Sunday, August 16, 2015

Mencari 'The Other Half'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kita hanya mampu berusaha, akhirnya ketentuan dan hikmah di tangan-Nya jua.

Dari post saya dahulu bertajuk "Jodoh: Mencari atau Menunggu", seorang muslimah ada menimbulkan persoalan mengenai ujian mencari pasangan hidup dalam realiti kehidupan hari ini.

'Soleh'kan diri jika kita mahukan pasangan yang soleh juga. Good people attracts good people. Simple.

Itu antara intipati post saya yang terdahulu.

Yup, tapi realiti tak semudah itu.

Cukupkah sekadar memperbaiki diri sendiri, tapi tiada usaha mencari?

Bagi yang sudah mempersiapkan diri sebelum berkahwin (sekurang-kurangnya di tahap minima), apa pula tindakan yang seterusnya?

Jadi di sini masuk fasa seterusnya. Pencarian 'the other half'.

Kalau kita hanya duduk di rumah sambil goyang kaki, sukar juga mahu bertemu jodoh kan?

Bagaimana mahu mencari pasangan hidup?

Apakah ciri-ciri pasangan hidup yang anda cari?

Post ini khas buat anda yang sudah mampu untuk mendirikan masjid, tetapi belum lagi dikurniakan rezeki untuk berbuat demikian.

Semoga Allah permudahkan.


Apa yang anda cari sebenarnya?

Baik, sebelum kita masuk bagaimana mencari, suka saya sentuh tentang ciri pasangan yang dicari. Sebelum kita mencari sesuatu, kita kena tahu apa yang kita cari. Apakah sifat yang anda mahukan dari pasangan anda itu?

Pasti setiap orang punya personal preferences akan sifat-sifat yang mereka mahukan pada bakal suami/isteri mereka. Itu tiada masalah. Tapi bagi saya, ada satu perkara yang harus diletakkan sebagai prioriti sebelum datangnya faktor-faktor yang lain.

Apakah ia?

Persamaan tujuan hidup.

Kenapa?

Satu analogi mudah. Bayangkan anda berada di dalam sebuah kapal bersama seorang sahabat anda di tengah-tengah laut. Dan kapal itu hanya mampu bergerak ke arah satu destinasi.

Anda mahu menuju destinasi ke arah utara, sebaliknya sahabat anda mahu ke destinasinya di arah selatan.

Mampukah anda berdua masing-masing mencapai destinasi yang ingin ditujui?

Masing-masing bertegas dengan destinasi mereka yang dirasakan lebih utama/tepat. Maka agak-agaknya, pelayaran tadi akan berjalan dengan smooth ataupun sebaliknya? Sudah tentu porak-peranda.

Jadi begitulah perumpamaannya dalam kehidupan berumah tangga. Anda mahu rumah tangga anda bahagia?

Anda inginkan ianya berkekalan dan sampai kepada destinasinya (syurga)?

Maka carilah pasangan yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda.

Cari lelaki/wanita yang menjadikan redha Allah sebagai matlamat utama dalam hidup mereka.

Ya, anda dan dia mungkin masih punya perbezaan dari sudut pendapat, sikap dan cara hidup. Akan tetapi, jika matlamatnya satu, semua permasalahan tadi pasti dapat diatasi bersama dengan lebih mudah. InsyaAllah.


Kenapa cari yang beragama?

Dua jenis perempuan. Point yang menarik dan penting! Screenshot dari buku Hamka, bertajuk "Terusir". Ia boleh apply juga buat wanita dalam mencari suami.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga mengalakkan kita mencari pasangan dengan mengutamakan sudut agama sebelum perkara-perkara lain.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut,
“ Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaklah memilih yang taat beragama, nescaya engkau akan beruntung.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kepada lelaki, bayangkan. Wanita yang anda nikahi itulah akan menjadi ibu kepada anak-anak anda nanti. Perempuam itulah yang akan menjadi pengasuh dan pembimbing utama anak-anak kalian kelak. Jadi isteri yang bagaimana yang anda mahukan? Didikan apakah yang anda mahukan pada anak-anak anda nanti?

