Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih.
Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini,
" Pendidikan anak itu bermula, seawal kita memilih pasangan hidup kita lagi."
Atau dalam erti kata lain, kata-kata ini membawa maksud - siapa yang bakal menjadi pasangan kita kelak, akan memberikan kesan terhadap bagaimana didikan yang akan diberi pada anak-anak kita itu nanti.
Ok. Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan kata-kata tersebut.
Yup, mahukan anak-anak yang baik, salah satu tindakan utama yang perlu diambil oleh seseorang lelaki adalah untuk mencari isteri yang baik serta solehah.
Begitu juga buat para wanita. Jika anda mahukan anak-anak anda nanti, menjadi anak yang mithali, maka pilihlah suami yang juga mithali dan punyai pegangan yang teguh terhadap agama.
Anda setuju?
Namun di sini, saya fikir, ada satu aspek yang lebih utama yang bakal menentukan pendidikan anak-anak kita. Ya. Satu aspek, yang sewajarnya tiap-tiap bakal ibu dan ayah itu perhatikan dengan penuh saksama, jika betul mereka benar-benar mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Dan aspek yang cukup penting ini perlu dipersiapkan awal, lebih awal dari memilih pasangan hidup itu sendiri.
Ha. Tahukah anda, apakah persiapan itu?
Didik diri, sebelum mendidik anak-anak
Mungkin ramai yang boleh mengagak, bahawa persiapan awal yang ingin saya katakan di sini, adalah persiapan diri kita sendiri.
Yup, diri anda sendiri. Bagaimana keberhasilan pendidikan anak-anak anda, sebenarnya berkait rapat dengan sejauh mana anda berjaya mendidik diri anda juga.
Mungkin ada pula yang akan bertanya, kenapa?
Baik, di sini saya berikan 2 sebab.
Pertama, saya yakin anda semua tahu akan sebuah pesan Rasulullah s.a.w. yang cukup mahsyur, menyentuh perihal keibubapaan. Hadisnya membawa maksud,
Justeru, pencorak utama kepada akhlak, peribadi dan akidah sang anak tidak lain adalah kedua ibu bapanya. Sering terjadi, sikap dan cara pemikiran anak-anak 'diwarisi' daripada kedua ibu bapanya juga.
Sudah menjadi lumrah, sepasang suami isteri akan mendidik anak-anak mereka, sesuai dengan perkara-perkara yang dirasakan 'penting' dalam hidup mereka. Atau dalam kata lain, sama seperti bagaimana dirinya terdidik!
Sebagai contoh, tidak menjadi suatu kepelikan seorang ibu yang lazimnya mengambil berat akan hal-hal fesyen serta kecantikan, 'mendidik' anak-anaknya untuk sama-sama berhias-hias dan memakaikan busana-busana yang trendy juga ketika keluar berjalan-jalan.
Seorang ayah yang educated, dan berjaya mendapat pembelajaran di peringkat tertinggi pula contohnya, secara logik, pasti akan menekankan kepada anak-anaknya pula tentang peri pentingnya pendidikan untuk berjaya dalam kehidupan. Benar?
Maka, siapa diri kita, hakikatnya, besar kesannya dalam menentukan siapa pula anak-anak kita nanti.
Apa perkara-perkara yang sering kita perkatakan kepada mereka, apa pula contoh/model yang bakal kita pamerkan sama ada dalam kita sedar ataupun tidak, akan menjadi ikutan serta pelajaran bagi sang anak.
Kedua,
Baik, kalau pada poin pertama saya ada katakan bahawa kedua ibu bapa bakal menjadi pencorak kepada anak-anak mereka. Maka, boleh timbul lagi satu persoalan, bukankah siapa pasangan kita nanti, sama pentingnya juga dengan siapa diri kita sebenarnya?
Erm... betul tu... tetapi salah juga sebenarnya.
=.=" ??
Hrmm, macam mana saya ingin terangkan ye...
Baik. Dari segi matemika, seseorang isteri atau suami itu boleh dikatakan mempunyai 'lebih kurang' 50% pengaruh terhadap pendidikan anak-anaknya sewaktu mereka masih kecil. Betul?
Tetapi, sedarkah kita, 50% yang berbaki itu turut bergantung kepada siapa diri kita yang sebenarnya.
Kenapa?
Bukankah Allah ada berfirman, bahawa lelaki yang baik itu, adalah untuk wanita yang baik? Dan wanita yang baik itu pula, adalah untuk lelaki yang baik juga? (Qs. 24: 26)
Oleh sebab itu, pada pandangan saya, kepentingan untuk mendidik diri menjadi insan yang soleh adalah jauh lebih utama dari kepentingan mencari pasangan yang soleh dalam usaha kita untuk menentukan kemenjadian anak-anak yang soleh serta solehah pada suatu hari nanti.
