Thursday, September 22, 2011

Puisi: Menembak cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Menembaklah dengan niat serta matlamat yang jelas

Menembak cinta

Pena itu berlari-lari di atas lembaran itu
Terjeda sebentar
Dan berlari kembali

Ke kiri dan ke kanan
Ke atas dan ke bawah
Lincah pena itu bergerak
Mencoret kata di atas rasa cinta
Diluahkan, segala rasa
Seperti anak-anak panah runcing yang dilepaskan dari busurnya
Terbang
Deras melayang
Lalu tepat menembusi dada-dada manusia
Tertusuk, sampai ke pangkal hati

Terpacak panah tadi pada permukaan, kalaupun ke dasar tidak mampu ia tembusi
Kerana sekeras-keras batu pun
Jika dititiskan air yang tiada henti
Pasti
Pasti, menjadi lembut dan retak kerana air itu tadi

Pena itu terus berlari
Dan berlari lagi
Ribuan anak panah berterbangan di udara
Masing-masing gigih mencari mangsanya
Siapa sahaja yang masih punya hati
Akan disasari
Bakal ia ratahi
Menyusup masukkan virus cinta Ilahi
Agar meresap ke segenap diri

Teruskan menembak cinta wahai pemanah-pemanah Ilahi!
Dan cukup Yang Maha Mensyukuri sahaja, penilai kepada usaha kita ini

---
slave of Almighty
~Menembak dari hati, akan tertusuk jua ke hati~
11|09|22



Sumber rujukan / ilham

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam"
-Saad bin Abi Waqas

" Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri'?"
[Surah Fussilat, 41: 33]

" Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."
[Surah Al-Baqarah, 2: 74]

7 comments:

Mus'ab said...

Subhanallah

Umm Khadeejah said...

Masya Allah. Terima kasih. Sangat sangat memberi kekuatan untuk terus menulis, kerana Allah (insyaAllah, semoga betul lah niat ni, tak terpesong).

Amin Baek said...

nice!!

along said...

teringat kata2 seorang ukht.."hati yang mati, mana mungkin mampu menyentuh hati" T__T

nusrah said...

SubhanaAllah..sangat2 menusuk kat hati.. ;'(

risaunya andai cakap tidak serupa bikin. Kadang2 kita tak sedar apa yg kita tulis tak selari dgn apa yg kita buat.huuuu

Jazakallah bro for this reminder.

Anonymous said...

Pena ini justeru tidak bernyawa
Kehebatannya apabila roh itu hidup kerana satu tujuan!

Bagus puisi ini!!!

Aku pun suka sangat dengan puisi, dan berharap juga sepertimu,

"Bisa menembak jauh ke relung kalbu insan...semoga tertancap nikmat rasa bertuhan ini! Kerana rasa yang menyelar diri sendiri? pabila merasa bahagia kurniaan Ilahi, agar turut sama dikongsi dengan hati-hati insan lain...InshaAllah"

Penamu bergema melaungkan "Allahuakbar..!" di segenap ruang di jiwa.

HambaNya said...

mohon copy ya..