Kepada wanita, bayangkan. Jejaka yang anda kahwini itulah akan menjadi pemimpin anda di masa hadapan. Juga lelaki itulah merupakan ketua bagi keluarga yang bakal kalian bangunkan bersama. Jadi suami yang bagaimanakah anda mahu taati? Prinsip dan nilai-nilai apakah yang anda harapkan daripadanya untuk diterapkan dalam rumah tangga anda nanti?

Kerana itu nasihat saya, carilah mereka yang beragama sebagai pasangan hidup anda.

Find that person. Who is not just a Muslim, but a practising one as well!

Letakkan itu sebagai prioriti.

Kerana anda mampu membuat pilihan.


Bagaimana mencari?

Bagi saya, topik ini tidaklah mudah. Kerana ia sangatlah open dan berbeza-beza mengikut setiap individu, latar belakang dan keadaan.

Mencari pasangan hidup tidaklah semudah type pada search engine ciri-ciri pasangan yang kita mahukan, dan kemudiannya kita tekan butang “search”. Lantas, keluarlah satu senarai calon-calon yang sesuai untuk kita. Tak semudah itu! Oh.

Ia berpijak pada bumi nyata.

Memang ramai manusia ada di atas muka bumi ini, tapi bukan semua intersect/bertembung dengan kehidupan kita.

Jadi bagaimana mencari?

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah melalui platform baitul muslim, risikan ibu bapa dan rakan-rakan yang kita boleh percayai.

Tapi tips saya adalah, carilah mereka melalui ‘sarang’nya.

Jika anda mahu menjumpai semut, anda cari pada sarang semut, pasti anda akan menemukan semut dengan kuantiti yang banyak. Kalau yang dimahukan burung merpati, jangan pula anda cari dalam paya bakau!

Begitu juga manusia. Carilah mereka pada ‘sarang-sarang’ mereka.

Sebagai contoh, anda boleh cari pasangan melalui badan-badan amal kebajikan, gerakan-gerakan dakwah, program-program Islamik (ada program yang menyediakan marriage corner), cari di masjid (?) dan tempat-tempat lain yang anda rasakan bersesuaian.


Akhirnya, letakkan tawakkal dan kepercayaan pada hikmah dan ketentuanNya.


Jangan harapkan pasangan yang perfect dan memenuhi segala ciri yang anda impikan.

Kerana khuatir, anda hanya akan hampa di akhirnya.

Be realistic. Tapi berprinsip!

Usahalah pada kadarnya, dan jangan lupa untuk berdoa pada Yang Mengetahui Segala.

Kerana akhirnya, kita tak akan mampu mengawal segalanya walaupun kita telah berusaha sehabis baik.

Kita juga tak mungkin tahu setiap perkara, walaupun kita sudah cuba segala cara.

Letakkan tawakkal padaNya dan percayalah pada hikmah yang telah Dia tetapkan pada setiap ketentuan.

Pasti, Allah akan memberikan anda kecukupan.

" ... Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaq, 65: 2-3) 

Jodoh, tetap rahsia dari Tuhan.


Semoga Allah mengkurniakan anda pasangan yang soleh/solehah, buat anda hadapi ujian kehidupan di dunia ini bersama dalam berusaha menggapai syurga dan keredhaan-Nya... insyaAllah.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
(Surah Al-Furqan, 25: 74).

p/s: tak salah jika kita punya kriteria-kriteria lain (selain agama) dalam mencari pasangan. kita hanyalah manusia biasa bukan robot dan setiap dari kita ada kesukaan yang berbeza-beza. jangan dah kahwin nanti, tak ada perasaan cinta pulak.

1 comment:

Anonymous said...

Dan jangan lupa buat solat istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan ...