Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Hari ini, 15 Syaaban 1433H.
Garisan pertengahan bulan Syaaban itu baru sahaja kita lepasi.
Jika bulan-bulan sebelum Ramadhan seperti Jamadil Awal, Rejab dan Syaaban kita boleh anggap sebagai 'bulan-bulan persediaan' sebelum kita menghadapi Ramadhan. Maka, masuknya kita di bulan Syaaban beerti kita telah masuk ke fasa terakhir untuk persiapan ini.
Dan with the effect of today, 15 Syaaban, dalam kita sedar tak sedar, kita telah masuk ke fasa yang palingsangat terakhir bagi persiapan kita menjalani Tarbiyyah Ramadhan.
Fuuuuuuhhh. Ramadhan dah sangat hampir!
Wahai, sedarkah?
Dan bahangnya semakin kuat terasa.
Bahang Ramadhan
Saya kira, bahang Ramadhan ini dapat dirasakan di mana-mana sahaja. Ye, di mana-mana sahaja dan juga di apa peringkat umur pun.
Tidak kira, sama ada di peringkat sekolah, universiti ataupun kerja.
Tidak kira, sama ada di peringkat lokal, maupun global.
Apatah lagi, di negara Malaysia ini, di mana penduduknya majoritinya adalah Muslim. Saya percaya pasti 'bahang Ramadhan' sudah mula terasa kepada semua.Walaupun apakah jenis 'bahang' yang dirasakan mungkin berbeza mengikut individu.
Contohnya, sebahagian peniaga mungkin akan melihat Ramadhan sebagai tempat untuk mereka mengaut keuntungan yang ekstra. 'Marketing strategy' dalam area-area seperti penjualan juadah di bazaar, tempahan kuih, baju raya dsb pasti sudah mula dirangka, atau paling tidak pun, kesedaran tentang peluang keemasan ini pasti sudah wujud. Tinggal dari sudut perancangan dan plan tindakannya sahaja mungkin belum dilaksanakan.
Bagi sebahagian pekerja pula, mungkin akan melihat Ramadhan yang bakal hadir sebagai bulan di mana mereka dibenarkan balik kerja lebih awal dari biasa. Serta juga membawa maksud, masa yang lebih untuk mereka berehat bersama keluarga di rumah.
Dan bagi yang masih 'belum' mahu berpuasa pula, mungkin mereka juga sudah mula berbincang dan merancang bagaimana mereka mahu makan pagi dan tengah hari tanpa di'kantoi'kan oleh pihak jabatan agama. Mungkin....
Namun, walauapapun jenis 'kesedaran' atau bahang yang dirasakan oleh masyarakat kita, saya percaya dan opitimis, banyaknya bahang-bahang yang datang dari Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini adalah bahang yang baik serta dapat memberikan suatu kesan yang positif terhadap masyarakat secara umumnya. Kalaupun tidak banyak, sedikit pasti ada.
Jadikan Ramadhan "Platform Perubahan"
Bagaimana pula anda yang membaca... adakah anda dapat merasakan 'bahang Ramadhan'?
Ye? Bahang yang seperti manakah?
Saya sendiri dapat merasakan bahang Ramadhan yang semakin mendekat walaupun secara jujur, persiapan yang telah saya lakukan untuk menghadapi Ramadhan adalah amat-amat sedikit (itupun jika ianya masih boleh dikira sebagai 'ada')
Namun, jauh tertanam di dalam diri saya, saya ingin jadikan Ramadhan sebagai 'platform' perubahan/peningkatan diri. Saya amat-amat mengharapkan tarbiyyah Ramadhan dapat menghidupkan kembali 'ruhi' di dalam diri.
Kerana ternyata, Ramadhan tidak pernah gagal dalam menyediakan platform yang sangat baik(jika bukan terbaik) buat kita semua untuk memperbaiki diri serta mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta, Allah.
Pakej yang Allah sediakan dalam bulan Ramadhan, seperti - kombo rahmat dan keampunan, tarbiyyah puasa dan solat malam, serta bi'ah(suasana) masyarakat yang makin soleh - adalah satu pakej yang amat mahal harganya, dan pakej ini tidak dapat kita temukan di bulan-bulan yang lain.
