Sunday, January 31, 2010

.:: Ahlan wa Sahlan ! ::.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah....

Akhirnya, dengan limpah karunia-Nya, dapat juga saya membuka blog sendiri, dan mencoretkan entri pertama saya. Keinginan membuka blog sendiri memang sudah lama ada, cuma selalu tidak berkesempatan untuk membukanya. Ada sahaja yang menjadi penghalang. ^^,

Walaupun begitu, apapun ia kembali kepada diri sendiri juga sebenarnya, sama ada hendak melakukannya atau tidak. Sibuk, tidak sibuk bukan masalahnya. Bak kata pepatah Melayu, ‘hendak seribu daya, xhendak seribu dalih’. Kalau nak tunggu sehingga masa kita benar-benar free, sama la macam kita tunggu kucing bertanduk.
heheh~



Segala-galanya bermula dengan niat.

Sabda Rasulullah s.a.w.,





“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seseorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

(HR. Imam Bukhari dan Muslim)


InsyaAllah, semoga kita sama-sama mengikhlaskan niat, dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya tidak lain tidak bukan, berbalik kepada tujuan hidup kita atau tujuan Sang Maha Pencipta menciptakan kita, iaitu demi mengabdikan diri kepada-Nya. Dalam surah Adz-Dzaariyat, Allah berfirman:





“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku .”
-Surah Adz-Dzaariyat (51):56


Ok, dengan ini saya pun akan cuba ikhlaskan niat, semurni-murninya (nasuha) agar blog ini dapat menjadi manfaat kepada kita semua, kepada saya terutama yang cuba memberi sekadar yang saya mampu, dan untuk para pembaca yang tidak kurang bantuannya dari segi kritikan membina dan doa-doa yang tulus agar segala usaha dan keringat kita ini akan berpayungkan kasih saying dan rahmat dari-Nya. InsyaAllah!

Isi-isi yang akan diketengahkan.

InsyaAllah, mengikut perancangan saya, buat sementara ini saya akan cuba isi dengan artikel-artikel berbentuk kritis (pembuka minda), kreatif (mungkin saya akan cuba-cuba buat cerpen saya sendiri!), dan mungkin juga sedikit berkenaan isu-isu semasa. Selain itu, saya juga bercadang untuk berkongsi artikel-artikel atau karya-karya sahabat kita yang lain, yang mana saya terkesan dengannya, semoga ia juga tidak sia-sia untuk saya sharekan di sini. Dan ia berbentuk bebas!

Walauapapun, yang penting, artikel-artikel yang akan diketengahkan berisi peringatan-peringatan yang amat essential dalam menghidupkan jiwa-jiwa kita ini. Sama seperti tubuh kita yang memerlukan makanan untuk hidup, jiwa-jiwa kita juga ada makanannya yang tersendiri untuk 'hidup'. Dan makanan bagi jiwa kita adalah zikir atau peringatan, dan antara bentuk-bentuk zikir adalah baca & mentadabbur (hayati) Al-Qur’an, berada dalam majlis-majlis ilmu, dan membaca bahan-bahan bacaan yang mengingatkan kita kepada kebesaran Allah (zikrullah) juga dikira sebagai zikir jua.





“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”
-Surah Adz-Dzariyat (51):55


Dari segi time planning, saya rancang untuk update blog saya ini sekurang-kurangnya tiap-tiap seminggu sekali. Dan update blog ini akan cuba saya lakukan pada hari-hari weekend (seperti post saya yang ini), kalau tidakpun hari Jumaat. Untuk 'karya-karya terpilih' dari sahabat-sahabat kita yang lain (kalau ada), saya akan post waktu weekdays, inshaAllah! Semua dengan izin Allah jua.

Akhir kata, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘Ahlan wa sahlan!’=) sebelum terlambat kepada semua yang sudi membaca nukilan saya yang tidak seberapa ini. Ya, blog saya ini bebas, target pembacanya umum, sama ada mereka yang mengenali saya, bahkan yang tidak mengenali saya langsung pun, tidak ada masalah. Dan terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan. Semoga Allah merahmati usaha kita.

Saya membuka blog ini secara rasminya dengan lafaz,

‘Bismillahhirrahmannirrahim.’

4 comments:

inilahjalanku said...

salam....
tahniah ya akhi...moga2 laman ni jadi inspirasi utk kita semua brdakwah..amin

sLave_oF_Almighty said...

aminn..
jzkk akhi atas doanya.. =)
ana pn baru stahun jagung dalam blogging ni.. harap kalu ada apa2 pembaikan yang boleh dilakukan mohon teguran dan cadangan antum semua..(mesti ada, byk kekurangan lg blog ni..)

Syukran jazilan..

Mohd Zulkefli said...

salam ya hariz,
tahniah, teruskan usaha enta :)

sLave_oF_Almighty said...

Jazakallah akhi atas sokongan yg enta beri..
InsyaAllah ana akan tetap tsabat..
Mohon doanya.. =)