Friday, March 5, 2010

Puisi: Sahabat... Kan kukenang, teruskan berjuang!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Sahabat... Kan kukenang, teruskan berjuang!

Ku mencari-cari,
Hala tuju diri,
Kadang kala terhantuk,
Ada kalanya tersembam sungkur,
Lalu diri ini terus mengkaji,
Dan mengkaji lagi,
Akhirnya,
Terbit sebuah keputusan.



Duhai sahabat,
Bukan tujuan ataupun niatku mencoret,
Agar engkau bisa memahami diriku,
Bukan, bukan,
Bukan juga niatku menagih belas dan simpati darimu.

Namun dikau mengertilah,
Akan sentiasa ada tempat untuk dirimu di hatiku...
Akan kuingat,
Tatkala diriku terlena,
Engkau jualah yang menyedarkan.
Tatkala diriku terlupa,
Engkau jualah yang mengingatkan,
Tatkala diriku hiba,
Engkau jualah menghiburkan,
Tatkala diriku terjatuh,
Engkau jualah yang memapahkan...
Biarpun pelbagai simpulan perlu engkau leraikan,
Namun diriku, tidak sekali dikau pandang beban.

Apa yang engkau mahu,
Hanya agar diriku terus melangkah,
Tetap berjuang, saling berpimpin tangan,
Dan sesekali tidak akan dikau lepas,
Selagi kedua kakiku dan kakimu,
Menginjak ke syurga Tuhan.

Namun sahabat,
Keputusan telah bulat,
Takdir telah terikat,
Adakah ianya satu kesilapan,
ataupun sekadar ujian,
Namun diri ini telah berusaha,
Selain pinta dan tawakkalku kepada-Nya,
Moga-moga ianya terbaik buat dirimu dan diriku jua.

Wahai teman yang kucinta,
Biar berbeza bahtera,
Biar ribut taufan melanda,
Biar terpisah tak berperantara,
Namun hati-hati kita tetap bersama,
Dalam perjuangan beribu batu,
Laluan berbeza namun destinasi satu,
Mengajak manusia menuju yang Satu.

Terus berjuang wahai sahabatku,
Doa dan ingatan tulus dariku...

 ------
 MF
Untukmu Sahabat
19 Rabi'ul Awal 1431H
Di Bumi-Nya.

6 comments:

akuimanselamanya said...

plap3..*clapping..
puisi yg hebat.. teruskan perjuangan! mmg mantap!

sLave_oF_Almighty said...

Jzkk akh..
Terima kasih mengomen.. (bleh ke gna pkataan tu)
xhebat mna pn puisi ni sbenanya.. antm klu wat msti lg hebat.. nnt try lak ek.. hehe..
yp penting, harapnya, mesej ukhwah itu sampai.. inshaAllah =)

etuza said...

sajak yang hebat, tentang hubungan dua sahabat.
kadang ada sahabat yang baik tetapi akhirnya di khianati...secara diam-diam...

teruskan berkarya

sLave_oF_Almighty said...

Jzkk.. =)
Benar.. Tdapat peristiwa2 spt etuza katakan itu..

Bkawanlah krn Allah..
bersih dr sbrg tujuan2 duniawi.. inshaAllah akn bkekalan smpai ke syurga..

~Biarpun aku bukan sahabatmu, tetap kau sahabatku~

Ibnu Jamaluddin said...

Sahabat,
Enta dah brsajak maka ana akan bls dgn sajak ye =)

Dalam seorang aku bermusafir,
Menongkah arus dunia ombak dugaan,
Jihat musafirku henti di tengah simpang,
Tersilap langkah sukma merana.

Hubaya-hubaya ya sahabat,
Kata engkau datang memberi pedoman,
Tanganmu hulur mendakap tanganku,
Merangkul bahuku memmimpinku,
Ke arah simpang yang bening,
Menghalangku,
Mara ke simpang yang bukat.

Tanpamu ya sahabat,
Aku pasti tersasar,
Jiwaku pasti nestapa,
Tanpa bimbinganmu.

Kau beri hatimu kepadaku,
Dengan hati yang polos,
Kerana Ilah bukan kerana dunia,
Terima kasih ya sahabat,
Kerana ukhuwahmu aku tidak terpesong,
Aku bersyukur kerana dijumpakan kepadamu.

Moga engkau dibawah RahimNya,
Atas jasamu yang tak terbalas olehku,
Moga engkau selamat sahabat,
Duniawi dan ukhrawi,
Terima kasih wahai teman.

sLave_oF_Almighty said...

Subhanallah..
Enta mmg sifu ana dlm bab2 berpuisi ni..
Ana pn dh kkeringan idea..
Mngkin ana akn 'retire'dulu kut buat sementara wktu dlm bpuisi.. huhuhu..

Ok, ni 'poem' ana sbg bls bg puisi enta sesekian hari..
Semoga terhibur! =)

http://back2fitrah.blogspot.com/2010/03/hold-my-hands-special.html