Saturday, July 17, 2010

Perkongsian: Kematian Itu Peringatan Bagi Yang Hidup (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Kelak, ia akan menjadi rumah kita juga.

Sebelum saya menulis lebih lanjut, suka saya nyatakan bahawa diri ini bukanlah yang terbaik dalam menyampaikan tajuk ini. Diri yang sering melakukan dosa dan membelakangNya, amat-amatlah tidak layak untuk bercakap, apatah lagi tajuk yang berat seperti ini. Namun, menyedari bahawa rasa tidak layak, lalu mengambil tindakan untuk tidak menyampaikan apa-apa merupakan taktik dan strategi syaitan yang tidak akan pernah redha melihat manusia berbuat kebaikan dan akan cuba menghalang-halangi manusia daripada melakukannya. Justeru itu, inshaAllah, akan cuba saya mengetepikan bisikan-bisikan negatif ini. Dan diharap juga kalian anggaplah sahaja post saya kali ini hanya sebagai per'kongsi'an kecil, bukan peng'ajar'an. Mudah-mudahan, apa-apa yang saya kongsikn di sini, saya terlebih dahulu beramal akannya, dan semoga kalian turut sama dapat menggarap hikmah darinya. Aminn




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Saya merasa amat bersyukur kerana pada musim cuti kali ini, Allah telah mengizinkan saya mendapat banyak pengisian, pengalaman, dan juga peringatan yang berbeza bentuknya, dan realiti sifatnya. Berbeza dengan musim cuti-cuti semester saya yang lalu, yang biasanya bersifat 'statik yang merosakkan'. Jujur saya katakan, tidak semuanya menggembirakan. Namun, bagi seseorang yang beriman, diri ini perlu yakin bahawa setiap ketentuan dariNya, pasti punyai hikmah. Dan salah satu peringatan hidup yang Allah berikan kepada saya di masa cuti ini, adalah tentang kematian.


Kematian itu Peringatan Bagi Yang Hidup

Hujung minggu lepas, pertama kali, saya diberikan peluang menyaksikan sendiri jam-jam akhir nyawa seseorang. Saat-saat akhir hayat kehidupan arwah. Lahaulawalaquwattaillabillah. Sesungguhnya, manusia itu merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah itulah sebaik-baik perancang. Arwah yang merupakan nenek saya sendiri, akhirnya dijemput pulang menemui Ilahi. Inalillahiwainnailahiroji'un (sesungguhnya kita adalah milikNya, dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan)...

Mohon, mari sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang soleh. Aminn.. Al-Fatihah.


" Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara; iaitu sedekah yang mengalir, atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya, atau anak Muslim soleh yang mendo'akan untuknya."
(HR. Muslim)


Pengisian program ESQ yang saya hadiri pada sebelah paginya tentang kematian, melalui teori, pembayangan dan penghayatan. Kemudian di sebelah petangnya menyaksikan kematian itu jelas dengan kepala mata sendiri, cukup membuatkan diri ini terkesan akannya. Mesejnya jelas, mati itu pasti, kehidupan dunia ini sementara dan tidak ada sesiapa dapat melarikan diri dari hakikat ini!

Kini, hanya doa-doa yang mampu kita usahakan untuk arwah. Itu sahaja. Sesungguhnya, hakikat kematian, bukan untuk kita melihat dan memikir-mikirkan sang mati. Bukan itu yang sebenarnya. Namun, ia adalah satu peringatan daripadaNya untuk mereka-mereka yang hidup, yakni saya dan anda-anda semua. Begitu juga dengan talqin yang dibacakan. Bukan untuk peringatkan si mati sebenarnya, namun buat kita-kita yang akan menghadapi mati!

Kematian belum menjemput kita, maka apakah kita telah mengambil pengajaran dari kematian-kematian di sekeliling kita? Dan sesungguhnya, mahu atau tidak, kita juga pasti akan menghadapinya, dan kemudian kepadaNya jua kita dikembalikan.

Wahai orang-orang yang hidup, tidakkah engkau melihat dan memikirkan peringatanNya ini?


Kematian, ramai yang meremehkannya

Entah mengapa, saya hairan, pasti semua tahu dan meyakini bahawa diri ini akan menghadapi mati. Benar? Namun hakikat kebanyakan manusia, mereka hidup merasakan dunia ini abadi, kononnya kematian itu tidak akan datang menjemput mereka. Kenapa saya katakan begitu? Lihat sahaja di dada-dada akhbar dan di media massa. Atau tak perlu lihat jauh-jauh, perhati sahaja insan-insan di sekelilingmu. Betapa banyak gejala sosial yang berlaku? Betapa ramai manusia yang mengejar dunia, kemudian soal dosa pahala diredah begitu sahaja? Hubungan manusia diperalatkan untuk kepentingan diri... Harta dan wang ringgit dikejar-dikejar bagai nak gila, sedang solat dan bacaan Al-Qur'an tunggang-langgang tanpa jagaan..


Ramai bukan?

Maka suka saya membawa beberapa persoalan ini untuk sama-sama kita hayati. Semoga ia dapat memberi kesedaran dalam diri kita. Cuba fikirkan,

1000 tahun dahulu kau ada di sini? Tidak kan?
100 tahun dahulu?

Bagaimana pula 1000 tahun akan datang, kau masih lagi di muka bumi ini?
100 tahun akan datang?

......

Dunia ini terlalu sementara bukan?

Lalu, mengapa masih sering, kita mengingkari hakikat kematian di dalam hati kita.
Justeru, mengapa masih sering kita menjalani hidup ini seakan-akan merasa hidup ini abadi?

Mengapa?


Mengapa Engkau Di Sini?

For every thing that happens, there must be a reason.

Tidak pernahkah kita terfikir mengapa kita ada di sini. Benar, mengapa ya? Sedang 1000 tahun dahulu kita tiada. 100 tahun dahulu juga tiada. Maka sekarang, mengapa kita berada di muka bumi ini? Mengapa kita diciptakan? Saja-saja? Pasti tidak logik bukan. Sedangkan sekecil-kecil mikroorganisma pun ada punyai makna, berfungsi mengurai mayat dan bahan-bahan terbuang.

Maka sekali lagi, mengapa kita diciptakan? Cuba fikirkan ia secara dalam-dalam.

Sesungguhnhya, Sang Pencipta telah memberi jawapan, namun kadang kita yang sering memandang ia sebelah mata.


" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku."
- Surah Adz-Dzariyat (51): 56


Jawapan asas hidup ini. Persoalan yang mungkin kita sering tertanya tatkala kita baru dilahirkan. Namun mungkin, tempoh masa yang panjang menyebabkan persoalan itu berlalu pergi begitu sahaja. Persoalan yang terjawab, yang jika tidak, berkemungkinan kita tiada pun di dunia ini.

Justeru, itulah sepatutnya menjadi tujuan utama (sole purpose) hidup kita ini. Sang Pencipta telah menetapkan. Iaitu mengabdikan diri hanya kepadaNya, yakni dengan bergerak melakukan perkara-perkara yang Dia suka, dan menghindari perkara-perkara yang Dia murkai, sekaligus memastikan diri sentiasa berada dalam rangka redhaNya. Ya, itu tujuan utama yang perlu kita tune dalam diri kita. Bukan tujuan yang kedua, ketiga atau seterusnya. Bukan. Tetapi mesti tujuan yang pertama.


No Pain, No Gain


" ... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. ..."
- Surah Ar-Ra'd (13): 11 -


Sering kali, tatkala kematian menjemput orang-orang di sekeliling kita, apatah lagi mereka yang hampir dengan kita, rasa insaf dan kesedaran untuk memperbaiki diri datang bertandang dalam hati. HidayahNya telah dicampakkan dalam diri kita. Pasti anda pernah merasa begitu bukan? Namun kemudiannya, adakah kesedaran itu hanya sementara atau bertahan lama? Dan akhirnya, dapatkah ia diterjemah dalam kehidupan kita?

Ya? Alhamdulillah.

Tetapi jika tidak, mengapa?

Suasana yang tidak menggalakkan mungkin? Rakan-rakan taulan dan ahli keluarga yang tidak memberi sokongan? Diri sendiri yang takut melakukan perubahan? Maka suka saya nyatakan, mahu tidak mahu, sudah menjadi lumrah dalam hidup iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, biarpun ia bersifat mengejar kejayaan atau materialistik, perlu ada pengorbanan. Perlu merasai sakit dan kepahitan.

Maka, perkara sama juga berlaku dalam kita mahu 'change for good'. Jangan anggap mudah. Pengorbanan itu suatu yang mesti. Diri ini kadangkala disakiti itu pasti. Bukan saya sahaja mahu menakut-nakutkan anda. Tidak. Tetapi itulah realitinya.


" Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apapun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui."
- Surah Ali Imran (3): 92 -


Namun, yakinlah, tiap-tiap pengorbanan yang akan kita hadapi itu tidak ada satu pun yang sia-sia. Percayalah, semua kesakitan yang terpaksa kita lalui itu berbaloi. Ya, percayalah! Tiap-tiap sesuatu itu akan dikira olehNya, dan tiada yang akan terlepas dari pandanganNya, melainkan ianya tercatit sebagai amal kebajikan.

Ingatlah mutiara-mutiara kata ini,

" Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Nafsu itu tampak indah, sedangkan neraka itu tidak terperi azabnya."

Dan pasti, apabila kelapangan dan ketenangan hati dirasakan, tatkala nikmat-nikmat syurga itu dikecapi, segala perih dan jerih itu pasti akan terasa hilang dan berlalu pergi. Seperti aliran air yang membawa bersama kotoran di badan pergi bersamanya.

Maka persoalan untuk diri, apakah aku telah bersedia untuk berkorban?


Ayuh, sebelum terlambat!

Tinggal dunia, tinggal segala. Hanya amalan, jadi teman bicara.



“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian  itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
(HR. Ibnu Majah dan Abiddunya)



Ayuh! Mari kita bergerak memperbaiki diri! Mulakannya sekarang! Jangan biarkan kesedaran yang Allah kurniakan itu berlalu begitu sahaja.

Sesungguhnya kelak di akhirat, akan ada ramai manusia yang baru nak menginsafi dosa-dosa yang mereka lakukan di dunia. Diri mereka mahu berubah. Namun bagaimana, terus terang dikatakan, kau sudah terlambat!


“ Dan (alangkah ngerinya) sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, (kini) kami adalah orang-orang yang yakin'
- Surah As-Sajadah (32): 12 -

“Sesungguhnya, Kami telah memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, 'Alangkah baiknya seandainya dahulu aku menjadi tanah.'
- Surah An-Naba’ (78): 40 -


Maka sekali lagi, ayuh kita bersegera ke arah kebaikan. Mari kita mempersiapkan diri bagi menghadapi kematian. Sesungguhnya "kekuatan itu perlu dibina, bukan ditunggu".

Berubahlah. Jika mampu, lakukannya secara menyeluruh dalam kehidupan kita. Itu yang sebaik-baiknya. Namun jika tidak mampu, tak mengapa. Usahalah untuk berubah sedikit demi sedikit. Ya. Namun pastikanlah, perubahan itu berterusan, dan matlamat akhir perubahan itu dapat dicapai. InshaAllah.

Ayuh! Sebelum engkau kembali selesa dengan kehidupan jahiliyyahmu yang dahulu.

Ayuh! Sebelum nikmat hidayah yang Dia kurniakan itu, Dia tarik kembali.

Ayuh! Sebelum engkau terlambat. . .


Dan sering-seringlah bermuhasabah diri,

Jika kematian datang menjemputku sekarang, adakah aku telah bersedia?


" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
- Surah Ali Imran (3): 185 -



Mati,
Ia Pasti,
Ia menghampiri,
Ia mengakhiri.


Namun mengapa masih kau dustai
Mengapa masih kau remehi?


Apakah engkau tidak meyakini?
Lantas ayuh persiapkan diri!

16 comments:

Budak Sekolah said...

Salam..

Nice.. n3 yg mantop!

"Setiap yg bernyawa pasti merasai mati."

Semua orang tahu, baik yg Islam mahupun bukan, pasti tidak dapat lari dpd nya.

Kematian itu pasti. Sesungguhnya ia begitu dekat dengan diri kita. Ia takkan terlewat mahupun diawalkan barang sesaat..

*****

ada sambungan lagi utk entry ke-2?

Jamal Ali said...

Hidup itu insyaAllah, mati itu pasti...

Rafi Harumin said...

salaam

terima kasih sahabatku.. ana hamba yang banyak dosa, selalu lupa hidup ini ada pengakhirannya tetapi tidak juga beringat untuk mendekati NYA..

Astaghfirullahal 'aziim...

Joey Kayo said...

Kengkadang bila tidur, pas tu terjaga di tengah malam, tiba2 teringat pasal mati.... Mmg pada saat itu mmg sungguh menginsafkan diri bagi yang ingin berfikir...

Lawatilah http://www.quranexplorer.com/quran
untuk bacaan ayat suci Al-Quran oleh qari yang tersohor. Dengarkan bacaan oleh Mishari Rashid, sungguh indah bacaannya. (jgn lupa offkan audio translation supaya tidak terkacau bacaan)

MF said...

muSafir,

Wslm w.b.t.

Biasa saja..