Bahkan, usaha men'soleh'kan diri itu semestinya lebih jelas caranya serta lebih mudah dilaksanakan, kerana ianya hanya terikat pada diri kita sendiri, tidak terikat pada mana-mana insan yang lain. Sedangkan, untuk mencari pasangan yang soleh itu pula, bukanlah mudah. Kita tidak mungkin dapat tahu dengan tepat, sejauh mana kesolehan seseorang wanita/lelaki itu, melainkan kita hanya mampu memohon petunjuk dari Allah dalam urusan itu.
Tambahan, usaha pembentukan diri menjadi ayah atau ibu yang mithali sudah mampu untuk kita laksanakan semenjak hari ini lagi.
Maratib amal
Dan, banyak lagi hujjah-hujjah yang ingin saya kemukan sebenarnya mengenai keutamaan mendidik diri sendiri, sebelum mengambil langkah berikutnya, iaitu mendirikan baitul muslim(rumah tangga).
Sebagai contoh, kita boleh lihat pada surah At-Tahrim, ayat ke-6. Allah s.w.t. ada berfirman yang membawa maksud,
Dan juga dalam suatu ayat yang Allah s.w.t. ada berfirman,
Jika kita perhatikan kedua-dua ayat Al-Qur'an di atas, kita akan dapat melihat bagaimana Islam amat-amat menekankan aspek pembangunan kerohanian dalam sesebuah KELUARGA. Dan pada tiap-tiap ayat Al-Qur'an itu tadi, turut disebutkan perkataan "diri"(anfusakum/anfusahum) dan ianya disebutkan lebih awal daripada perkataan "keluarga". Ini menunjukkan peri pentingnya aspek pembangunan DIRI seseorang itu terlebih dahulu, dalam rangka pembangunan keluarga yang soleh.
Penutup: Ambillah motivasi dari anak-anak!
Secara peribadi, saya amat termotivasi apabila memikirkan perihal anak-anak saya, biarpun kewujudan mereka masih lagi di dalam rahsia Allah s.w.t.
Selain saya suka bermain dengan kanak-kanak(hehe.. poin yang agak lemah), saya juga sedar bahawa anak-anak merupakan saham akhirat yang cukup besar bagi tiap-tiap ibu bapa.
Seorang anak yang taat pada Allah dan banyak menabur bakti kepada umat al-hasil didikan kedua ibu bapanya, sudah pasti akan mengganjarkan kedua ibu bapanya tadi dengan limpahan pahala yang tidak putus-putus, biarpun selepas mereka mati. MashaAllah.
Pun begitu, anak yang tidak taat pada agama, al-hasil kelalaian kedua ibu bapanya dalam mendidiknya, bakal menghantarkan kedua ibu bapanya di akhirat kelak, ke dalam lembah kebinasaan. Na'udzubillahimindzalik.
Kerana itu, (bakal) ibu bapa perlulah lebih berwaspada.
Ingat, tanggungjawab utama mendidik anak-anak itu terletak di bahu kita; bukan di bahu pihak sekolah atau apa-apa pihak yang lain. Dan kebolehupayaan kita pula dalam mendidik anak-anak, tidak boleh tidak, tergantung kepada kapasiti diri kita juga.
Justeru wahai bakal ibu dan bapa, didiklah dirimu dahulu (mulai sekarag), supaya anak-anak kamu nanti juga bakal terdidik!
ps: video ustaz don daniyal yang cukup menyentuh - tentang "anak-anak". [video]
ps: selain ilmu agama yang amat penting sebagai persiapan untuk menjadi ibu dan bapa, ilmu kemahiran tentang keibubapaan juga kita tidak boleh ambil enteng.
Anak-anak merupakan perhiasan di dunia, dan saham akhirat.
~pic taken from http://www.muslimblog.co.in
Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini,
" Pendidikan anak itu bermula, seawal kita memilih pasangan hidup kita lagi."
Atau dalam erti kata lain, kata-kata ini membawa maksud - siapa yang bakal menjadi pasangan kita kelak, akan memberikan kesan terhadap bagaimana didikan yang akan diberi pada anak-anak kita itu nanti.
Ok. Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan kata-kata tersebut.
Yup, mahukan anak-anak yang baik, salah satu tindakan utama yang perlu diambil oleh seseorang lelaki adalah untuk mencari isteri yang baik serta solehah.
