Thursday, July 1, 2010

Puisi: Rintihan Hati yang Mencintai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Sekali lagi, kita akan ada penyajak jemputan baru. ^^ Seorang muslimah, iaitu my sis sendiri.

Hmm.. Tema sajak kali ini agak berbeza dari puisi-puisi saya yang biasa. Dah ada yang mahu berkongsi... maka jom sama-sama kita raikannya. ^^ InshaAllah, karya ini sarat terselit dengan mesej dan pengajaran-pengajaran yang bermanfaat buat kita semua. Menurut penyajak, target audiencenya adalah di kalangan remaja muslimah.

Ok. Semoga Allah redha dengan usahanya, dan pada masa yang sama kalian turut sama mendapat manfaatnya. Aminn


Kembalilah kepadaNya, cintamu yang satu.




Rintihan Hati yang Mencintai

Duduknya aku di sini
Menadah tangan meminta simpati
Air mata bergenang membasahi pipi
Tertunduk aku di sejadah ini

Duduknya aku di sini
Menghadap qiblat menghadapMu Ilahi
Letih lesu mengejar fantasi
Fantasi dunia yang tidak pasti

Ya Allah
Aku tersimpang dari jalan hakiki
Terlalu taksub dengan cinta insani
Bodohnya aku menangis dan menangis lagi
Tersedu sedan kerana lelaki

Malunya aku menghadapMu sebegini
Apakah tidak pernah kusedari
Sedangkan sudah berjuta kali?

Ya Allah
Terimalah taubat hambaMu ini
Hanya padaMu tempatku kembali
Dosa ini tidak mahu kuulangi
Aku memohon petunjukMu Ilahi

Aku sedar kali ini
Cinta sebenar, CintaMu Ya Rabbi

---
InsanRedha
Hatiku MilikMu
Atas Sejadah Biru
10|06|28

 Al-Qur'an dan Hadis

CintaNya, cinta hakiki
  • " Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cinta kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah amat berat azab-Nya (nescaya mereka menyesal)."
    - Surah Al-Baqarah (2): 165 -
  • Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda,

    “Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : “Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya.”
    (HR. Bukhari)- Hadis Qudsi
  • " Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesunguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila dia berdo'a kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
    - Surah Al-Baqarah (2): 186 - 

Kembalilah
  • " Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
    - Surah Az-Zumar (39): 53 -
  • " Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.

    Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yang besar."
    - Surah Al-Hadid (57): 20-21 -
  • "... Dan barang siapa menyucikan dirinya, sesungguhnya dia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah tempat kembali."
    - Surah Al-Fatir (35): 18 -
  •  " Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya."
    - Surah Al-Furqan (25): 71 -
  • "... Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."
    - Surah Al-Baqarah (2): 222 -

Jangan kau ulangi
  • " Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
    (HR Bukhari & Muslim)
  • Maka barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
    - Surah Al-Ma'idah (5): 39 -

Takutlah akan azabNya!
  •  Daripada No'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

    "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api sehingga mendidih(dari sebab panas bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya."
    (HR. Bukhari dan Muslim)

- Quote

Tertarik dengan satu quote yang diambil dari comment seseorang yang menggelarkan dirinya 'Ibu Lin' dalam website langitilahi. Keratan commentnya,


"dont look for a wife, but look for Allah…coz Allah will send you a partner who is looking for HIM too"

Yup, same goes for the woman. Allah must always be the first. Bina cinta atas redhaNya, bukan mencari redhaNya untuk mendapatkan cinta. Faham? Hmm.. Mudah kata, cinta itu hanyalah 'alat' (atau cara) semata, bukannya(jangan jadikannya) matlamat! Ya, cinta adalah salah satu alat dari alat-alat kurniaanNya yang lain, untuk mempermudah makhluk-makhlukNya mencapai matlamat. Dan seseorang mukmin itu, tidak lain tidak bukan, matlamatnya hidup di muka bumi ini hanyalah untuk mencari redha Allah. InshaAllah, itu matlamat kita. Semoga kita dapat mencapainya bersama-sama mudah-mudahan.


ps: sukar meletakkan cintaNya no. 1 dalam hati? kenapa ye? jom baca artikel ini! cukup bermanfaat. Artikel: Mengapa sukar untuk mencintaiNya, Pahrol Juoi

ps: satu artikel dari Ustaz Hasrizal yang bagi saya juga menarik! ada kena-mengena dengan post? hmm.. mungkin tidak seberapa. top-up ilmu inshaAllah. Artikel: Permulaan yang baik bukan suatu jaminan

Comment Ustaz Hasrizal sendiri mengenai artikelnya itu,

'Artikel ini memang ditulis untuk mencampakkan kerisauan ke jiwa orang yang nak berkahwin, terutamanya student yang sedang mabuk bercouple dan lelaki yang semberono nak berpoligami. Dua target audience'
(Ustaz Hasrizal)

Allahu'alam

9 comments:

Melatidaisy said...

salam alaik akh,

syukran utk ukhti dan akhi,
perkongsian yg bermanfaat..

barakallahu fikum. :)

Rafi Harumin said...

bagus sekali.. teruskan usaha..

uj said...

UJ bukn remaja apetah lagi muslimah... hehehe tp nak mencelah jugak...

bagus.. sebagai peringatan smua agar tidak lalai dengan nikmat cinta manusia yang sangat sangat sementara wujudnya...

hanya padaNya cinta yang hakiki dan abadi..

terry bogart said...

nice try..best2

MF said...

melatidaisy,

Wslm w.b.t.

Jzkk doanya.. Syukran kembali..

MF said...

ashrafi,

Jzkk akh.. ^^

To my sis,
Teruskn usaha ye.. ^^

MF said...

uNcLe JoE,

Hehe.. Xpe, UJ dialu2kn mmberikn komen.. ^^

Btul3.. Cinta mnusia, hnya bsifat smentara.. Hnya yg dsalut dgn keimanan mmpu merentas syurga..

Jzkk UJ ats perkongsian.. ^^

MF said...

terry bogart,

Jzkk ya akh.. ^^

HambaNya said...

mohon copy ya...