Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. =(
Maka mari sama-sama kita gunakan saki-baki Ramadhan yang masih ada untuk kita kutip sebanyak-banyak bekal yang boleh, bagi kita menenempuh 11 bulan yang mendatang.
"... Dan berbekallah kamu, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa."
- Surah Al-Baqarah (2): 197
Dan apakah 'end product' yang mahu kita hasilkan dari universiti Ramadhan ini?
" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
- Surah Al-Baqarah (2): 183
Muttaqin, yakni orang-orang yang bertaqwa. Mereka inilah orang-orang yang mencapai kemenangan. Mereka berjaya melalui Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Dan merekalah yang sebenar-benar layak menyambut Hari Aidilfitri nanti, Hari Kemenangan.
---Tersentuh dengan status g-talk seorang rakan, "Tiada raya, selagi Ramadhan masih ada." Subhanallah. Semoga kita semua termasuk golongan mereka yang berjaya, golongan muttaqin. Aminn. Ayuh kita kumpulkan bekalan taqwa, selagi Ramadhan masih ada. [Apa itu taqwa?]
No comments:
Post a Comment