Saturday, May 1, 2010

Al-Qur'an: Matahari (As-Syams)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

 Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Matahari

Demi matahari,
Dan sinarnya di pagi hari.


Demi bulan,
Apabila mengiringinya.


Demi Siang,
Apabila menampakkannya.


Demi Malam,
Apabila menutupinya.


Demi Langit,
Serta pembinaanya.


Demi Bumi,
Serta penghamparannya.


Demi Jiwa,
Serta penyempurnaanya.

 Dia mengilhamkan jiwa dua jalan,
Kejahatan dan ketaqwaan.


Sungguh beruntung insan yang menyucikannya,
Sungguh rugi insan yang mengotorinya.

-------
To do good or bad,
We are the one who decide, 
~Inspired by Sura As-Syams. 


Ya, pilihan di tangan kita.~

Kita yang memilih, sama ada mahu berburuk sangka, atau berbaik sangka.

Sama ada berkata dusta, atau jujur bicara. . .

Sama ada mengumpat, atau berdiam sahaja. . .

Sama ada mahu melewat-lewatkan solat, atau memeliharanya. . .

Sama ada solat berjemaah di masjid, atau cukup solat sendirian di bilik. . .

Sama ada hanya mengikut kehendak nafsu, atau mengawalnya. . .

Sama ada mahu bergaul 'bebas', atau menjaga batasan-batasannya. . .

Sama ada memanfaatkan nikmat masa, atau mengisinya dengan perkara sia-sia. . .

Sama ada mahu hidup bermewah-mewahan, atau cukup dalam kesederhanaan. . .

Sama ada memilih sahabat yang memimpin ke syurga atau memilih kawan yang cukup sekadar di dunia. . .

Sama ada mahu berada dalam kelompok yang mengajak kebaikan atau kelompok yang mewar-warkan kemungkaran. . .

Sama ada mahu merendah pada Yang Maha Perkasa, atau mahu angkuh, berlagak sombong di hadapan Pencipta. . .
(Banyak pula sama adanya.. Kalau diikutkan, ada banyak lagi nak letak.. hehe  ^_^)

Dan akhirnya, tiap-tiap pilihan kita akan membawa kepada satu pilihan lain sebenarnya. Yakni, Syurga atau Neraka. . .

Sama ada memilih jalan ke syurga. ~Jalan yang perlukan mujahadah.
Pasti di dalamnya kita akan menempuh dugaan demi dugaan. Tetapi menanti di hujungnya, pelbagai kenikmatan yang sangat indah, tak terbayang dek fikiran dan sifatnya berkekalan. . .

Ataupun memilih untuk menuju ke neraka. ~Jalan yang bersenang-senangan dan amat bertepatan dengan kehendak nafsu kita. Ya, nafsu kita memang akan 'seronok'. Namun, di akhirnya nanti, azab dan keperitannya amat-amatlah sukar dan tidak terperi. . .

Dari sekecil-kecil perkara, hinggalah ke sebesar-besarnya. Kitalah yang memilihnya. Kerana kelak, kita jua akan dipertanggungjawab akannya. Dan sesungguhnya, takdir itu terletak di hujung usaha~ 

Semoga tiap langkah dan tingkah kita, kita pelihara, agar ia sentiasa berada dalam rangka redhaNya.. InshaAllah  ^_^

The Road Not Taken, by Robert Frost.   ^_^
" I took the one less traveled by, And that has made all the difference."



Sumber Ilham / Rujukan :

- Al-Qur'an
  • Surah As-Syams (91): 1-10
- Hadis
  • Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w. :

    " Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".

    (HR. Muslim)
  •  Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda,

    Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.

    (HR. Bukhari)

ps: Alhamdulillah, dapat juga post sesuatu di sini. Tapi bukanlah hasil karya sendiri pun. Terjemahan ayat Al-Qur'an je. Hu3. Semoga ada manfaatnya. ^_^







" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang beriman."



- Surah Adz-Dzariyat (51): 55

10 comments:

Rafi Harumin said...

terima kasih atas peringatannya...

MF said...

Akh Ashrafi,

Sama-sama.. Moga-moga ia bermanfaat buat semua.. ^-^

Jamal Ali said...

Mencari satu kekuatan di sini, ia hadir membawa erti.

Doakanku dan dirimu dekat kepada Tuhan...

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

Salam ya akh..

InshaAllah ana akn sentiasa doakan.. Doakan untuk ana jga ye akh.. Ana pn slalu lemah dlm mhadapi ujian dunia ini..

Uhibbukafillah.. ^.^

ps: lama pla enta menyepi.. huhu

Jamal Ali said...

Ha3,
Ana menyepi kerna kesibukan, tak apa, sekarang ana beraksi semula, he3... =)

MF said...

Huhu..

Xpe akh.. Utamakn yg utama..

Ingatlah, perjuangan kita xkan pernah henti selagi kedua kaki tidak menginjak syurga Ilahi.. =)

InshaAllah, semoga kita saling kuat-menguatkan.. ^.^

Budak Sekolah said...

salam..
seperti biasa (thumbs up ^_^), puisi yg membuatkan terpaku seketika, merenung n bermuhasabah diri kembali..

juga penerangan yang disertakan dgn dalil... mantap

smoga Allah memberkati usaha anda =)

MF said...

Musafir,

Wslm w.b.t.

Puisi ataupun bait-bait ini diambil dari KalamNya, Al-Qur'an. Dan benarlah, ayat-ayatNya adalah ayat-ayat yang terbaik dari segala ayat-ayat yg ada, tiada banding taranya. (Qs 39:23)

Dan tidak lain tidak bukan, hanya mereka yg beriman shj, yg akn dpt menggarap manfaat dr ayat-ayatNya..

Jzkk ats doanya.. =)

Semoga segala usaha kita dipandang Allah sbg amal.. Amin~

Budak Sekolah said...

salam..

maaf, sebenarnya, komen di atas adalah utk n3 yg bertajuk "sahabat, aku lemah.."

kelalaian sy sendiri..

err.. itu surah as-Syams, mana boleh samakan dgn puisi kn?

MF said...

Wslm..

Maaf, ksilapan sy. Betul3. xbleh di samakan dgn puisi ataupun syair..

Jzkk sedarkn.. =)