Friday, June 10, 2011

Gambar: Sampai bila akan wujudnya 'aku'?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Aku letih
Aku lemah
Aku tak mampu

Aku mahu itu
Aku suka ini
Aku malas

Aku, aku, aku
Sampai bila akan wujudnya 'aku'?

Sedang ummat memerlukan mereka yang sanggup berkorban demi agama
Bukan engkau, yang hanya tahu memikirkan perihal dirimu sahaja

Sedang Nabi Muhammad s.a.w. tetap bersabar dalam memperjuangkan agama
Akhirnya Islam mampu tersebar ke seluruh dunia

Nikmat iman dan islam pada dirimu itu
Apakah engkau tidak menghargainya?

Ayuh!!
Berkorban serta berjuanglah
Hidup ini bukan 'hanya untuk diri'
Sedang permasalahan ummat
Masih jauh untuk diatasi

Aku, aku, aku
Masihkah wujudnya 'aku' selepas ini?

slave of Almighty
~perlu memperbaiki diri, agar layak diiktiraf olehNya sebagai pembela agama Ilahi~
11|1|31



" Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim, sama seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri."
(HR. Bukhari)

3 comments:

along said...

Subhanallah..ringkas, namun benar-benar mengetuk hati ana. syukran atas peringatan. terkadang trlupa, sibuk memikirkan diri sendiri, sehingga terlupa melaksanakn amanah yang diberi. Ya. hidup ini bukan 'hanya untuk diri'.

Rafi Harumin said...

Sahabat. Terima kasih peringatan bermakna ini. Lamanya kita tidak berhubung. Semoga sahabat sejahtera sentiasa.

mselim3 said...

sedih dan terasa kerdilnya kita disisiNYA...adakah kita akan menjadi hamba yang di"pandang" di sana nanti...

Sesungguhnya hambamu ini hanya mengharap ikhsan dan rahmatMu Ya,,,Allah..