Justeru, adakah kita akan memilih untuk mensia-siakan peluang keemasan ini, yang hadirnya belum pasti akan berulang kembali? (tanya diri)
Penutup: Jadikan Ramadhan kali berbeza dari Ramadhan-Ramadhan yang lepas. Jadikan ia Ramadhan yang terbaik!
Ya. Ramadhan bakal hadir dan bakal pergi.
Dan hadirnya merupakan suatu 'HADIAH' dari Allah yang tiada ganti. Amat rugi sekali untuk kita persiakan.
Kalau sahaja kita sedar dan menjadi hamba-Nya yang tahu bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya, pasti kita akan menggunakan kesempatan Ramadhan ini dengan sehabis baik yang kita mampu, kan?
Justeru, ayuh wahai muslimin! Ayuh!
Tanamkan tekad dalam diri untuk menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang berbeza dari Ramadhan-Ramadhan yang sebelumnya....
Suatu Ramadhan yang memberi kita kekuatan untuk beramal dengan ajaran Islam dengan lebih baik.
Suatu Ramadhan yang dapat mendidik kita berjiwa hamba.
Suatu Ramadhan yang dapat mendekatkan kita kepada Ilahi.
Suatu Ramadhan yang menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dari pelbagai segi. Lebih bersyukur, lebih banyak bersabar, lebih rajin beramal ......... (isi tempat kosong)
InsyaAllah!
Semoga Ramadhan yang bakal hadir adalah Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui.
"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban. Serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.
Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling bermakna buat diriku. Ameen."
ps: bahang Ramadhan yang dirasakan, menggerakkan saya untuk kembali mencoret sesuatu di sini.. yup. walaupun usaha saya ini kecil, saya tidak mahu kelepasan merebut peluang ganjaran Ramadhan yang ada dan hanya mampu berharap yang Allah meredhainya.
ps: lama tidak menulis.. bila nak tulis balik, mula-mula rasa 'takut' pun ada.... semoga tulisan saya, dibimbing-Nya.. insyaAllah
Hari ini, 15 Syaaban 1433H.
Garisan pertengahan bulan Syaaban itu baru sahaja kita lepasi.
Jika bulan-bulan sebelum Ramadhan seperti Jamadil Awal, Rejab dan Syaaban kita boleh anggap sebagai 'bulan-bulan persediaan' sebelum kita menghadapi Ramadhan. Maka, masuknya kita di bulan Syaaban beerti kita telah masuk ke fasa terakhir untuk persiapan ini.
Dan with the effect of today, 15 Syaaban, dalam kita sedar tak sedar, kita telah masuk ke fasa yang paling
Fuuuuuuhhh. Ramadhan dah sangat hampir!
Wahai, sedarkah?
Dan bahangnya semakin kuat terasa.
Bahang Ramadhan
Saya kira, bahang Ramadhan ini dapat dirasakan di mana-mana sahaja. Ye, di mana-mana sahaja dan juga di apa peringkat umur pun.
Tidak kira, sama ada di peringkat sekolah, universiti ataupun kerja.
Tidak kira, sama ada di peringkat lokal, maupun global.
Apatah lagi, di negara Malaysia ini, di mana penduduknya majoritinya adalah Muslim. Saya percaya pasti 'bahang Ramadhan' sudah mula terasa kepada semua.Walaupun apakah jenis 'bahang' yang dirasakan mungkin berbeza mengikut individu.
Contohnya, sebahagian peniaga mungkin akan melihat Ramadhan sebagai tempat untuk mereka mengaut keuntungan yang ekstra. 'Marketing strategy' dalam area-area seperti penjualan juadah di bazaar, tempahan kuih, baju raya dsb pasti sudah mula dirangka, atau paling tidak pun, kesedaran tentang peluang keemasan ini pasti sudah wujud. Tinggal dari sudut perancangan dan plan tindakannya sahaja mungkin belum dilaksanakan.
Bagi sebahagian pekerja pula, mungkin akan melihat Ramadhan yang bakal hadir sebagai bulan di mana mereka dibenarkan balik kerja lebih awal dari biasa. Serta juga membawa maksud, masa yang lebih untuk mereka berehat bersama keluarga di rumah.
Dan bagi yang masih 'belum' mahu berpuasa pula, mungkin mereka juga sudah mula berbincang dan merancang bagaimana mereka mahu makan pagi dan tengah hari tanpa di'kantoi'kan oleh pihak jabatan agama. Mungkin....
Namun, walauapapun jenis 'kesedaran' atau bahang yang dirasakan oleh masyarakat kita, saya percaya dan opitimis, banyaknya bahang-bahang yang datang dari Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini adalah bahang yang baik serta dapat memberikan suatu kesan yang positif terhadap masyarakat secara umumnya. Kalaupun tidak banyak, sedikit pasti ada.
Jadikan Ramadhan "Platform Perubahan"
Bagaimana pula anda yang membaca... adakah anda dapat merasakan 'bahang Ramadhan'?
Ye? Bahang yang seperti manakah?
Saya sendiri dapat merasakan bahang Ramadhan yang semakin mendekat walaupun secara jujur, persiapan yang telah saya lakukan untuk menghadapi Ramadhan adalah amat-amat sedikit (itupun jika ianya masih boleh dikira sebagai 'ada')
Namun, jauh tertanam di dalam diri saya, saya ingin jadikan Ramadhan sebagai 'platform' perubahan/peningkatan diri. Saya amat
Kerana ternyata, Ramadhan tidak pernah gagal dalam menyediakan platform yang sangat baik(jika bukan terbaik) buat kita semua untuk memperbaiki diri serta mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta, Allah.
Pakej yang Allah sediakan dalam bulan Ramadhan, seperti - kombo rahmat dan keampunan, tarbiyyah puasa dan solat malam, serta bi'ah(suasana) masyarakat yang makin soleh - adalah satu pakej yang amat mahal harganya, dan pakej ini tidak dapat kita temukan di bulan-bulan yang lain.
Justeru, adakah kita akan memilih untuk mensia-siakan peluang keemasan ini, yang hadirnya belum pasti akan berulang kembali? (tanya diri)
Penutup: Jadikan Ramadhan kali berbeza dari Ramadhan-Ramadhan yang lepas. Jadikan ia Ramadhan yang terbaik!
Ya. Ramadhan bakal hadir dan bakal pergi.
Dan hadirnya merupakan suatu 'HADIAH' dari Allah yang tiada ganti. Amat rugi sekali untuk kita persiakan.
Kalau sahaja kita sedar dan menjadi hamba-Nya yang tahu bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya, pasti kita akan menggunakan kesempatan Ramadhan ini dengan sehabis baik yang kita mampu, kan?
Justeru, ayuh wahai muslimin! Ayuh!
Tanamkan tekad dalam diri untuk menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang berbeza dari Ramadhan-Ramadhan yang sebelumnya....
Suatu Ramadhan yang memberi kita kekuatan untuk beramal dengan ajaran Islam dengan lebih baik.
Suatu Ramadhan yang dapat mendidik kita berjiwa hamba.
Suatu Ramadhan yang dapat mendekatkan kita kepada Ilahi.
Suatu Ramadhan yang menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dari pelbagai segi. Lebih bersyukur, lebih banyak bersabar, lebih rajin beramal ......... (isi tempat kosong)
InsyaAllah!
Semoga Ramadhan yang bakal hadir adalah Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui.
"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban. Serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.
Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling bermakna buat diriku. Ameen."
ps: bahang Ramadhan yang dirasakan, menggerakkan saya untuk kembali mencoret sesuatu di sini.. yup. walaupun usaha saya ini kecil, saya tidak mahu kelepasan merebut peluang ganjaran Ramadhan yang ada dan hanya mampu berharap yang Allah meredhainya.
ps: lama tidak menulis.. bila nak tulis balik, mula-mula rasa 'takut' pun ada.... semoga tulisan saya, dibimbing-Nya.. insyaAllah
No comments:
Post a Comment