Friday, August 20, 2010

Puisi: Terus Melangkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Karya saya suatu ketika dahulu...

Ambillah apa-apa yang bermanfaat darinya. Jika keruh yang kau temukan, tapislah ia.

Lillahita'ala, inshaAllah... (Qs. 6: 162)


Terus Melangkah

Jatuh
Bangkit
Jatuh
Bangkit
Berkali-kali kujatuh
Kubangkit lagi


Datang ujian bertimpa-timpa
Mehnah dan tribulasi usah dikira
Rasa letih bertandang di jiwa
Kujatuh lagi, mampukah kubangkit sekali lagi?

Bangkit!
Bangkit!
Bangkit!

Wahai mujahid
Cukuplah
Jangan kau melemah lagi
Jatuh, kau bangkit
Jatuh, kau bangkit lagi
Biar seribu kali pun kau jatuh
Seribu kali jua mesti kau bangkit
Jangan sesekali kau mengalah
Terus melangkah!


Biar...
Biar sakitnya tidak terperi
Asalkan imanmu tidak lusuh pergi

Biar...
Biar segala hartamu harus digadaikan
Asalkan tidak, kau merasa selesa dalam kemurkaan Tuhan

Biar...
Biar sekalipun dirimu terkorban
Asalkan matimu itu bukan dalam kehinaan


Ketahuilah
Apa yang kau korbankan itu mahal nilaian di sisiNya...

Ia-lah bakal menjadi mahar
Buat kau
Meraih syurgaNya
Di Akhirat kelak

 InshaAllah


Cukuplah mujahid
Jangan kau melemah lagi

Kerana kau sebenarnya mampu. . .

---
MF
rasa tidak kuat
hanya Dia pemilik kekuatan
semoga Kau kuatkan aku hingga ke akhirnya
aminn
10|08|04

Naik turun keimanan itu lumrah. Setiap insan pasti melaluinya.

Namun bagaimana kita menyikapinya.

Itu yang utama.


Sumber Rujukan / Ilham:

1.  Kau mampu
  • " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ..."
    - Surah Al-Baqarah (2): 286 

2.  Dirimu lemah.. kerana tidak, kau gantungkan diri kepadaNya!
  • "... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

    Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ..."
    -Surah At-Talaq (65): 2-3

3.  Apa erti perjuangan, jika tanpa pengorbanan serta ujian
  • " Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
    - Surah At-Taubah (9): 41

4.  Mahar untuk mendapatkan syurgaNya
  • " Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. ... dan demikian itulah kemenangan yang agung."
    - Surah At-Taubah (9): 111

ps: iman naik dan turun, maka adakah ianya boleh dijadikan suatu alasan? jom baca artikel ini. cukup menarik! tulisan hilal asyraf. http://ms.langitilahi.com/motivasi-menurunnya-keimanan-itu-bukan-alasan-untuk-bersedihan/

~hargai kehidupan, sedari tujuan, realisasi impian~

2 comments:

arekymz membuyau said...

assalam.
iman manusia turun naik.
tp pintu taubat untuk manusia sentiasa terbuka sehinggalah kiamat.

Slave of Almighty said...

arekymz membuyau,

Wslm w.b.t.

Benar..
Selagi hayat dikandung badan, selagi mentari tetap terbit dari Timur..

Keluasan pengampunan dariNya, ptut mmbuat kita rasa malu utk bermaksiat kpdNya..

Jzkk perkongsian.. ^^