Cuba dapatkan nyalaan api dari mancis, lighter, atau apa-apa sumber yang lain, dan kemudian, bakarlah ia pada kulit anda.
Apa yang anda rasa? Panas? Bahang? Kulit terbakar? Ketahuilah, kesakitan itu masih dikira sekelumit. Sesungguhnya seksa di nerakaNya kelak, berlipat kali ganda lagi peritnya.
---Daripada No'man bin Basyir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya
seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah
seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara
api sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya. Dia
tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan
daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment