Tuesday, February 14, 2012

Mini: Sampaikan, jika cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



Cinta itu indah.

Cinta itu perasaan kasih yang wujud dalam hati manusia.

Dan cinta itu sifatnya universal, tidak terbatas pada satu insan, atau hanya sesama makhluk.

Cinta insan yang terhebat itu, berasaskan cintanya pada Pencipta.

Cinta yang sebenar pada insan - satu perkara yang pasti, kita tidak mahu insan yang kita cinta itu terluka, apatah lagi terseksa sengsara.

Jika insan yang kita cintai menghidap penyakit yang berbahaya contohnya, apakah kita tega untuk membiarkan sahaja? Apatah lagi, kita punya cara untuk mengubatinya?

Ya, kerana cinta itu asasnya pengorbanan serta kasih sayang, maka tatkala insan kita tersakiti, kita turut sama akan merasa pedihnya.

Kerana itu, saya katakan, apabila kita MUSLIM, kita akan 'sampaikan', jika kita cinta.

Muslim yang saya maksudkan di sini, adalah muslim yang meyakini akan adanya Hari Kebangkitan, dan segala macam benda yang akan ada pada hari itu nanti.

Dakwah itu cinta. Dan jika kita mencintai seseorang itu, kita akan berusaha menyampaikan kepadanya tentang Islam dan membawanya mendekati Allah.

Ingin berpimpin tangan bersamanya menuju ke syurga. Lantas sekaligus, berusaha sedaya upaya menghindarkannya dari merana kesengsaraan - azab neraka yang tiada tara. Bukankah itu cinta?

Bercinta sampai ke syurga. Pasti ianya indah bukan? :)


ps: cinta yang dibawakan di sini, dalam rangka yang luas, tidak tertakluk antara lelaki-wanita yang bukan mahram sahaja. jika antara lelaki-wanita bukan mahram, apa yang saya tahu, dakwah secara terus one-on-one melalui face-to-face, sms dll bukanlah kaedah yang tepat kerana ia boleh pula membuka lubang-lubang fitnah lain yang lebih besar. dakwah antara jantina berbeza yang dibenarkan dalam Islam, adalah dakwah dalam bentuk umum - contohnya talk/ceramah umum, dan boleh juga melalui penulisan di blog, buku dsb. kerana itu, sahabat sejantina serta ahli keluargalah yang perlu memainkan peranan utama dalam hal ini sebenarnya. ayuh saling kuat-menguatkan di antara kita, dalam melangkah menuju ke syurga!

1 comment:

ameer faris said...

Assalamualaikum wbr! perkongsia hebat..syukran ya akhi,ukhuwah fillah..