Monday, August 23, 2010

Puisi: Jiwa terasa kosong?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Diri ini masih Dia beri kekuatan dan kesempatan untuk menulis. Masih diberi nyawa untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan, yang masih tidak tahu penghujungnya. Alhamdulillah.

"Hari ini, hari amal tanpa hisab. Sedang di akhirat esok, hari hisab tanpa amal."

Rentetan dari post mini saya dahulu, di antara dua cinta.. maka post ini tercipta. Jika dilihat pada post yang terdahulu, hakikat cinta yang dibeza-bezakan adalah antara cinta dunia, dan cinta akhirat. Namun, melihat pada respon-respon para pembaca, saya rasa terpanggil untuk menyentuh satu bahagian dari cinta itu, yakni cinta antara dua insan, seorang lelaki dan seorang wanita.

Saya bukanlah pakar cinta, apatah lagi menghukum ikut suka-suka. Cuma, di sini, saya lontarkan pandangan kecil saya terhadapnya. Ianya dalam bentuk puisi, agar kata-kata, lebih mudah dicurahkan dari kepala minda..

Mudah-mudahan, Allah redha segalanya.. Amin



"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." -Qs.3: 148


Jiwa Kosong

Duhai insan
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman
Kekasih hati yang prihatin
Pengisi jiwa ragamu itu
Tapi tahukah kamu
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan
Sering pula ia mengecewakan
Selagi dia belum halal untukmu
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu
Kamu dan dia belum ada ikatan
Itu hakikat!
Meletakkan harapan..
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan
Kerana semuanya, masih tiada kepastian

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu
Berimanlah
Yakinilah
Bahawa Dia itu sentiasa dekat
Amat-amat dekat
Amat amat amat dekat

Dia tahu kamu sedang berduka
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu
Dirimu itu milikNya
Dan padaNya jua ada pengubat jiwamu yang lara

Isi hatimu..
Dengan cintaNya
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya
Pengharapan yang kamu gantung hanya padaNya
Sungguh
Ia dapat menenangkan jiwa
Setenang-tenangnya

Bertawakkallah kepadaNya
Yakinlah
Dia punyai aturan untukmu
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka

Duhai insan
Isi hati kecilmu itu..
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada. . .

---
MF
 gantungkan hatimu padaNya
Dia tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya
10|08|23


" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesunguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila dia berdo'a kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
- Surah Al-Baqarah (2): 186 -

Wahai Zat Yang membolak-balikkan keadaan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”
(HR. Tirmidzi) - Hadis Hasan

ps: hati terasa kosong? cuba baca puisi ini pula: 'kosong' itu punya nilai
ps: tidak suka bersanga-sangka.. tidak berpijak pada sesuatu yang pasti
ps: menyakitkan, menyeksakan... kenapa? pada pendapat saya bukan apa, hanya kerana ia dapat menggangu keikhlasan niat dalam berbuat serta fokus, lantas mampu menyebabkan iman 'sakit'.
ps: tanggungjawab bertambah hari demi hari. ya Allah, bantulah hambaMu ini. ....., fokus!

~hargai kehidupan, sedari tujuan, realisasi impian~

14 comments:

arekymz said...

assalam.
nasib baik sy xde pape masalah lg perihal wanita dan cinta.
alhamdulillah..
thanks for sharing..
terbuka sikit mata.

ash_mza said...

salam a'laik...
alhamdulillah...
Terima kasih atas perkongsian yang turut sama telah mengisi kekosongan ruang hati ini...
Hendaknya kita sama2 memperoleh cinta yang abadi. Cinta dari PENCIPTA yg Esa... AMIN~

amy.my said...

salam...

Sungguh benar hati ini memang kosong...Sedang cuba untuk perisikan dengan isi-isi yang mendapat keredhaan dariNya.Masih mencuba dan mencuba lagi..Namun kadang kala masih terusik untuk di isi dengan insan yang di cintai. Ya Allah...aku masih mencuba...

Pohon copy puisi ini ya.Tq

zubair ghazali said...

salam ziarah akh,

Bila hati terasa kosong,
pasti ada benda yang lain cuba mengisi..

hati-hatilah kerana itulah taqwa~

Cik Applemuffin said...

salam...
Perkongsian yang sangat terkesan di hati...

MF said...

arekymz membuyau,

Wslm w.b.t.

xde pape mslh lg.. huhu, bgus2.. klu ada mslh nnt, at least ad pndedahan kn?

Sama-sama thanks ^^

MF said...

ash_mza,

Wslm w.b.t.

Aminn.. inshaAllah

MF said...

amy.my,

Wslm w.b.t.

Allah akn mmbukakn jln-jlnNya kpd mrk yg brusaha mncarinya..

Silakan.. sama-sama..

MF said...

ibnu ghazali,

Wslm w.b.t.

Hati2, ada benda cba mengisi? Mngkin taqwa kut yg sdang cba mngisi.. hehe

Jzkk akh ats peringatan.. ^^
InshaAllah, sma2 kita cba menggapai taqwa dgn bhati2 ats tiap2 tingkah laku kita..

MF said...

Zainab Abdul Salam,

Wslm w.b.t.

IN-faz said...

salam...

thnaks for sharing...

minta dipinjam n3 saudara tuk dpanjangkan ke blog sy...

thanks!!!!

MF said...

IN-faz,

sama-sama.. ur welcome.

Jamal Ali said...

Kosong terasa...
Mahu mendekatkan diri...

Rasa malu pun ada... :(

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

xperlu malu ya akh..

Allah itu Maha Pengasih..

kita datang padaNya sejengkal
Dia akan datang pada kita sedepa

kita datang sedepa
Dia datang berjalan

kita datang berjalan
Dia datang berlari

Sesungguhnya, kasihNya itu sentiasa mendahului kemurkaanNya..

moga malu kita, malu krn tak mengambil Dia sbg tmpt bharap, tmpt bgantung.. sdang tiap2 hri, jntung kita brdenyut, paru2 kita brnafas.. smua ats belasNya juga ye tak..

huhu..

nsihat utk ana jga.. ^_^