Monday, November 1, 2010

Mini: Tiga Persoalan

Tiga persoalan mudah tentang kehidupan.

Tiga persoalan yang mampu menjadi jambatan penghubung antara alam dunia dan alam akhirat.

Tiga persoalan yang dapat menjadi pengikat hati kita dengan Allah, agar tetap berhubungan denganNya, 24/7 (24 jam / 7 hari seminggu = sentiasa).

Jom! Sering-seringkanlah persoalkan diri kita mengenai tiga persoalan cepumas ini. . . ^_^




Why???


Tiga Persoalan

Tanya dirimu. . .


Sebelum kau melakukan sesuatu...

Apakah Allah redha dengan perbuatanku ini?

Dan ketahuilah, bahawa Allah sedang melihatmu



Ketika kau diuji...

Apakah yang Allah mahu tunjukkan kepadaku melalui ujian ini?

Kerana percayalah dengan yakin, bahawa segala ketentuan dariNya, pasti punyai hikmah disebaliknya


Selagi hayat dikandung badan...

Apakah aku telah bersedia, jika kematian datang menjemputku kini?

Dan yakinlah, ajalmu itu sudah semakin hampir!


---tiga persoalan, sebagai hamba kepada Tuhan.
ada lagi persoalan-persoalan hidup yang dirasakan amat berkesan dalam memuhasabah diri? sila-silakanlah berkongsi ye.. ^_^

No comments: