Monday, May 27, 2013

Puisi: Apakah kehidupan ini yang akan aku teruskan?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Hey manusia!
Kau hidup untuk memenuhi kehendakmu
Hiburan, hiburan dan hiburan memanjang
Sana sini kau sanggup pergi,
Agar kehendak dirimu itu sentiasa terpenuhi
Itukah yang menjadi makanan spiritualmu?
Apakah kau sudah lupa?
Adakah hiburan itu boleh menjadi saham syurga?

Jikalau kunyatakan padamu,
Hidup ini hanya sementara, bahkan ia hanya sekadar sedetik cuma
Apakah kehidupan itu yang mahu kau teruskan?

Hey manusia!
Kau hidup seperti tiada tujuan
Mengejar dunia, mengejar kemewahan
mengejar wanita, mengejar pangkat dan jawatan
Hey, apakah kau sudah alpa?
Bukankah asal penciptaanmu di muka bumi ini punya tujuan?

Jikalau kukatakan padamu,
Hidup ini hanya sementara, bahkan ia hanya sedetik cuma
Apakah kehidupan itu yang mahu kau teruskan?

Hey manusia!
Kau selalu alpa, kau sering leka!
Tatkala senang kau lupa Dia
Apabila kau susah, kau datang padanya dengan rasa lemah dan rendah
Sedang cecair memenuhi kelopak matamu
Apakah kau lupa, ketika kau bahagia siapa yang memberikan?
Bila kau merasa sukar, siapa yang meringankan?

Jikalau kuperingatkan padamu,
Suatu hakikat yang terang lagi pasti
Sungguh, hidup dunia ini hanya sementara
Bahkan ia hanya sedetik cuma

Tepuk dada, ingat pada Tuhan...

" Adakah kehidupanku ini yang akan aku teruskan?"

MF
13|05|27


Rujukan/Ilham

" Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasanya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari."
[Surah An-Naziat, 79: 46]

" Sedang kamu memilih kehidupan dunia,
Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal."
[Surah Al-A'la, 87: 16-17]

" Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdo'a kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan."
[Surah Yunus, 10: 12]

3 comments:

Jamal Ali said...

Duhai manusia,
Bukankah engkau sentiasa ingat [1]?
Tatkala semua orang lupa.

[1] "Dan berilah mereka pengajaran, dan katakan kepada mereka perkataan yang berkesan pada jiwa mereka." (An-Nisa', 4:63)


p/s: Selamat kembali akh setelah dua tahun menyepi. ^_^

Jamal Ali said...

@HKA

Itu sudah satu permulaan yang baik!

Ada masa kita perlu sahaja biarkan diri kita dibawa angin, setelah selalu hanya kita mengikut angin. ^_^

Amin Baek said...

lepas baca di twitter,ana terus berkunjung di sini..(lama tak jenguk blog2..even blog sendiri pun).

walau apa pun,teruskan berkarya akh..mudahan menjadi pemangkin buat diri sendiri dan diri pembaca..