Ahmad Zamri,
Jzkk ats kunjungannya.. =)
Yup, doa mrupkn salah satu snjata kita..
Ayuh, kita cpai kmenangan itu bersama!
Pacifist,
Benar kta enta..
Pemimpin2 Islam perlu mmainkn peranan mrk.. Dan ummat Islam jga perlu bngkit dr tido mrk, jika mrk mahukan perubahan brlaku ke ats Palestin..
Hmm.. Bfikir pnjang jga..
Namun,
Ana beg to differ sket dr enta..
Ya, jihad Al-Qital (perang kn?) mmg perlu.. Namun ana rsa blum msanya lg..
Teringat satu kisah sjarah.. (Afwan, byk sgt detail yg ana lpa.. tp jln critanya ana ingat la..)
Yg mana, suatu ktika dahulu, ad satu ngara/ngeri, yg diserang dn kmudiannya dijajah..
Namun, pmimpinnya, seorg ulamak, tdk mengambil tindakan utk terus melawan kmbali sang pnjajah..
Mrk mngambil tindakan mengumpulkn kkuatan dhulu.. Krn mrk tahu, jika mrk tetap lawan, mrk akan kalah.. dn jika mrk dtangkap/dbunuh.. siapa lg yg akn mneruskn pjuangan mrk..
Dan stlh kkuatan tlh dkumpul.. Mrk serang kembali.. Akhirnya mrk menang, dn dpt dbebaskn dr penjajahan..
Dan tindakan sang ulamak ini, smpai kini, disebut2 dn disanjung oleh ulamak2 kini..
(dpt dr 'seminar fiqh awlawiyyat' yg sy hadiri di Ipoh)
Maka,the point is, kita prlu mngumpul kkuatan utk mlawan mrk.. Itu lebih 'aula'(prioriti) buat msa ini..
Ya, bilangn kita jauh lebih rmai.. Nmun, hanya siapa shj yg benar2 mmpunyai smangat utk mnentang Palestin?
Hnya berapa kerat shj yg benar2 concern thadap saudara mrk di sana?
Maka, kita perlu mmbina kkuatan kita kmbali..
Kita perlu sedarkn msyrkt kita akn hal ini..
Bwa mrk kpd Allah.. Didik mrk mengenal dn mmahami Islam.. Ini yg utama..
Kmudian, apabila, kita dh smakin kuat, bsatu dlm menegakkn Islam, inshaAllah, kita akn dpt mhancurkn mrk nnt..
InshaAllah akn tiba msanya..
salam sahabat.
itu yg sy cuba terapkan dlm blog sy,juga cuba mendidik diri.maksud sy,bkn kita pergi secara semberono ttp dgn taktik dan teknik.supaya maksuk jihad dilihat dlm konteks yg menyeluruh(holistik)
Wslm ya sahabat.
Oh, maaf jika ana salah faham pnerangan enta.
Benar, ana sgt stuju ngn enta. Jihad tu sifatnya menyeluruh. Bkn hnya jihad nafsu, dn ilmu shj.
Ana sokong enta..
Jzkk akh ats pkongsian.. ckup bmanfaat. ^_^
wah panjangnya coment...
entry yg bagus...
Jangan kita biarkan kesedaran ini lenyap begitu sahaja. Kerana tujuan 'sedar' yang sebenarnya, hanya sebagai pencetus. Pencetus kepada usaha berterusan, usaha yang lama tempohnya... Bukannya takat sebar-sebarkan sahaja.
jzkk
ImanCo,
Huhu.. Besa je akh.. Yg pnjang tu comment dr ana.. hehe
Jzkk 'highlight'kn point yg utama dr artikel ini.. Hrpnya, kesedaran kita ini bkekalan, ats cinta kita kpd saudara2 kita di sana..
Iman, smoga kita sma2 thabat di jalanNya.. Aminn ^_^
Post a Comment