Tuesday, August 17, 2010

Mini: Di Antara Dua Cinta. . .

Firman Allah s.w.t,

" Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.

Katakanlah, 'Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya."
- Surah Ali Imran (3): 14-15 -

--- Jika perlu.. kau korbankan cinta-cinta yang lain demi mendapatkan cintaNya, jangan kau ragu-ragu untuk melakukannya.[Qs 3: 92] Ketahuilah, Dia sentiasa ada bersamamu. Dan pasti, Dia akan membalas pengorbananmu itu dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang apa yang kau miliki, kini. Yakinlah! Dan sesungguhnya, Dia itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya, sedang kita hanyalah hamba-hambaNya yang serba dhoif.[Qs 2: 216]

8 comments:

uj said...

.... dari Dia cinta datang kepadaNya jua cinta pergi...

http://unclejoe11.blogspot.com/2009/12/singkatnya-hidup-inisempatkah-kita.html

amy.my said...

salam...

susah nak buat pengorbanan tersebut...terasa seperti berperang.Nak merangkak pun susah.Manusia biasa,hanya mahu disayangi dan dimanjai...Namun cinta Allah itu lebih Agung dan terlaksana.Tetapi...begitu susah nak melawan kehendak hati manusia biasa ini...

Puan Nurussalwa said...

salam..

mencari kekuatan melepaskan cinta ini, untuk cinta ITU.. kedua2nya cinta..

Amin Baek said...

nice...

jzkk akh..

moga dapat kita peroleh cinta itu

MF said...

uNcLeJoE,

Benar.. Dia pemilik segala cinta..

Jzkk UJ atas linknya.. Bermanfaat.. ^^

MF said...

amy.my,

Wslm w.b.t.

“Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya”

Stuju, pengorbanan itu pasti payah.. Namun inshaAllah, dalam kepahitan ujian itulah, terselit bersamanya kemanisan taqarrub di bawah duliNya..

MF said...

manna_salwa,

Wslm w.b.t.

".. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal." -Qs. 3: 159

Apabila kita ikhlas melakukan pengorbanan itu demiNya. Dia akan permudahkan segala, inshaAllah..

MF said...

Amin Baek,

Amin.. Tbaek! ^_^