Tuesday, July 13, 2010

Puisi: Kebetulan atau ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

???

Kebetulan atau ...

Sungguh indah makhluk ciptaan Tuhan
Unik setiapnya
Kelebihan pelbagai
Dan pasti
Setiap ciptaan
Bukannya suatu kesiaan


Inilah bukti
Keagungan Tuhan
Kecil tidak semestinya lemah
 Besar tidak semestinya gagah

Semua makhlukNya tunduk
Merendah pada Tuhan
Kecuali iblis
Dan juga syaitan
Serta di kalangan manusia
Yang ingkar perintah Tuhan

Apakah makhlukNya itu meramal?
Sedang ia tidak punyai akal

Apakah insanNya itu cuba membuat kepastian?
Sedang dia tidak punyai ilmu tentang masa hadapan

Sungguh
Ini semuanya bukan kebetulan

Ketentuan dari Tuhan
Menguji insan, siapakah yang benar-benar beriman
Ataupun iman
Hanya sekadar di lisan

MakhlukNya itu
Patuh mengikut perintahNya
Bergerak menurut kemahuanNya
Tasbih-tasbih yang tiada siapa mengerti
Sujud ia kepada sang Maha Pencipta

---
MF
Semuanya berada di dalam aturan Yang Esa
Maha Pencipta
Maha Pentadbir seluruh semesta
10|07|13


" Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabat* (sabtu), (iaitu) ketika datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, padahal pada hari-hari yang bukan Sabat ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka berlaku fasik."
- Surah Al-'Araf (7): 163 -

*Menurut aturan mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabat, kerana hari Sabat itu dikhususkan hanya untuk ibadah.

Hmm.. Rasanya semua tahu apa yang terjadi dan apa mesej yang disampaikan, kan? So, malas nak ulas panjang-panjang. Bagi sesiapa yang tidak faham, cuba-cubalah tanya encik Google ye. ^^

Menurut pembacaan saya, bukannya semua bendera pilihan sotong ini betul pun. Waktu Euro2008 dulu, sotong yang digelar 'Paul' ini juga ada digunakan untuk dibuat ramalan. Ada salah-salah juga. Antara yang utama, perlawanan akhir Euro2008 yang mana 'Paul' memilih untuk memakan makanan pada kotak berbendera Germany, bukannya pada kotak berbendera Spain, sedangkan di akhirnya, Spain jualah yang mengungguli kejohanan Euro2008 pada masa itu.

Jadi, betul sangat ke sotong ini? Malah, jika semuanya benar pun, bukankah ia semuanya berada di bawah kekuasaanNya? Cuba lihat kisah hari Sabat yang dinukilkan dalam Al-Qur'an yang saya kongsikan di atas. Cuba hayatinya. Adakah ia semua suatu kebetulan? Ataukah ianya ketentuan, sebagai ujian kepada manusia akhir zaman?
(Apa itu hari Sabat, apakah helah yang digunakan Bani Israel ketika hari itu, dan sebagainya, sila-silakanlah rujuk kitab-kitab tafsir yang berdekatan.. ^^)

Dan satu perkara jangan lupa, sotong ini bukannya meramal pun sebenarnya. Ia hanya bergerak sesuka hati mengikut kehendaknya. Yang meramal itu manusia. Kasihan sotong yang tidak tahu apa ini dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan sendiri dijadikan bahan penilikan. Dan siapa yang mengawal tindak-tanduk sotong itu? Saya rasa anda semua tahu.


" Dan milikNya apa yang ada di langit dan di bumi. Semua hanya kepadaNya tunduk."
- Ar-Rum (30): 26 -


" Katakanlah, 'Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. Dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan."
- Surah Al-Naml (27): 65 -


Paling utama, dan paling ditakuti, di antara masyarakat kita ini berkemungkinan telah ada yang terpesong akidahnya. Ya, tidak mustahil. Meletakkan kepercayaan kepada sotong (ciptaan Allah jua) lebih dari percaya kepada Allah itu sendiri. Na'udzubillahimindzalik. Sedang sebersit kepercayaan kepada ramalan-ramalan itu juga sudah mampu merosakkan akidah kita.


" Janganlah engkau mempersekutukan Allah (syirik), sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
- Surah Luqman (31): 13 -

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan (dosa) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan Dia akan mengampunkan apa (dosa) yang selain dari itu (syirik) bagi sesiapa yang Dia kehendaki."
- An-Nisa' (4): 48 -


Sedih apabila mendengar ucapan salah seorang deejay di radio,

" Ada orang kata makan sotong banyak-banyak bagus tau. Nanti mudah nak meramal dengan tepat." Kata-kata yang bernada gurauan. Namun boleh di buat mainkah perkara ini? Lagi-lagi 'on air' di radio yang didengari oleh ratusan dan ribuan manusia. Kemudian, di tambah lagi dengan kata-kata penguat di hujungnya,
"Betul.. Betul.... " .......

Allahu'alam. Semoga kita semua terpilih di kalangan mereka yang mendapat hidayah, dan dikekalkan imannya. Aminn




Sumber Rujukan / Ilham

1. Semua di dalam kawalanNya
  • Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
    Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,”
    - Surah Al-Hadid (57): 22-23

2. IlmuNya meliputi segala sesuatu
  • " Katakanlah, 'Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. Dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan."
    - Surah Al-Naml (27): 65


3. Tasbih makhluk-makhlukNya
  • " Dan milikNya apa yang ada di langit dan di bumi. Semua hanya kepadaNya tunduk."
    - Ar-Rum (30): 26
  • “ Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.”
    - Surah Al-Isra’(17): 44

4. Jangan menilik nasib
  • "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung.
    - Surah Al-Ma'idah (5): 90
  • " Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah sembahyangnya selama 40 malam."
    (HR. Muslim)
  • " Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / sami lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."
    (HR. Imam Ahmad)

5. Awas, jangan syirik!
  • " ... Janganlah engkau mempersekutukan Allah (syirik), sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
    - Surah Luqman (31): 13
  • " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan (dosa) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan Dia akan mengampunkan apa (dosa) yang selain dari itu (syirik) bagi sesiapa yang Dia kehendaki."
    - An-Nisa' (4): 48

-Thanks to Encik Virus atas perkongsian ilmu berkenaan Encik Octopus.. ^^


ps: maaf atas kelewatan entry. hampir seminggu tidak mendapat capaian internet

6 comments:

yui92 said...

sotong tu yg nak makan...manusia plak excited lebih

Slave of Almighty said...

yui92,

betul3..
ini ujianNya jga sbenarnya.. kn?

Ampuan Awang said...

... entahlah sahabat, ramai orang percaya sotong dari percayakan Tuhan.

http://puisikabur.blogspot.com/2010/07/paul-octopus-si-kurita-yang-bosan.html

uNcLeJoE said...

mungkin juga taktik musuh supaya akidah muslim makin rapun yang sudah sekian lemah...

Slave of Almighty said...

Ampuan Awang,

sotong.. isk3
semoga kita dn kluarga kita tpelihara dr kpercayaan2 ini

trima ksih sahabat ats pkongsian link. Bru tau rpanya sotong itu slalu mmilih kotak yg kanan..

Slave of Almighty said...

uNcLeJoE,

hmm.. mungkin juga..
apapun, ia semua msih di dalam ketentuan yang Esa.. telah ttulis di kitab Loh Mahfuz..
itu yg spatutnya org Islam pcaya