Friday, May 28, 2010

Puisi: 'Kosong' itu punya nilai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kosong
~pic from www. flickr.com


Pernah merasa 'kosong'?
Ketahuilah, 'kosong' itu punya nilai, bagi orang-orang yang meyakini (beriman)....


Kosong

Hari ini,
Ku bangun,
Dari mati yang sementara,
Rasa tidak bermaya,
Ku lalui kehidupan ini,
Mahu tidak mahu,
Masa terus berlalu pantas,
Seakan tidak merasai,
Apa yang aku rasai,
Kini.

Thursday, May 27, 2010

Our Palestine : Kita hanya mampu berdoa? (part 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jika benar kau cintakan mereka, kau tidak akan tergamak membiarkan sahaja.



" Kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami.
Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupkannya.
Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan dari negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.
Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami?
Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"
- Pesanan dari Hamas -


Keadaan di Palestin amat memilukan. Umat Islam di Palestin tertindas, terbunuh, diperkosa, dihapuskan tempat tinggal, dikenakan 'catuan' barang-barang keperluan yang melampau dan berbagai-bagai lagi kekejaman yang dikenakan ke atas mereka. Dan suasana ini berterusan, terus dan terus. Tiada penghujungnya. (Rujuk Qs. 2:120)

Namun kini, akhbar dan media-media massa sepi daripada berita tentang mereka. Seakan-akan keadaan di sana, hanya aman sentosa.

Itulah dia, masyarakat kita. Begitu mudah kita diperkotak-katikkan oleh media massa, sehinggakan cara kita berfikir dan informasi-informasi yang kita ketahui, dikuasai dan dikawal oleh mereka.

Maka, jadilah isu Palestina itu satu isu yang ber'musim' sahaja.

Sedangkan sebenarnya, ia tidak.

Saturday, May 22, 2010

Sajak: Demi Al-Aqsa Tercinta


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kelak, kita akan dipertanggungjawab ke atasnya.
~pic from i1.trekearth.com


 Demi Al-Aqsa Tercinta

Wahai manusia,
Demi Al-Aqsa tercinta,
Jangan sekali kau kata kau tiada daya,
Diam seribu bahasa,
Mampu berdoa cuma?

Tuesday, May 18, 2010

Lirik: Dekat PadaMu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

 Sungguh indah... Hanya bila ku dekat padaMu
~pic from www. flickr.com


Dekat PadaMu

Walau jauh akan..
Ku gegas berlari


Walau tinggi bisa..
Ku terbang di langit


Walau sedalam mana..
Akan ku selami


Kerana cinta sedalam itu
Mekar bila ku dekat padaMu


Oh, Dekat padaMu. . .

---
 Dipetik dari,
Lirik Dekat Padamu,
Yusry.


Sumber Rujukan / Ilham :

- Lirik Dekat Padamu, Yusry. Nak download lagu? Klik sini


ps: 'Cuti' sementara dari berblogging di atas kesibukan yang melanda.  ^.^

Thursday, May 13, 2010

Karya Pilihan : Wahai Diri. . . Hidupkan hatimu dahulu! Sebelum engkau berusaha, membajai hati insan-insan yang lain... (Muhasabah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Wahai hati, hiduplah!
~pic by dr.kadir
 

 Wahai diri ini. . .
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.

Bukan kerana kau berjemaah, 
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Saturday, May 8, 2010

Puisi: Apabila Allah Bukan No. 1 di Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Cinta Allah vs. Cinta Dunia. Yang mana berjaya mendominasi hati kita?
~pic by Miss Mandrean of deviantart


Apabila Allah Bukan No. 1 di Hati


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Dunia dirasakan indah,
Terasa berat mahu berpisah,
Penyakit Al-Wahn mula bernanah.

Wednesday, May 5, 2010

Puisi: Sahabat, Aku lemah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Manusia lemah tika bersendirian...


Sahabat, Aku lemah...

Sahabat,
Aku lemah,
Benteng kubina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.


Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabah.


Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku dari taufah.


Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah.


Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.

Saturday, May 1, 2010

Al-Qur'an: Matahari (As-Syams)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

 Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Matahari

Demi matahari,
Dan sinarnya di pagi hari.


Demi bulan,
Apabila mengiringinya.


Demi Siang,
Apabila menampakkannya.


Demi Malam,
Apabila menutupinya.


Demi Langit,
Serta pembinaanya.


Demi Bumi,
Serta penghamparannya.


Demi Jiwa,
Serta penyempurnaanya.