Begitu juga buat para wanita. Jika anda mahukan anak-anak anda nanti, menjadi anak yang mithali, maka pilihlah suami yang juga mithali dan punyai pegangan yang teguh terhadap agama.
Anda setuju?
Namun di sini, saya fikir, ada satu aspek yang lebih utama yang bakal menentukan pendidikan anak-anak kita. Ya. Satu aspek, yang sewajarnya tiap-tiap bakal ibu dan ayah itu perhatikan dengan penuh saksama, jika betul mereka benar-benar mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Dan aspek yang cukup penting ini perlu dipersiapkan awal, lebih awal dari memilih pasangan hidup itu sendiri.
Ha. Tahukah anda, apakah persiapan itu?
Didik diri, sebelum mendidik anak-anak
Mungkin ramai yang boleh mengagak, bahawa persiapan awal yang ingin saya katakan di sini, adalah persiapan diri kita sendiri.
Yup, diri anda sendiri. Bagaimana keberhasilan pendidikan anak-anak anda, sebenarnya berkait rapat dengan sejauh mana anda berjaya mendidik diri anda juga.
Mungkin ada pula yang akan bertanya, kenapa?
Baik, di sini saya berikan 2 sebab.
Pertama, saya yakin anda semua tahu akan sebuah pesan Rasulullah s.a.w. yang cukup mahsyur, menyentuh perihal keibubapaan. Hadisnya membawa maksud,
"Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
[Hadis riwayat Bukhari]
Justeru, pencorak utama kepada akhlak, peribadi dan akidah sang anak tidak lain adalah kedua ibu bapanya. Sering terjadi, sikap dan cara pemikiran anak-anak 'diwarisi' daripada kedua ibu bapanya juga.
Sudah menjadi lumrah, sepasang suami isteri akan mendidik anak-anak mereka, sesuai dengan perkara-perkara yang dirasakan 'penting' dalam hidup mereka. Atau dalam kata lain, sama seperti bagaimana dirinya terdidik!
Sebagai contoh, tidak menjadi suatu kepelikan seorang ibu yang lazimnya mengambil berat akan hal-hal fesyen serta kecantikan, 'mendidik' anak-anaknya untuk sama-sama berhias-hias dan memakaikan busana-busana yang trendy juga ketika keluar berjalan-jalan.
Seorang ayah yang educated, dan berjaya mendapat pembelajaran di peringkat tertinggi pula contohnya, secara logik, pasti akan menekankan kepada anak-anaknya pula tentang peri pentingnya pendidikan untuk berjaya dalam kehidupan. Benar?
Maka, siapa diri kita, hakikatnya, besar kesannya dalam menentukan siapa pula anak-anak kita nanti.
Apa perkara-perkara yang sering kita perkatakan kepada mereka, apa pula contoh/model yang bakal kita pamerkan sama ada dalam kita sedar ataupun tidak, akan menjadi ikutan serta pelajaran bagi sang anak.
Kedua,
Baik, kalau pada poin pertama saya ada katakan bahawa kedua ibu bapa bakal menjadi pencorak kepada anak-anak mereka. Maka, boleh timbul lagi satu persoalan, bukankah siapa pasangan kita nanti, sama pentingnya juga dengan siapa diri kita sebenarnya?
Erm... betul tu... tetapi salah juga sebenarnya.
=.=" ??
Hrmm, macam mana saya ingin terangkan ye...
Baik. Dari segi matemika, seseorang isteri atau suami itu boleh dikatakan mempunyai 'lebih kurang' 50% pengaruh terhadap pendidikan anak-anaknya sewaktu mereka masih kecil. Betul?
Tetapi, sedarkah kita, 50% yang berbaki itu turut bergantung kepada siapa diri kita yang sebenarnya.
Kenapa?
Bukankah Allah ada berfirman, bahawa lelaki yang baik itu, adalah untuk wanita yang baik? Dan wanita yang baik itu pula, adalah untuk lelaki yang baik juga? (Qs. 24: 26)
Oleh sebab itu, pada pandangan saya, kepentingan untuk mendidik diri menjadi insan yang soleh adalah jauh lebih utama dari kepentingan mencari pasangan yang soleh dalam usaha kita untuk menentukan kemenjadian anak-anak yang soleh serta solehah pada suatu hari nanti.
Bahkan, usaha men'soleh'kan diri itu semestinya lebih jelas caranya serta lebih mudah dilaksanakan, kerana ianya hanya terikat pada diri kita sendiri, tidak terikat pada mana-mana insan yang lain. Sedangkan, untuk mencari pasangan yang soleh itu pula, bukanlah mudah. Kita tidak mungkin dapat tahu dengan tepat, sejauh mana kesolehan seseorang wanita/lelaki itu, melainkan kita hanya mampu memohon petunjuk dari Allah dalam urusan itu.
Tambahan, usaha pembentukan diri menjadi ayah atau ibu yang mithali sudah mampu untuk kita laksanakan semenjak hari ini lagi.
Maratib amal
Dalam maratib amal, Hasan Al-Banna menekankan aspek pembinaan individu muslim itu perlu diutamakan serta didahulukan, sebelum masuk ke fasa/tangga seterusnya - baitul muslim.
Dan, banyak lagi hujjah-hujjah yang ingin saya kemukan sebenarnya mengenai keutamaan mendidik diri sendiri, sebelum mengambil langkah berikutnya, iaitu mendirikan baitul muslim(rumah tangga).
Sebagai contoh, kita boleh lihat pada surah At-Tahrim, ayat ke-6. Allah s.w.t. ada berfirman yang membawa maksud,
" Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
[Surah At-Tahrim, 66: 6]
Dan juga dalam suatu ayat yang Allah s.w.t. ada berfirman,
" Dan kamu akan melihat mereka dihadapkan ke neraka dalam keadaan tunduk karena (merasa) hina, mereka melihat dengan pandangan yang lesu. Dan orang-orang yang beriman berkata, 'Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat.' Ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab yang kekal."
[Surah Asy-Syura, 42: 45]
Jika kita perhatikan kedua-dua ayat Al-Qur'an di atas, kita akan dapat melihat bagaimana Islam amat-amat menekankan aspek pembangunan kerohanian dalam sesebuah KELUARGA. Dan pada tiap-tiap ayat Al-Qur'an itu tadi, turut disebutkan perkataan "diri"(anfusakum/anfusahum) dan ianya disebutkan lebih awal daripada perkataan "keluarga". Ini menunjukkan peri pentingnya aspek pembangunan DIRI seseorang itu terlebih dahulu, dalam rangka pembangunan keluarga yang soleh.
Penutup: Ambillah motivasi dari anak-anak!
" Ummi, abi.. didik Muadz supaya membesar menjadi anak yang soleh ye...",
kalau kita benar-benar menyelami hati anak-anak kita, kita akan sedar bahawa cukup besar harapan mereka pada kita untuk memimpin serta membimbing mereka ke jalan yang benar.
~maaf, tak ingat sumber gambar ini dari mana. yang pasti, gambar ini bukan kepunyaan saya
Secara peribadi, saya amat termotivasi apabila memikirkan perihal anak-anak saya, biarpun kewujudan mereka masih lagi di dalam rahsia Allah s.w.t.
Selain saya suka bermain dengan kanak-kanak
Seorang anak yang taat pada Allah dan banyak menabur bakti kepada umat al-hasil didikan kedua ibu bapanya, sudah pasti akan mengganjarkan kedua ibu bapanya tadi dengan limpahan pahala yang tidak putus-putus, biarpun selepas mereka mati. MashaAllah.
Pun begitu, anak yang tidak taat pada agama, al-hasil kelalaian kedua ibu bapanya dalam mendidiknya, bakal menghantarkan kedua ibu bapanya di akhirat kelak, ke dalam lembah kebinasaan. Na'udzubillahimindzalik.
Kerana itu, (bakal) ibu bapa perlulah lebih berwaspada.
Ingat, tanggungjawab utama mendidik anak-anak itu terletak di bahu kita; bukan di bahu pihak sekolah atau apa-apa pihak yang lain. Dan kebolehupayaan kita pula dalam mendidik anak-anak, tidak boleh tidak, tergantung kepada kapasiti diri kita juga.
Justeru wahai bakal ibu dan bapa, didiklah dirimu dahulu (mulai sekarag), supaya anak-anak kamu nanti juga bakal terdidik!
Dan orang-orang yang berkata,
" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
[Surah Al-Furqan, 25: 74]
ps: video ustaz don daniyal yang cukup menyentuh - tentang "anak-anak". [video]
ps: selain ilmu agama yang amat penting sebagai persiapan untuk menjadi ibu dan bapa, ilmu kemahiran tentang keibubapaan juga kita tidak boleh ambil enteng.
3 comments:
Sangat setuju!
Asalam..
Terima kasih..membaca jambatan ilmu..maka kita tambah2kanlah ilmu ya
Entri enta penuh dengan isi dan informasi.
Tidak dinafikan kenapa enta mengambil masa yang lama untuk menukilnya.
Post a Comment