Thursday, April 22, 2010

Puisi: Fatamorgana

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dirimu menarik hati, namun kau hanya ilusi.
~pic source: http://www.saharamet.com/


Fatamorgana

Kau kutuju tiada,
Kau kukejar menghilang.

Kau kulihat indah,
Kau kufikir tergugah.

Makanan hidupku yang kosong,
Minuman nafsuku yang kontang.

Namun kau tipuan belaka,
Janji manis, tak pernah kau kota.

Sungguh dirimu jijik dan hina,
Fantasi indah buat diriku yang alpa.

Tidak ingin lagi kau kukejar,
Tidak mahu lagi kau kusentuh.

Kerana kau,
Fatamorgana semata!

--------
MF
8 Jamadil Awwal 1431H
Melihat dunia dan seisinya,
Di tempat persinggahan,
Bumi-Nya,
Sedang mengejar destinasi akhir.


Sumber ilham/ Rujukan:

-Al-Qur'an
  • "Dan orang-orang yang kafir, perbuatan mereka seperti fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tidak ada sesuatu pun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah baginya. Lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan (amal-amal) dengan sempurna dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya,"

    - Surah An-Nur (24): 39 

  • " Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?

    Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi; kemudian pada Hari Kiamat dia termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?"

    - Surah Al-Qasas (28): 60-61

  • “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yg baik.

    Katakanlah, ‘Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yg demikian itu?’ Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga  yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.”

    - Surah Ali-Imran (3): 14-15

  • "Dia (Allah) berfirman, 'Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?'

    Mereka menjawab, 'Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.'

    Dia (Allah) berfirman, 'Kamu hanya tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu mengetahui.'

    Maka apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

    Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidak ada tuhan selain Dia, Tuhan (yang memiliki) 'Arsy yang mulia.

    Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sungguh orang-orang kafir tidak akan beruntung."

    - Surah Al-Mukminun (23): 112-117   (Utk lebih penuh, lihat dari Qs. 23: 99-118)

10 comments:

miss_purplish89 said...

salam..akh, nk tny, dpt ilham wat puisi setiap kali lepas tadabbur ke?

nice..

KD said...

"Maka apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

..........
x tahu nak ckp ape dah...

qamarguyz said...

salam ziarah..
nice p0em..
suka dengan cara enta menulis berdasarkan hikmah dr Nur al-Quran..

MF said...

To miss_purpish89:

Wslm w.b.t.

Ana xde la tiap kali lps tadabbur dpt.. Tp alhamdulillah, dlm bbrapa sajak yg ana wat, mmg ada bbrape yg dpt idea dr Al-Qur'an.. Dlm Al-Qur'an, perumpamaan2 dia mmg byk yg mnarik.. Eh, sumenya mnarik..

Cam yg kali ni, idea fatamorgana tu dpt dr Qs. 24:39.. =)

MF said...

To ImanCo:

Salam..

Jzkk.. Akh, xperlu ckp apa2, taip je cukup.. hehe ^_^

MF said...

To Azrai Ahmad Zamri:

Wslm w.b.t.

Jzkk akh.. Yup, ayat-ayatNya mmg yg terbaik dn mampu mmberi kesan kpd jiwa org2 yg beriman.. (Qs. 8:2) ^_^

miss_purplish89 said...

ini lah engineer yang di cari.. lengkap dgn ilmu agama sekali.. insyaAllah akh, moga istikhamah..
amin..

Pacifist said...

salam sahabat.fatamorgana yg bisa membuat kita bersandar kepada harapan palsu dan beruntunglah mereka yg mengenal kepalsuan ini

MF said...

To miss_purplish89:

Amin, inshaAllah.. Namun, diri ni masih terlampau cetek ilmu, dan byk perlu diperbaiki lg.. =)

MF said...

To pacifist:

Wslm w.b.t ya sahabat..

Benar kta enta.. Ana stuju sgt2..

Moga2 kita sentiasa terpelihara dr termakannya, dek luarannya yg sungguh menarik hati.. Amin.. ^.^