Sunday, February 7, 2010

Perkongsian: Katakan "Alhamdulillah !"



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.



Alhamdulillah
by Too Phat


disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
hayya nab'idil karaha (Mari hindari kebencian dan dendam)
syakkireena a' kulli ni'ma (Mari kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
ba' ideena anil fattana (Mari hindari segala penipuan dan dosa²)


merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!


jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini


aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...


sujudku pun takkan memuaskan inginku
tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

*bahasa indonesia.. harap siapa-siapa yang tahu, boleh tolong translate.. =)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isk3. Tersentuh juga membaca lirik lagu ni.
Banyak lagi perkara yang perlu direflect balik dalam diri. Huhuhu

Timbul satu persoalan di benak kepala saya.. Cuba tanya diri kita, sebenarnya dalam dunia ni 'apakah benda yang benar-benar hak milik kita?'. Hak milik kita sepenuhnya, hak milik kekal, hak milik kita seorang dan tidak share dengan siapa-siapa..



Ada x? Ada? Kalau ada apa??


Harta kita mngkin...?

Scholarship kita...?

Laptop kita...?

Tubuh badan kita...?

Otak kita...?

Mata kita...?

Tangan kita...?

Muka kita...?

Jantung kita...?

Nyawa kita???

Tidak! Sama sekali tidak. Cuba fikir kembali sedalam-dalamnya. Sebenarya, tiada apa-apa pun yang kita ada yang benar-benar menjadi hak milik kita sepenuhnya. Ya, memang tidak ada. Sedangkan nyawa dan roh kita ini juga sebenarnya bukan milik kita. Betul ke?

Mungkin, dari sudut percakapan, kita akan kata 'barang ni aku punya', 'ini laptop aku', 'tangan aku', 'motor kesayanganku', 'paras rupaku', 'hatiku' dan bermacam2 lagi.

Namun, sedarkah kita, itu semuanya hanya kata-kata sahaja. Sebenarnya tiada satu pun di dunia ini yg merupakan hak milik mutlak kita dan sebaliknya semuanya milik Allah.

Ya, akuilah wahai makhluk-makhluk Allah, kaki kita, duit kita, dan katakan, apa-apa sahaja, bahkan diri kita, seluruh alam dan segala isinya ini juga milik Allah. Malah, diri kita juga sebenarnya bukan milik kita. Diri kita milik Allah. Semuanya milik Allah mutlak, dan kepada-Nya jua tidak lama lagi kita akan dikembalikan.

Jadi, mengapa benda-benda ni ada pada kita?
Ini semua merupakan nikmat-nikmat dari Allah kepada kita. Pinjaman dari-Nya. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.....
dan kelak semuanya akan dipertanggungjawabkan kembali kepada kita di akhirat.

Namun, telah berapa kali dalam hidup kita ini kita telah menyalahgunakan nikmat-nikmat yang Allah beri ini?
 Bukan sahaja kita jarang bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberi, bahkan kita sering menggunakannya untuk membuat perkara-perkara yang tidak disukaiNya.

Hanset kita guna untuk....., Lidah kita guna untuk...., Pakaian....., Paras rupa....., Nyawa yang masih diberikan dihabiskan dengan.......
Na'udzubillahiminzalik.. Semoga kita semua dijauhkan dari perbuatan2 yg tercela itu..


Jadi, marilah kita sama2 mengucapkan "ALHAMDULILLAH ! ! !" 
sesungguhnya.............


'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."'
-Surah Ibrahim (14): 7

2 comments:

umairzulkefli said...

teruskan menulis wahai akhi..
semoga hidupmu berkah

berjuanglah wahai mujahid yang kembali kepada fitrah!

MF said...

Jzkk akhi..
InshaAllah ana akan terus tsabat..
Mohon tunjuk ajar dari antum.. =)