Saturday, October 23, 2010

Puisi: Hipokritkah aku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Hmm..
Anggap sahaja ini hanya sekadar satu muhasabah.
Satu muhasabah buat jiwa-jiwa yang masih sudi menerima...
Jiwa-jiwa yang meletakkan redhaNya sebagai matlamat utama....
InshaAllah ^_^

***

Solat kita...

Hanya tinggal rutinkah?

Sudah tidak punya apa-apa rasa?

Masihkah ia dapat memberi kesan?
(mencegah kita dari melakukan maksiat dan perkara lagha)


Sedangkan

Solat itu hakikatnya penghubung

Penghubung jiwa kita kepada Sang Maha Pencipta

Si Dia Yang Maha Kuasa Atas Segala

Pemegang nyawa-nyawa kita

Raja Yang Paling Berkuasa atas segala kuasa-kuasa yang ada

Solat..

Juga satu tempat untuk mengadu

Buat kita, hambaNya yang penuh dengan kelemahan, dan tidak pernah sempurna

Kepada Si Dia Yang Maha Pengasih

Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya

Meletakkan pasrah kita, atas segala ketentuanNya


Solat kita..

Yang kita sudah jalankan sebagai suatu kebiasaan seharian-harian

Namun

Seringkah ia kita perhatikan?


Terimalah. . .

Moga solatku padaMu di kala keseorangan (qiyamullail), mampu mengikis sifat-sifat nifak yang makin bersarang di hati ini.
~ pic by reactivatezul of deviantart

Hipokritkah Aku?

Apabila solat ku dirikan
Takbir ku laungkan
Allahuakbar!
Jiwaku tidak pun bergetar
Bukan kerdil yang ku rasa...
Suatu kalimah pengharaman dunia
Namun itu jua yang berputar-putar di minda

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Tatkala janji ku lafazkan
Solat, ibadat hanya keranaMu
Hidup dan mati hanya untukMu
Lancar kututur di mulut
Lama sudah ia terpahat di kepala
Akan tetapi hatiku sedikit pun tidak terkesan
Tingkah laku lantang membuktikan pertentangan

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Apabila Al-Fatihah ku bacakan
Hanya kepadaMu tempat ku sembah
Tiada selainMu tempat ku berharap
Kalimah-kalimah pengabdian
Sebagai  hamba yang diciptakan Tuhan
Namun tetap jua, artis dan jaguh sukan menjadi pujaan
Pergantungan ku letak pada manusia dan jawatan

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Tatkala sujud ku persembahkan
Maha Suci Allah
Yang Maha Tinggi dengan sifat-sifatNya
Suatu simbolik akan kehinaan diri di hadapanNya
Atas segala nikmat yang ku perolehi hanya dariNya
Namun diri masih terasa mulia
Riak, ujub, bangga diri, dan takabbur berkulat menutupi jiwa

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?


Apabila kalimah tauhid ku ikrarkan
Asshadualailahaillah
Waashaduannamuhammadarrasulullah
Dua kalimah persaksian
Hanya Dia yang layak ku gelar Tuhan
Dan Nabi Muhammad itu sebagai rasul ikutan
Namun hati tidak benar-benar yakin
Dunia seringkali ku lebihkan
Nafsu dijadikan Tuhan
Kelompok syaitan ku ambil teman

Hipokritkah aku?

Munafikkah aku?

---
MF
mahu berpijak pada realiti
dunia ini tidak kekal abadi
moga-moga ini bukan solatku yang terakhir
makkah
10|06|18

*munafik = berpura-pura dalam keimanan.
*kelompok syaitan = hizb syaitan --
" Syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan syaitan itulah golongan yang rugi." -Qs. 58: 19


Rujukan / Sumber ilham:

-Munafik

" Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali."
- Surah An-Nisa' (4): 142

" Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka (neraka Jahannam). Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.
-Surah An-Nisa' (4): 145

VS.

-Mukmin

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
(iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya."
- Surah Al-Baqarah (2): 45-46

" Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, 'Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.' Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka memperoleh pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya." 
- Surah Al-Baraqah (2): 25

- Cetusan Idea

Sajak ini tercetus hasil daripada membaca post ini. Kalau diikutkan, hampir semua mesej-mesej yang cuba disampaikan melalui puisi ini didapati dari post itu. huhu. Kepada Akh Qusyairi, jzkk ya akh atas perkongsian dan pemberian keizinannya! ^_^


ps: untuk mengikis sifat-sifat nifak yang ada dalam hati kita... salah satu amalan yang baik untuk kita amalkan adalah dengan solat malam (qiyamullail). tatkala manusia dibuai lena, di kala tiada yang melihat kita melainkanNya, kita cuba melawan kehendak nafsu kita, bergerak untuk mendekatkan diri kepadaNya, barangpun seketika. inshaAllah, di situ, iman dan keikhlasan pasti akan teruji.... dan jika merasakan ia amat berat, ayuh kita memuhasabah diri.. mungkinkah sifat-sifat nifak sudah menjalar hebat di dalam hati? (Qs. 4: 142)

ps: saya ada mencadang pada masa akan datang untuk menulis artikel (atau cerpen; apapun, bukanlah hanya sekadar puisi) pada tiap-tiap hujung minggu. hmm. namun, memandangkan musim peperiksaan yang kian hampir, saya tidak dapat menjanjikan apa-apa lagi buat masa ini. Maaf. Mohon do'a kalian juga, mudah-mudahan kita sama-sama terus istiqamah di jalanNya, lillahita'ala. inshaAllah ^_^

~hargai kehidupan, sedari tujuan, realisasi impian~

10 comments:

Anonymous said...

aku yang hipokrit...

MF said...

Anon,

ouh.. diri ini sering jga hipokrit.. =(
moga2 kita sempat mndapat keampunan dr Dia, Yg Maha Pengasih, sblm kematian dtg mnjmput kita...

" kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar." -Qs. 4: 146

arekymz said...

assalam.
astaghfirullah.
terase diri seorang yg munafik dan hipokrit.
banyak nye dosa.
xtau solat diterima atau x.
subhanallah.

Jamal Ali said...

Bukan erti diri ini untuk bersifat takabur...
Astaghfirullah al azim...

MF said...

Akim,

mudah2an Allah membimbing kita..

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

Benar, benar...

Astagfirullah al-'adzim

Anonymous said...

jauhkanlah aku dr sikap munafik ni
ya Allah...=)

MF said...

Anon,

aminn..
sma2 kita usahakan inshaAllah

aku bukan aku said...

T.T

CikWardah said...

syukran di atas peringatan. benar,qiamullail dpt mengikis sifat riak dan menguji keikhlasan kita..moga Allah terus mmberi kkuatan utk kita lebih istiqamah dgnnya.amin.