Friday, March 12, 2010

Puisi: Kembali Sujud

 Dalam sepi kubersujud

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih.

 Kembali Sujud

Kukejar dunia,
Fantasi indah bisikan setan durjana,
Harta, pangkat, emas dan wanita,
Tidak pernah cukup kepuasannya sementara,
Ketenangan hati jauh dari ada.


Lalu,
Akhirat kuburu pula,
Jauh dari dunia,
Bebas dari tekanan nafsu menggila,
Apa yang kucari hanya redhaNya semata,
Berterusan ibadah moga-moga diterima,
Hati tenteram mengigati Yang Esa.

Kian,
Dunia kembali datang menghina,
Segalanya hadir tak dipinta,
Harta dan wanita ditawar percuma,
Seakan-akan memanggilku kembali ke sana.

Aduhhh,
Sungguh hebat ujian yang menimpa,
Lalu kutewas kepada nafsu raksaksa,
Diriku tersungkur ke lembah yang hina,
Semakin gelap nur tiada.

Tik.. Tik.. Tik..
Masa terus berdetik hiba,
Hati kosong tetap tak bercahaya,
Matlamat ilusi hidupku tak bermakna,
Namun kutahu ajal semakin tiba.

 Akhirnya kusedar,
Kehidupan dunia tidak lain hanya sebentar,
Tiada yang kekal semuanya kan pudar,
Menguji hambaNya mampukah tetap tegar.

Kini diriku kembali melangkah,
Walaupun berat takkan ku mengalah,
Ujian yang datang akan ku atasi,
Kalaupun jatuh kan kubangkit kembali.

PadaMu kupaut diri,
Hidupku kini kian bererti.

Hargai kehidupan,
Sedari tujuan,
Realisasi harapan,
Dan Kembalilah!
Hanya kepadaMu aku bersujud.

---
MF
26 Rabi'ul Awal 1431H
Tepi tasik UTP
Di bumi-Nya.


Rujukan / Sumber Ilham:

- Al-Qur'an
  •  Dijadikan terasa indah pada (pandangan) manusia kecintaan terhadap apa diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.
    Katakanlah: "Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.
    -Surah Ali Imran (3): 14-15
  •  "Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
    -Surah Al-Gasyiyah (88): 16-17
  • "Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan (dosa) itu telah menutupi hati mereka."
    -Surah Al-Mutaffifin (83): 14

- Al-Hadis
  • Daripada Abdullah  Ibn Umar Radiyallah  'Anhuma,  katanya:  Rasulullah S.A.W. memegang
    bahuku seraya bersabda: "Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau."
    Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada
    pada waktu pagi, jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa
    kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
    (HR. Bukhari)
  • "Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,
    maka Allah jadikan kekayaanya dalam jiwanya,
    Allah mudahkan segalan urusan dan
    dunia akan datang kepadanya dengan hina.
    (iaitu dalam keadaan dirinya mulia)

    Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,
    maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya
    Allah cerai-beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadanya
    melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya
    (iaitu dalam keadaan hina)."
    (HR. At-Tirmizi)

- Kata-kata Atsar:
  • "Semakin lama aku hidup, Semakin hampir tibanya ajalku." 

4 comments:

Ibnu Jamaluddin said...

Berkelana sendirian menghayati buana di tasik UTP, subbahanallah, dari dunia ke akhirat, pimpinlah tanganku bersama-samamu dalam kelana ini. =)

Muhammad said...

Assalamualaikum....
Subhanallah....
mantap... mudah-mudahan bermanfaat buat semua..

sLave_oF_Almighty said...

To Ibnu Jamaluddin:
InshaAllah akh.. Akn kupimpin tgnmu hingga ke akhir hayatku.. =)

ps: ana dh post satu puisi, sbg mmbalas sajak enta ari tu.. semoga Allah redha..

sLave_oF_Almighty said...

To Muhammad:

Wa'alaikumussalam w.b.t.
Mudah-mudahan inshaAllah.. Puisinya tak hebat mana pun sebenarnya..

Jzkk.. =)