Friday, February 26, 2010

Puisi: Ya Allah, Sampaikan Cinta Kami Padanya !


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

 Ya Allah, Sampaikan Cinta Kami Padanya !

Ya Allah,
Sampaikanlah cintaku kepada kekasihMu,
Perjuangan baginda, kerendahan hati baginda...
Sungguh, sangat mulia sosok tubuh yang Engkau ciptakan ini.

Ya Allah,
Sampaikanlah selawat dan salamku ke atas rasulMu,
Bantulah daku beramal dengan pesan-pesan baginda, menghidupkan sunnah-sunnah baginda..
Agar cintaku padanya tidak hanya pada kata-kata semata.

Ya Allah,
Sampaikanlah penghormatanku yang tertinggi buat hambaMu itu,
Tingkatkanlah rinduku pada baginda, redhoilah kasihku pada baginda..
Semoga kelak dapat kutemunya di akhirat sana.

InshaAllah

---
MF
12 Rabi'ul Awal,  
Di bumi-Nya

Sunday, February 21, 2010

Perkongsian: Siapa Dirimu? (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pangasih, Maha Penyayang.

  
Who am I?

“Tidak ada sesuatupun yang lebih dekat
kepadamu selain dirimu sendiri;
jika kau tidak memahami dirimu,
bagaimana kau bisa memahami orang lain?

Kau mungkin berkata, ‘aku memahami diriku’,
tetapi kau salah!

Satu-satunya yang kau ketahui tentang dirimu,
hanyalah penampilan fizikalmu.

Satu-satunya yang kau ketahui tentang ‘nafs’mu (jiwa),
adalah ketika kau lapar kau makan,
ketika kau marah kau membuat keributan,
dan ketika kau termakan bara nafsu, kau bercinta.

Semua binatang memiliki kesamaan dengan dirimu
dalam hal ini.

Kau harus mencari kebenaran di dalam dirimu..

.. Siapa dirimu?

Wednesday, February 17, 2010

Karya Pilihan: Bunga Yang Cantik Jarang Harum...





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Sunday, February 7, 2010

Perkongsian: Katakan "Alhamdulillah !"



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.



Alhamdulillah
by Too Phat


disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Tuesday, February 2, 2010

Karya Pilihan: Ekspedisi Cintaku (Cerpen)



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Pengasih.

InshaAllah, untuk kali ini, saya akan sharekan satu karya sahabat kita iaitu Hilal Asyraf. Biasa dengar nama tu? Hilal ini merupakan seorang novelis muda yang telah menghasilkan beberapa novelnya sendiri dan juga mempunyai satu websitenya sendiri iaitu http://ms.langitilahi.com/

Ok, berkenaan cerpennya pula, saya tertarik untuk kongsikannya di sini kerana pengisiannya yang amat menarik dan saya boleh kata 'cerpen' paling menarik yang saya pernah baca setakat ini.

Ya, jika dilihat sekilas pandang pada tajuknya, kita akan menyangka, ia sama seperti cerpen-cerpen cinta yang lain. Namun, selepas membacanya, serious anda akan dapati sesuatu yang berbeza dari cerpen ini. Ya, ia tidak sama seperti cerpen-cerpen cinta yang lain yang mungkin pernah anda telusuri. Cerpen cinta yang dapat memuhasabah diri kita akan cinta yang sebenar-benarnya. Cinta hakiki.

Walaupun cerpen agak panjang, take ur time kerana saya pasti anda tidak akan merasa rugi setelah usai membacanya. Malah mungkin, anda akan tidak sabar-sabar untuk menghabiskannya.

Ok, hope u all enjoy it!



Ekpedisi Cintaku
by Hilal Asyraf