Friday, March 25, 2011

Puisi: Tatkala Dahiku Mencecah ke Sejadah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Beberapa anggota tubuh dibasahkan
Kaki mengatur langkah ke hamparan sejadah
Takbir dilaungkan
Pergerakan demi pergerakan dilakukan
Seketika sahaja
Dahiku telah mencecah ke sejadah

Allah...
Damai
Ketenangan menyelimut diri
Beban-beban dunia terasa hilang begitu sahaja

Lama
Tubuhku kaku dalam sujudku kepadaNya

Allah...
Entah kenapa
Seakan-akan aku tidak mahu bangkit dari sujudku ini
Mahu lama-lama berada dalam keadaan sujud kepadaMu
Kalau sampai mati pun
Aku sanggup begitu
Agar matiku nanti
Dalam keadaan sujud
MenyembahMu Ya Rabbi

Allah...
Berat terasa ujian-ujian yang Engkau berikan
Aku khuatir
Aku akan gagal dalam menempuh ujian
Terus lalai dan lalai dari menjalankan tugas sebagai hambaMu
Kelak, hanya azabMu yang layak bagiku

Aku tertanya-tanya
Apakah aku mampu menghadapi 'dunia' selepas ini?

Sujud terus ku perpanjangkan

Allah...
Berikanlah aku kekuatan
Untuk terus berjalan di atas jalan yang Engkau redha
Untuk tetap teguh dalam menghadapi fitnah akhir zaman
Sesungguhnya aku tahu
Ujian itu adalah pembuktian keimanan
Lantas, larikan diriku daripadanya
Bukan suatu pilihan

Allah...
Mahu sahaja aku terus kaku dalam posisi ini
Kerana dalam menyembah kepadaMu
Diri ini mendapat ketenangan yang hakiki
Namun
Sebagai hamba
Masih banyak perkara lagi yang perlu kuperhati
Lantas aku bangkit dari sujudku ini

Sesungguhnya
Aku sedar
Hidup di atas muka bumi ini
Adalah satu perjuangan
Demi mencapai kemenangan yang hakiki
Yakni, di akhirat nanti

Dan kekuatan untuk meneruskannya
Aku peroleh
Tatkala dahiku mencecah ke sejadah

---
MF
Tatkala Dahiku Mencecah ke Sejadah
11|03|05


Sumber rujukan / ilham:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sedekat-dekat keadaan seseorang hamba dari Tuhannya ialah di waktu ia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah berdoa dalam  sujud itu." [Riwayat Muslim]

" Dan bertawakallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang),
dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud."
[As-Syuara: 218-219]

" Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah, 2: 153]

ps: maaf kerana lama tak update. kesibukan melanda penulis. inshaAllah, akan diusahakan untuk lebih konsisten pada masa-masa ke hadapan. mohon doa kalian juga ye. :)

4 comments:

arekymz said...

amiinn.
thanks mengingatkan tentang betapa penting penyerahan diri pada yg Mutlak.
tak mungkin sesuatu itu terjadi tanpa kebenaranNya.
gud luck on your next post.
:)

5myze said...

solat mampu mendidik jiwa kita InsyaAllah. teruskan menulis..:D

mehmed said...

assalamualaikum akh..
lame x masuk blog anta..
teruskan update ya..
JZKK atas perkongsian..
:D

Jamal Ali said...

Kusujud.blogspot.com...

Terasa ditikam di dada...

p/s: Sudah lama ana tak mengeluarkan komen di sini, tapi kunjungan tetap tidak dilupa, hanya komen sahaja tidak kesempatan.