Friday, March 26, 2010

Puisi: Mendongak ke Langit Ilahi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


 
Mendongak ke Langit Ilahi

Dalam kegelapan malam,
Sunyi,
Sepi.

Ku pandang langit-Mu Ilahi,
Subhanallah,
Kepul-kepul awan berarak di kala sepinya malam,
Sentiasa bertasbih kepadaMu,
Sujud kepada kekuasaan-Mu.


Ku dongak ke langit-Mu Ilahi,
MashaAllah,
Bintang-bintang bertaburan indah,
Kerdil kelihatan,
Walaupun hakikat besar gergasi,
Namun tetap tunduk,
Patuh membakar diri tatkala tidurnya insan,
Sentiasa bertahmid kepadaMu,
Sujud kepada keagunganMu.

Tiada rehat dipinta,
Tiap saat sentiasa sujud kepada-Nya,
Fitrah makhluk hanya bergantung kepada-Nya,
Akhirnya membentuk kitaran semesta yang sempurna.

Aku jadi malu kepada diri sendiri,
Kecil, tidak punya apa-apa,
Hancurnya bumi tidak dapat kuberbuat apa,
Namun sering kulagak besar,
Enggan sentiasa memujiMu laksana bintang,
Bukan setiap masa tunduk padaMu sepertinya awan,
Astagfirullah,
Sungguh sombong diriku ini!

Dengan ini,
Saksikanlah ya Allah!
Kembalinya aku pada fitrahku,
Sebagai hamba sujudku kepadaMu,
Tanpa mengira ketika, patuhku akan suruhanMu,
 Laksana kitaran di langit, sungguh indah aturanMu.

Ampunilah aku,
Redhailah aku,
Wahai Tuhan Semesta Alam.

----
MF
7 Rabi'ul Akhir 1431H
Di kala sepinya malam,
Bernaung di bawah Langit Illahi,
Di Bumi-Nya.


Rujukan / Sumber Ilham:

1. Al-Qur'an
  • "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,
    (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),
    "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
    -Surah Ali Imran (3): 190-191
  • "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak pelahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan."
    - Surah An-Nuur (24): 43
  • “ Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana. "
    -Surah Al-Hadid (57): 1 
  • “ Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.”
    -Surah Al-Isra’(17): 44

17 comments:

Pacifist said...

"Ya Allah ampunilah dosaku, kebodohanku, dan hal-hal yang engkau lebih mengetahuinya daripadaku"

sLave_oF_Almighty said...

Amin ya robb.. =)

Ibnu Jamaluddin said...

Ku dongak ke langit,
Ku lihat rembulan yang terang,
Ku lihat buana yang tak bertepi,
Bintang-bintang gemerlapan memagar langit,
Berkelip-kelip diturutankan Illahi

Nun di sana aku terlihat lagi,
Satu misteri dalam kesiratan alam,
Aku bermadah akal,
Memikir duduk dan baring,
Jalanku perlahan dalam relasi penghayatan,
Aku peroleh jawapan,
Dan petunjuk datang berteman sisi,

Bukankah Sang Pencipta telah memberi,
Buat insan yang berfikir,
Tiada sekatan baginya,
Mencari cetusan kepada satu persoalan,
Usah jauh-jauh,
Hari ini pandanglah ke langit,
Dan langit Illahi itu tersenyum memberi jawapan,

sLave_oF_Almighty said...

Wahh~ Hebat akh..

Kalah ana pnya.. hehe.. Jzkk ats perkongsiannya.. =)

Ibnu Jamaluddin said...

Setiap insan itu ada kelebihan mereka masing-masing, usah malu untuk berkarya, tapi berusaha untuk berkarya kerana Allah =)

sLave_oF_Almighty said...

Alhamdulillah.. Jzkk ats nasihatnya akh buat diri yg kian leka ini..

Lillahita'ala, inshaAllah.. =)

قدسیه فتحیه said...

Assalamualaikum

Sedikt perkongsian,

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al-Mulk,3)

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (Al-Mulk : 4)


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. (Al-Mulk , 5)

sLave_oF_Almighty said...

Wslm w.b.t.

Subhanallah.. Jzkk ukhti ats pekongsiannya.. =)

Ibnu Jamaluddin said...

Ya subbahanallah =)

etuza said...

Salam
Alhamdulillah dpt peluang ke laman ini. Puisi yg memberi kesedaran. & keinsafan..semoga kita semua diampunkanNya.
Walhal melihat lagit birupun kita harus ingat hebatnya kuasa Allah.

Salam..

sLave_oF_Almighty said...

Wslm w.b.t.
Amin.. Yup, melihat langit-Nya pun sudah cukup buat kita memuhasabahkan diri ini..

Jzkk uncle ats pndangannya.. =)

Myself said...

sedap puisi anta

sLave_oF_Almighty said...

Erm.. Xde la sedap mna.. Yg cantiknya tu pd Lukisan Alam ciptaan-Nya.. Sungguh indah! =)


_Perkongsian dari Akhi Iman_
"Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yang ada di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak-retak sedikit pun?"
~Surah Al-Qaf (50): 6

_Dapat ketika Tadabbur Al-Qur'an_
"Allah meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kemu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu."
~Surah Ar-Ra'd (13): 2

naslia said...

wah...kagum ngan blog ni.mashaallah my bro...terer2

sLave_oF_Almighty said...

Alhamdulillah my sis.. Smoga ada mnfaatnya.. ^_^

matadore said...

cantik kan aturanNya?

Subhanallah :D

slave of Almighty said...

matadore,

subhanallah...