Thursday, May 13, 2010

Karya Pilihan : Wahai Diri. . . Hidupkan hatimu dahulu! Sebelum engkau berusaha, membajai hati insan-insan yang lain... (Muhasabah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Wahai hati, hiduplah!
~pic by dr.kadir
 

 Wahai diri ini. . .
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.

Bukan kerana kau berjemaah, 
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

 
Diri ini. . .
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu. 


Ketahuilah diri ini. . .
Hatimu itu keras,
Khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu. 


Diri ini. . .
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini. 


Diri ini. . .
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...

Lazimilah awal harimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu.. sebagai daie. 


Diri ini. . .
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Di situ ketenangan dan kekuatanmu.


Diri ini. . .
Ketahuilah bahawa hanya hati yang 'hidup' sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit, 
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

 
Wahai diri. . .
Amanahlah kau di hadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu.

Namun rasailah kekerdilan dirimu....
Di hadapan qudrat dan iradatNya.



 

ps: Peringatan ini tertuju terutama buat diri yang hina ini. Semoga ada manfaatnya juga bersama.. ^_^

'HIDUP'kanlah hatimu dahulu, nescaya engkau akan mendapati, hati-hati insan di kelilingimu jua terubat dengan izin-Nya.

Jzkk kepada Qolbiku dan sahabatnya, Nadia atas karya yang bermanfaat ini. ^_^
 

Semoga Allah redha~

'Tombo hati' atau ubat hati. . .

6 comments:

ImanCo said...

salam..

mmg benar apa yang dikatakan oleh penulis.. bak kata akh muslim "we cannot give something if we don't have something.."
karya pilihan.... mmg bes.. "terkena" di situ...

muSafir said...

Salam..
Benar dalam benar =)

1-Hati yang gelap tidak dapat menghidupakan hati2 yg mati..


2-utk yg memberi peringatan, sebelum menegur ingatlah:

"Wahai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yg tidak kamu kerjakan. Amat besarlah kebencian di sisi Allah apa yang kamu katakan tetapi kamu tidak kerjakan."
(as-Saff: 3-4)

Bagus, peringatan yg baik utk saya yg lupa =)

sLave_oF_Almighty said...

ImanCo,

Wslm w.b.t.

Alhamdulillah..
Mmg benarlah peringatan itu berguna buat org beriman jua.. =)

Semoga Allah sntiasa bg kita 'terkena', tiap2 kali kita sudah mula terleka.. Amin~ ^_^

sLave_oF_Almighty said...

muSafir,

Wslm w.b.t.

Alhamdulillah.
Jzkk ats perkongsian. =)

Peringatan yang amat perlu buat diri yang selalu terleka ini..

Na'udzubillahimindzalik.
Semoga kita terhindar dr tdk mengerjakan apa yg slalu kita war2kan.. Amin~

miss_purplish89 said...

salam akh..
kali ni xde ke ayat2 quran?
hee..

best2...
peringatan untuk diri..
selama ni sibuk nk nasihat org..
kdg2 alpa, diri ni dh cukup baik ke nk tegur org..

alangkah ruginya kalo kita sendiri dh tau baik sesuatu benda tp kita x amalkan utk diri kita sendiri..

thanx akh utk puisi ini..
jzkk ats perkongsian..

Slave of Almighty said...

Wslm w.b.t.

Ni bukan karya ana, dapat dari blogger lain..

Jzkk kembali ats peringatannya..
Yup, rugi, dh tahu sesuatu perkara yang baik, tetapi tidak mengamalkannya utk dirinya sendiri..

Semoga dijauhkan~