Thursday, August 12, 2010

Puisi: Pelihara Dirimu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Ada terbaca...

"3 perkara yang boleh menghancurkan umat yang paling kuat adalah zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat, rosaknya wanita."
[Mustafa As Sibaei]

Hmm.. Membuat diri ini berfikir dan berfikir lagi. Benar. Begitu sekali pengaruh wanita terhadap masyarakat dunia. Merekalah yang mampu menjadi agen perubah (kebaikan maupun kehancuran) yang dapat memberi impak besar terhadap masyarakat.

Kata-kata di atas hakikatnya bukan sekadar teori, namun telah dibuktikan jua pada alam realiti.



Bak kata pepatah Inggeris pula, "Behind every great man, there is a great woman."

Jarang sekali seorang pemuda yang berjaya, baik dalam sahsiah dan akademiknya, melainkan di belakangnya seorang ibu yang penyayang, yang sentiasa memberi didikan dan sokongan.

Jarang sekali seorang tokoh masyarakat yang hebat, baik dalam apa-apa lapangan, melainkan di sisinya ada seorang isteri yang sentiasa memberi kekuatan dan inspirasi.

Ya, jarang sekali. Kerana dalam kebiasaan, seorang lelaki dapat mejadi hebat dan sentiasa terdorong untuk mencapai cita-citanya, atas motivasi dan sumber kekuatan yang diperoleh dari seorang wanita, yang tidak jemu memberi sokongan kepadanya, dalam suka maupun duka.

Merekalah yang menjadi isteri, yakni sayap-sayap kiri bagi pemimpin-pemimpin harapan pada hari ini. Mereka jualah ibu, sekaligus merupakan pendidik pertama dan utama kepada generasi umat masa hadapan.

Maka sungguh saya katakan pengaruh wanita amat besar terhadap dunia.


Oleh itu, sajak ini tercipta. Saya dedicate sajak ini kepada, hmm.... my sis ^^, dan juga saudara-saudara perempuan seIslam semua...

Dan kepada ibu, thanks for everything.. Can never repay you.. ^_^

Moga-moga mesej yang disampaikan dapat mencetus aspirasi kepada semua.. aminn

Jadilah seperti mawar berduri. Namun janganlah sekadar mawar biasa. Jadilah mawar yang menjulang, mampu menggapai langit nan tinggi. Kerana anda mampu...
~ from www.faqs.org


Pelihara Dirimu

Pelihara dirimu
Wahai mawar berduri

Dirimu suci
Seindah perhiasan diberi
Jangan pula kau cemari diri
Dek hitam debu duniawi

Datangnya Islam mengangkat martabatmu
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu
Sayangi dirimu
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu

Oh mawar berduri
Pelihara peribadi
 Hargai maruah diri
Dan dirimu akan menjadi penyeri
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi

Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!

---
MF
dirimu berharga
jangan pula kau murahkannya
10|07|23

Sumber Rujukan / Ilham:

1. Hanyasanya engkau, wanita solehah
  • " Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."
    (HR. Muslim)

2. Pelihara maruahmu
  • Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya*. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ... "
    - Surah An-Nur (24): 31
 *jumhur ulamak berpendapat (berdasarkan hadis-hadis) bahawa yang 'biasa tampak darinya' dimaksudkan dengan muka dan telapak tangan.

3. Tabarruj? Engkau tidak perlukannya...
  • "... janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah..."
    - Surah Al-Ahzab (33): 33
 4. Contohi mereka, tidak perlu kau lunak-lunakkan suaramu
  • " Wahai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik,"
    - Surah Al-Ahzab (33): 32

5. Jangan jadi fitnah bagi kami!
  • “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
    (HR. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
-----
" Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."
(HR. Muslim)


ps: ringkas.. tak pandai nak buat ayat yang berbunga-bunga sangat.. semoga masih punyai manfaat... inshaAllah
ps: wahai muslimah, pelihara dirimu jua ketika berada di alam maya. (jangan terlalu mesra dengan bukan mahram..) 'dunia tanpa batasan' katanya? sedang batas-batas pergaulan dalam Islam itu perlu sentiasa dijaga. dijemput membaca artikel ini, cukup bermanfaat! Adakah hatiku terjaga? 

 ---kalaulah para muslimah solehah itu tahu, betapa diri mereka mampu menggoncang hebat iman sang lelaki. . . 
semoga Ramadhan kali ini dapat digunakan sebaiknya, dalam kita memperbaiki diri masing-masing. inshaAllah

~hargai kehidupan, sedari tujuan, realisasi impian~

7 comments:

NNK said...

oh dedicated to me?tq2 ^_^ very nice poem heheeee

MF said...

yes.. specially made for you.. ^_^

KD said...

mintak izin nk share kat fesbuk...

dah isik dah pn hehehehe...

MF said...

ImanCo,

Untuk enta, boleh saja.. ^_^


ps: to all..

xperlu mnx izin utk apa2 sharing dr blog ini.. cma klu xkberatn, letak skali pautan (link) blog ini..
moga-moga usaha kita bsama ini Dia pndang sbg amal.. Aminn ^^

Rafi Harumin said...

Salam..

hiasan dunia, srikandi akhirat.

Tulisan begini lebih bagus sahabat. Jelas dan sampai. Teruskan.

MF said...

ashrafi,

Wslm w.b.t.

Jzkk ya akh.. ^^

Miz Amirul said...

Terima kasih ya! Sangat lembut sapaan nasihat buat para wanita Si Mawar Berduri...

Ku mohon ada tautan hati pada Ilahi
Mengurniakan keelokkan paras pada insan yang bernama 'Suami'
Aduhai wanita...
Menanti hari-hari dalam payung syarak dan purda agama?,
Itu adalah lebih baik baginya!

Ku mohon keteguhan hati
Dengan cekalnya iman kerana kuatnya Ilmu...
Biarku wanita,
Namun bisa melakar sejarah
Menjulang martabat agama
Dan bukan pendusta serta Petualang Binasa!!!

P/s: Wanita masing2 ada kelebihan dan terunggul kerana Adam tidak betah hidup sendirian,...justeru Allah Yang Maha Pengasih menjadikan pendamping, Hawa sebagai teman setia... Jadilah wanita pendamping suami yang terbaik memberikan Cinta, kerana itulah keredhaan Allah jua.