Benar.. Satu keyakinan yg pasti bg semua manusia.. pasti, ada hikmah yg besar d sebaliknya..

Namun, ramai yg tahu, tp buat xtahu.. isk3.. muhasabah utk diri jga..

Post smbungan? hmm.. xsmbng kut.. inshaAllah, klu ada nnt, sal kmatian jga, tp isinya brbeza..

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

Benar, benar dan benar ya akh.. ^^

MF said...

ashrafi,

Sama-sama ya akh..

Sma la jga dgn ana.. Smoga kita dpt saling mmperingatkn di antara kita, dn jga saling mendoakn di antara kita..

Smoga sma2 dbimbingNya.. inshaAllah ^^

MF said...

Joey Kayo,

Mnarik.. Lagi2 bru lps kna tindih.. Hmm..

Thx ats linknya.. inshAllah nnt akn buka..

Thx jga ats pongsian dn ziarahnya.. sy hargai ^^

MF said...

Kpd Joey Kayo lg,

Dh buka link tu.. Nice2

Sedap bcaannya.. Boleh bca terjemahn melayu jga smbil mendengar..

Jzkk ^^

Joey Kayo said...

Satu lagi ana nak tambah pasal kematian nih, ada diriwayatkan mengenai 10 orang yg jasadnya tidak reput, tidak dimakan ulat. (Mintak maaf tak dapat dipastikan didalam riwayat mana, mungkin ada para sahabat yang boleh menolong)

So Ini dia 10 orang yang mayatnya tidak reput.

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Bila diperhatikan senarai ini, mungkin mengambil masa untuk mencapai taraf yang dikehendakki didalam senarai, malah ada yang mustahil untuk dicapai iaitu nombor 1, (sebab kita bukanlah dikalangan para nabi),
Jadi apa yang ana perasan yang boleh kita amalkan ialah no 7 iaitu tukang azan. Tukang azan tak semestinya kita menjadi bilal dimasjid atau surau, malah memadai jika kita azan dirumah saja pun dah ok.

So apa yg ana pernah buat & masih buat sekarang ni ialah bila masuk waktu, ana akan azan dirumah (takyah kuat2 pun takpe, cukup sekadar didengari oleh telinga sendiri), pastu solat fardhulah macam biasa. (Kengkadang tu ada gak terlepas azan, tgk kadar kerajinan :))

Yelah, kalo nak difikirkan, lagi banyak benda yang patut ditakuti seperti azab di padang mahsyar, melalui titian siratul mustakim, azab api neraka dan sebagainya tapi pada pendapat ana, sebagai permulaan, ana amalkan dengan yang azan ini.

P.S: Bila teringat pasal mati nih, memang mengerikan & menginsafkan bagi mereka yang ingin berfikir, pastu kalo mengikut hukum kimia + biologi, biasa, mayat kita akan reput. Bila ana terfikir pasal mayat kita reput dan dimakan ulat, rasa takut jugak, tanak le mayat kita dimakan ulat, sakit oo.. so ana carik ler ari tu kat dalam Internet, tu yang terjumpa akan riwayat ni

P.P.S :Mintak maaf kalo ada salah silap. Segala kekurangan tu dari kesilapan diri sendiri & yang baik itu dari Allah s.w.t jua.

ibtisamsyarha said...

Salam alaik,

Perkongsian yang sangat bermanfaat, moga sama2 ambil ikhtibar jua perbanyakkan 'amalan.

Diibaratkan kita sekarang sedang dalam pelayaran , jadi persinggahan yang ada ini marilah sama2 kita manfaatkan dengan sebaiknya iaitu mengutip seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang ke kampung yang kekal abadi( akhirat). Bekal yang dimaksudkan itu ialah 'amal soleh.


wallahua'lam

Barakallah 'alaikum

P/s : pelayaran mukmin(baca di link bawah)
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2376

uj said...

dalam kekalutan dan kelapaan sebegini masih ada yang mengingati... terima kasih... adushhhh tak leh nak komen lanjut... hmmmm

MF said...

Joey Kayo,

Jzkk perkongsian.. Ana hargai ^_^

~afwan lambat reply

MF said...

ibtisamsyarha,

Wslm w.b.t.

Dunia ibarat pelayaran...
Jzkk perkongsian dan link. Sudah baca. Bermanfaat..

~afwan lambat reply

MF said...

uNcLeJoE,

sama-sama terima kasih..
terima kasih kerana sudi menziarah blog soA.. ^^

MF said...

FAKEH,

...

salam :)