Dengan Nama Allah Yang Maha Pangasih, Maha Penyayang.
Who am I?
“Tidak ada sesuatupun yang lebih dekat
kepadamu selain dirimu sendiri;
jika kau tidak memahami dirimu,
bagaimana kau bisa memahami orang lain?
Kau mungkin berkata, ‘aku memahami diriku’,
tetapi kau salah!
Satu-satunya yang kau ketahui tentang dirimu,
hanyalah penampilan fizikalmu.
Satu-satunya yang kau ketahui tentang ‘nafs’mu (jiwa),
adalah ketika kau lapar kau makan,
ketika kau marah kau membuat keributan,
dan ketika kau termakan bara nafsu, kau bercinta.
Semua binatang memiliki kesamaan dengan dirimu
dalam hal ini.
Kau harus mencari kebenaran di dalam dirimu..
.. Siapa dirimu?
Dari mana datangnya dirimu, dan kemana kau akan pergi?
Apa perananmu di dunia ini?
Kenapa kau diciptakan?
Di mana kebahagiaan sejatimu berada?
Jika kau ingin mengetahui tentang dirimu,
kau harus mengetahui bahwa kau diciptakan dari dua hal.
Pertama adalah tubuhmu dan penampilan luarmu (zahir)
yang dapat kau lihat dengan matamu.
Bahagian lainnya adalah jiwamu.
Jiwamu adalah bahagian yang tidak bisa kau lihat
tetapi bisa kau ketahui
dengan pengetahuanmu yang dalam.
Kebenaran akan eksistensimu ada di dalam jiwamu.
Hal lainnya hanyalah pengabdi bagi jiwamu.”
- Imam Al Ghazali
------------------------------------------------------
:: Dikutip dari buku Imam Al-Ghazali,
berjudul Kimiya’e Saadat : “The Alchemy of Happiness”.
Wahai sahabat-sahabatku, kenalilah dirimu.
Siapa dirimu yang sebenar? Apa tujuan hidupmu? Apakah tujuan Allah menciptakan
dirimu? Sudah tentu tidak hanya sia-sia bukan? Kerana sesungguhnya tiada
sesuatupun yang Allah ciptakan baik di muka bumi, mahupun yang berada jauh nun di
langit; baik sekecil zarrah, mahupun sebesar gunung melainkan dgn sebab dan
tujuan.
Jadi, apakah tujuan hidupku ini?
"Maka apakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main
(tanpa maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
-Surah Al-Mukminun (23):115
-Surah Al-Mukminun (23):115
Jadi, apakah tujuan hidupku ini?
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka
mengabdikan diri kepada-Ku."
-Surah Adz-Dzariyat (51):56
-Surah Adz-Dzariyat (51):56
Ingatlah berkali-kali, dirimu itu tidak
lain tidak bukan hanyalah hamba kepada-Nya. Bukan ‘pembantu’ kepada-Nya, kerana Dia Maha
Kaya dan tidak memerlukan apa-apa dari hamba-Nya. Bahkan kita bukan juga ‘pekerja’-Nya,
yang mana menjadi hak seorang pekerja untuk meminta gaji atas hasil usahanya.
Sedarilah akan hakikat diri sebagai hamba kepada-Nya. Seseorang hamba itu sentiasa taat dan patuh kepada Tuannya sama ada dalam bentuk suruhan, mahupun larangan; suka mahupun duka. Malah tidak menjadi tanggungjawab Tuannya untuk memberikan apa-apa sebagai ganjaran, walaupun hanya sedikit upah!
Fikirkanlah kembali hakikat asal kejadianmu. Dirimu tercipta bermula dari setetes air mani yang hina. Setetes air yang jika jatuh di lantai, ayam tak patuk, itik tak sudu, malah tak dipandang dek manusia. Namun, Allah telah mengangkat martabatmu menjadi sebaik-baik kejadian. Subhanallah! Dia-lah yang Maha Memberi tanpa kita pinta, Maha Pengasih tanpa kita memberi.

'Bukankah Kami
(Allah) menciptakan kamu dari air yg hina (mani),'
-Surah Al-Mursalat (77):20
-Surah Al-Mursalat (77):20
Justeru, jadilah hamba Allah dengan sebaik-baiknya,
dan berbanggalah dengannya. Kita tidak menjadi hamba kepada manusia, harta,
mahupun terhadap kekejian nafsu, tapi kita menjadi hamba kepada sebaik-baik 'Tuan', yakni Allah Yang Maha
Besar, Maha Berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu. Jadi mengapa kita enggan
menjadi hamba-hamba-Nya yang bersyukur?
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya
kamu tidak akan mampu menghitung jumlahnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
-Surah An-Nahl (16):18
Kenalilah dirimu dengan mengenali Allah yang telah menciptakanmu.
Dia-lah Allah Yang
Maha Pengampun,
Dia-lah Allah Yang Maha Pengasih,
Dan Dia-lah Allah Maha Panyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
Dia-lah Allah Yang Maha Pengasih,
Dan Dia-lah Allah Maha Panyayang terhadap hamba-hamba-Nya.
Untuk mengenalinya, tidak perlu dengan
melihat-Nya atau memikirkan zat-Nya, kerana ianya di luar batasan kemampuan
kita. Dia tidak serupa dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita gambarkan..
kerana Dia-lah Yang Maha Perkasa, dan apa yang kita lihat dn gambarkn tidak lain
tidak bukan hanyalah sebahagian dari makhluk-makhluk-Nya.
Bagaimana kita hendak mengenali-Nya?
Perhatikan sekelilingmu, hayatinya, sungguh
setiap apa yang kamu lihat, setiap apa yang kamu dengar, setiap apa yang kamu
rasai, terdapat tanda-tanda dari-Nya.. akan bukti kewujudan-Nya, bukti keagungan-Nya..
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari seksa neraka."
-Surah Ali Imran (3):190-191

p/s: Subhanallah..
Menarik! Full video: Bagaimana Allah mencampakkan hidayah kepada Ruben (Abu
Bakr), seorang Aussie yang sebelumnya Atheist.
1 comment:
nice post akh !!
terkesan.. (ana yg tick) hehe
moga Allah sentiasa di hati kita.. Aminn :)
Post a Comment