Saturday, January 21, 2012

Perkongsian: Didik anak-anakmu mulai hari ini lagi!

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Anak-anak merupakan perhiasan di dunia, dan saham akhirat.
~pic taken from http://www.muslimblog.co.in

Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini,

" Pendidikan anak itu bermula, seawal kita memilih pasangan hidup kita lagi."

Atau dalam erti kata lain, kata-kata ini membawa maksud - siapa yang bakal menjadi pasangan kita kelak, akan memberikan kesan terhadap bagaimana didikan yang akan diberi pada anak-anak kita itu nanti.

Ok. Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan kata-kata tersebut.

Yup, mahukan anak-anak yang baik, salah satu tindakan utama yang perlu diambil oleh seseorang lelaki adalah untuk mencari isteri yang baik serta solehah.

Begitu juga buat para wanita. Jika anda mahukan anak-anak anda nanti, menjadi anak yang mithali, maka pilihlah suami yang juga mithali dan punyai pegangan yang teguh terhadap agama.

Anda setuju?

Namun di sini, saya fikir, ada satu aspek yang lebih utama yang bakal menentukan pendidikan anak-anak kita. Ya. Satu aspek, yang sewajarnya tiap-tiap bakal ibu dan ayah itu perhatikan dengan penuh saksama, jika betul mereka benar-benar mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Dan aspek yang cukup penting ini perlu dipersiapkan awal, lebih awal dari  memilih pasangan hidup itu sendiri.

Ha. Tahukah anda, apakah persiapan itu?

Thursday, January 5, 2012

Perkongsian: Kematian itu memberi makna kepada kehidupan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Baru-baru ini, saya dan beberapa sahabat pergi menziarahi kubur berdekatan dengan IPT kami. Aktiviti itu kami lakukan di tengah malam.

Di sana, masing-masing mengintropeksi diri. Cuba menginsafi kesalahan-kesalahan lepas serta kealpaan diri pada masa yang lalu.

Kematian - suatu motivasi?


Muhasabah akan kematian di kawasan perkuburan, pada saya, kesannya cukup baik. Melihatkan kubur-kubur yang dihuni oleh manusia-manusia, yang suatu ketika sama seperti kita juga dahulu. Hidup. Menjalani gaya hidup mereka yang tersendiri. Kini, ditinggalkan berseorangan di dalam tanah. Berharian-harian di situ. Minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Tiada lagi keluarga dan sahabat untuk menemani. Yang tinggal, hanyalah amalan mereka semasa hidup di dunia, sebagai peneman.

Tiap-tiap manusia tidak akan terlepas dari mati. Segah manapun manusia itu dipandang ketika dia di bumi. Sebanyak manapun harta dan kekayaan yang berjaya dia kumpulkan. Manusia itu tidak akan pernah terlepas dari satu hakikat ini. Kematian.

Melihat kubur-kubur di keliling saya ketika itu, serta mengenangkan perihal hakikat kematian tadi, saya terfikirkan sesuatu.

Dan darinya saya seakan-akan memperoleh suatu motivasi.

Tahukah anda, apakah motivasi itu?