Saturday, May 8, 2010

Puisi: Apabila Allah Bukan No. 1 di Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Cinta Allah vs. Cinta Dunia. Yang mana berjaya mendominasi hati kita?
~pic by Miss Mandrean of deviantart


Apabila Allah Bukan No. 1 di Hati


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Dunia dirasakan indah,
Terasa berat mahu berpisah,
Penyakit Al-Wahn mula bernanah.


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Ujian terasa azab,
Hati gundah, diri tertekan,
Tidak tenang menghadapi dugaan.


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Maksiat terasa mudah,
Dosa sudah tak kisah,
Syaitan tumpang berdekah-dekah.


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Kebajikan terasa payah,
Kemalasan bertambah-tambah,
Di depan manusia, lagak baik tak sudah.


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Syariat terasa beban,
Islam dipandang ringan,
Agama dan dunia diletak berasingan.


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Hiburan terasa kewajipan,
Melampaunya sampai ke tahap awangan,
Altenatif Islami dipakai bukan.


Apabila Allah bukan no. 1 di hati,
Bergaul bebas terasa nikmat,
Hidup barat ditiru bulat,
Zina, bersentuhan menjadi tabiat.


Ingat mati dianggap leceh,
Ajal menghampiri dipandang remeh,
Walhal azab-Nya teramatlah perih,
Suatu kepastian yang amat sedih.


Hati terasa gersang,
Mahu ketenangan bilakan datang?
Puas mencari, keseronokan yang hilang,
Walhal mengingat Allah, hati kan tenang.


Dunia merajai,
Syaitan menakluki,
Nafsu mendominasi,

Apabila,
Allah Bukan NO. 1 di Hati. . . .

-----
MF
07|05|10
Bagaikan 'mati' sebelum mati,
Di Bumi-Nya.


Jom! Tepuk dada, tanya hati. Siapakah yang 'benar-benar' no. 1 di hati?

ps: Alhamdulillah, rasa dah siap, walaupun tidak sempurna. Credits to Azrai Ahmad Zamri atas bait-baitnya yang indah. Amat membantu dalam penggubahan puisi ini. Jzkk ya sahabat. =) 

Rujukan / Sumber Ilham :

Al-Qur'an & Hadis

1. Remember Me, I will 'remember' you
  • " (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."

    -Surah Ar-Ra'd (13): 28
  • " Maka, ingatlah kepada-Ku nescaya Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkari kepada-Ku."

    - Surah Al-Baqarah (2): 152
  • “ Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas.”

     (HR. Muslim)
  • Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,

    Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.
     
    (HR. Baihaqi)

2. Tahapan Cinta
  • " Katakanlah, 'Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.' Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

    - Surah At-Taubah (9): 24
  • " Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cinta kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah amat berat azab-Nya (nescaya mereka menyesal)."

    - Surah Al-Baqarah (2): 165
  • Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda,

    “Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : “Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya.” (Hadis Qudsi)

    (HR. Bukhari)

 3. Penyakit 'Al-Wahn'
  • Daripada Tsauban ra berkata, Rasulullah saw bersabda,

    "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'al-wahn'." Seorang sahabat bertanya, "Apakah 'al-wahn' itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

    (HR. Abu Daud)

9 comments:

qamarguyz said...

salam ziarah..
masih dlm pembikinan yer?
huhu..nyway nice idea =)
begitulah bila Allah bukan no.1 di hati..dunia merajai syaitan menakluki

MF said...

Azrai Ahmad Zamri,

Huhu. Ye akh. Rasa masih byk kekurangan lg.
Benar, apabila Allah bukan no. 1 di hati.. Dunia merajai, syaitan menakluki.. Nafsu menguasai..

Bait2 enta memberi ana idea juga utk memperbaiki nukilan ana ni. Jzkk ya akh =)

Semoga kita terus tsabat dalam meletakkan Dia sebagai raja dan pentadbir hati. Aminn~

uj said...

salam

hebat memang hebat
setiap bait buat UJ tersedar...
ini peringatan
ini amaran
ini nasihat
UJ perlu muhasabah diri...

terus berkarya...UJ suka..

syabas
salam ukhuwwah

Budak Sekolah said...

salam..
-ahsan, perkongsian yg baik =)

-"Bila Allah bukan no.1..."

mcm2 boleh terjadi,
bila lakukan kebaikan terasa berat, ttp bila lakukan kemaksiatan, sudah tidak rasa takut pada Allah lagi..

-Wahn- حب الدنيا و كراهة الموت

Barakallahufik =)

Budak Sekolah said...
This comment has been removed by the author.
MF said...

uNcLeJoE,

Wslm w.b.t. uncle

Alhamdulillah.
Peringatan utk diri sy juga.

Yg baik itu dtg dr Allah, yg kurang baik itu dr diri sy sendiri juga.

Jzkk ats sokongannya =)

Salam ukhwah kembali ^_^

MF said...

muSafir,

Alhamdulillah. Moga bermanfaat buat semua.

Benar kta enti. Apa2 boleh terjadi, apabila 'malu' kpd Allah itu sudah tiada di hati.

Jzkk~ =)

Jamal Ali said...

Hu3,
Maaf ana lambat komen...

Puisi yang ringkas tapi penuh makna.

Patut kembali semula ke jalan yang lurus, Dia dah tunjukkan kenapa kita masih mahu lari lagi?

p/s: Membuat diri ini berfikir lagi...

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

Xpe..
Biar lambat, asalkan hebat. :)
Hu3.

Benar sgt kta enta.
Fikir, fikir, fikir..
Tiba-tiba ana tersedar..
Hmm, apa yg enta war2kan tu, amat bsesuaian dgn firmanNya.. Dlm Qs 30:30..
(Kt banner blog ana ad.. hehe =) )

******
'Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. ...' (Qs 30:30)
******

Jom, kita kembali kepada FITRAH!!

ps: Bait2 enta, membuat diri ini termenung lagi.......