Tuesday, February 14, 2012

Pena tumpul

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Fenomena "pena tumpul" melanda. Terasa sungguh janggal untuk mengarang artikel, apatah lagi jika artikel yang ditulis meleret-leret menjadi panjang. Tulis. Padam. Tulis. Padam. Awkward! Dan selalunya, kalau dah siap menulis pun, bila baca terasa macam ada saja yang tak kena.

Teringat nasihat seorang sahabat, apabila saya mengutarakan pendapat saya, bahawa saya mahu terus berhenti menulis dalam jangka masa yang panjang atas alasan - dapat memberi fokus sepenuhnya kepada perkara-perkara penting yang lain.

Sahabat saya memberikan saranan kepada saya agar terus menulis, tetapi cuba menulis dengan gaya berbeza. Posting yang lebih pendek. Katanya,

" Kadang, less is more."

Hrm.. Mungkin betul juga katanya.

Saya kira, jarangnya saya menulislah menyebabkan pena ini makin tumpul. Skil penulisan tak diasah. Jadi, apa salah ideanya? Mungkin dengan menulis artikel-artikel pendek dapat mengasah kembali pena itu? Wallahu'alam.

Apapun, apa yang perlu saya sentiasa ingatkan pada diri, tiap-tiap bait kata yang saya tulis itu, Allah jua yang 'mengirimnya' pada hati-hati manusia. Bukan saya.

Cahaya hidayah yang kita hajatkan sampai pada hati-hati insan lain, datangnya dari Allah. Kita tidak lain bertanggungjawab untuk menyampaikan, dan hanya dapat menjadi asbab kepada hidayah mereka itu.

Mungkin, ini suatu teguran/muhasabah buat diri saya sendiri. Apakah dalam medan penulisan ini, saya kini ketiadaan dua senjata utamanya -

Keikhlasan & Hubungan dengan Allah

Astagfirullah... 

No comments: