Monday, July 26, 2010

Poem: Bountiful Mercy and Blessings

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Vibrant... Makkah, a city that never sleeps
~pic from naqvibrothers.net

Bountiful Mercy and Blessings

His Guests...
 Converge from All Over
Zikrullah in Oblivion
A Nebulous Ring from Above
Vividly Vibrant
Relentless
Circumambulating the Kaabah

A Single Purpose
Seeking Earnestly...
Redha from Allah AlMighty
Forgiveness, Guidance and Barakah

Awed by His Majesty
Overwhelmed by Humility
Prostrating for Forgiveness

Realizing..
Bountiful Mercy and Blessings
The Gifts of Life
 
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

---
~ AdiSufi~
10|07|14

Saturday, July 17, 2010

Perkongsian: Kematian Itu Peringatan Bagi Yang Hidup (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Kelak, ia akan menjadi rumah kita juga.

Sebelum saya menulis lebih lanjut, suka saya nyatakan bahawa diri ini bukanlah yang terbaik dalam menyampaikan tajuk ini. Diri yang sering melakukan dosa dan membelakangNya, amat-amatlah tidak layak untuk bercakap, apatah lagi tajuk yang berat seperti ini. Namun, menyedari bahawa rasa tidak layak, lalu mengambil tindakan untuk tidak menyampaikan apa-apa merupakan taktik dan strategi syaitan yang tidak akan pernah redha melihat manusia berbuat kebaikan dan akan cuba menghalang-halangi manusia daripada melakukannya. Justeru itu, inshaAllah, akan cuba saya mengetepikan bisikan-bisikan negatif ini. Dan diharap juga kalian anggaplah sahaja post saya kali ini hanya sebagai per'kongsi'an kecil, bukan peng'ajar'an. Mudah-mudahan, apa-apa yang saya kongsikn di sini, saya terlebih dahulu beramal akannya, dan semoga kalian turut sama dapat menggarap hikmah darinya. Aminn

Tuesday, July 13, 2010

Puisi: Kebetulan atau ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

???

Kebetulan atau ...

Sungguh indah makhluk ciptaan Tuhan
Unik setiapnya
Kelebihan pelbagai
Dan pasti
Setiap ciptaan
Bukannya suatu kesiaan

Sunday, July 4, 2010

Puisi: Redha Allah, Itu Matlamatku.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hmm... Kali ini sajak gaya bebas. Bahasanya direct, tidak berbunga; nadanya monotoneous; susunan rangkap dan kata yang agak berselerak! Kerana seperti yang saya katakan tadi, ia bergaya bebas. Jadi bagi yang tidak berminat, harap maaf.

Semoga masih punyai manfaat. Jika tidak banyak, sedikit. InshaAllah


Redha Allah, Itu Matlamatku.

Setiap manusia
Punyai matlamat
Tujuan hidup
Yang mahu mereka capai
Daya penggerak
Untuk mereka terus hidup

Thursday, July 1, 2010

Puisi: Rintihan Hati yang Mencintai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Sekali lagi, kita akan ada penyajak jemputan baru. ^^ Seorang muslimah, iaitu my sis sendiri.

Hmm.. Tema sajak kali ini agak berbeza dari puisi-puisi saya yang biasa. Dah ada yang mahu berkongsi... maka jom sama-sama kita raikannya. ^^ InshaAllah, karya ini sarat terselit dengan mesej dan pengajaran-pengajaran yang bermanfaat buat kita semua. Menurut penyajak, target audiencenya adalah di kalangan remaja muslimah.

Ok. Semoga Allah redha dengan usahanya, dan pada masa yang sama kalian turut sama mendapat manfaatnya. Aminn


Kembalilah kepadaNya, cintamu yang satu.