Friday, September 24, 2010

Sajak: Asalkan kau terus melangkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

(Diciptakan khas buat semua ikhwah-ikhwah yang ana cintai kerana Allah... Tatkala antum 'down', moga-moga puisi ini dapat menghiburkan antum.. ^^)

Pernah merasa 'down' yang teramat?
Dunia dirasakan sungguh gelap bagi diri, seperti tiada lagi cahaya harapan buat hari esok. Daya dan tenaga juga seakan-akan sirna untuk meneruskan hari-hari kehidupan yang berbaki. Bisikan-bisikan kecewa dan putus asa sentiasa tenggelam timbul menjengah fikiran, menyuruh engkau agar berputus harap. Pasti kau pernah merasainya bukan?

Monday, September 20, 2010

Perkongsian: Adakah kita graduan yang berjaya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Taqwa. Itulah hadiah bagi graduan 'Madrasah Ramadan' yang berjaya. (Qs. 2: 182)

Ramadhan Datang dan Pergi Lagi...

Ramadhan
 Bulan Tarbiah dalam Ketaqwaan
Bulan Mulia
 Bulan Pengubat Jiwa
 Bulan Barakah Pembawa Limpahan Rahmat Allah Aza Wa Jal 

Ku Panjatkan Kesyukuran PadaNya
Dipertemukanku Lagi Dengan RamadhanNya

Nikmat yang Dikecapi, Tidak Terhingga. Setiap Masa, Detik Ketika
Ku Sujud MengadapNya, Bersyukur Segala

Bulan Ramadhan Yang Mulia, Bulan Barakah Melimpah Ruah
Walau Kudrat Ku Menipis Semakin Usia Menua, Namun Telah Ku Usahakan Jua
Alangkah Beruntung Jika Miliki Kudrat si Anak Muda
 Semoga Doa Serta Ibadah Ku DiterimaNya

Di hujung Ramadhan, Ku Berdoa Pada Yang Esa
Semoga Dipertemukanku Lagi Dengan RamadhanNya

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

---
~ AdiSufi ~
10|09|14


Assalamu'alaikum w.b.t. ^_^

Bagaimana... seronok berhari raya? Banyak duit raya dapat? (layak lagi ke?) Dapat tak kuatkan lagi ikatan silaturrahim sesama saudara?

Sunday, September 19, 2010

Puisi: Harap kau perdengarkan, wahai sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Merindui saat itu. Moga kita dapat berkumpul lagi seperti itu, di syurgaNya kelak. Engkau perkenankanlah ya Allah.
~pic Jaulah Pangkor '09

Harap kau perdengarkan, wahai sahabat

Sahabat
Ku lihat dirimu
Semakin jauh
Semakin jauh. . .

Saturday, September 18, 2010

Mini: Tatkala diri ingin bermaksiat kepadaNya. . .

Cuba dapatkan nyalaan api dari mancis, lighter, atau apa-apa sumber yang lain, dan kemudian, bakarlah ia pada kulit anda.
Apa yang anda rasa? Panas? Bahang? Kulit terbakar? Ketahuilah, kesakitan itu masih dikira sekelumit. Sesungguhnya seksa di nerakaNya kelak, berlipat kali ganda lagi peritnya.

---Daripada No'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api sehingga
mendidih otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya." 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 8, 2010

Puisi: Tanpa Kata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Shhh...

Tanpa kata

Aku
Tiada idea
Mahu menulis
Hilang kata

Berkata lagha
 Dosa percuma
Lebih baik aku diam
Tanpa kata

---
MF
10|08|12

Monday, September 6, 2010

Mini: Taqwa, sebaik-baik bekal

Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. =(
Maka mari sama-sama kita gunakan saki-baki Ramadhan yang masih ada untuk kita kutip sebanyak-banyak bekal yang boleh, bagi kita menenempuh 11 bulan yang mendatang.

"... Dan berbekallah kamu, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa."
- Surah Al-Baqarah (2): 197

Dan apakah 'end product' yang mahu kita hasilkan dari universiti Ramadhan ini?

" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
- Surah Al-Baqarah (2): 183

Muttaqin, yakni orang-orang yang bertaqwa. Mereka inilah orang-orang yang mencapai kemenangan. Mereka berjaya melalui Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Dan merekalah yang sebenar-benar layak menyambut Hari Aidilfitri nanti, Hari Kemenangan.

---Tersentuh dengan status g-talk seorang rakan, "Tiada raya, selagi Ramadhan masih ada." Subhanallah. Semoga kita semua termasuk golongan mereka yang berjaya, golongan muttaqin. Aminn. Ayuh kita kumpulkan bekalan taqwa, selagi Ramadhan masih ada. [Apa itu taqwa?]