Saturday, April 3, 2010

Puisi: Hari Itu Pasti Kan Tiba !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

  There will always light of hope at the end of the tunnel.

Hari Itu Pasti Kan Tiba !

Ketika semua serba tak kena,
Itu gagal, ini salah juga,
Tetap bersabarlah,
Hari itu pasti kan tiba!

Apabila diri terasa sunyi,
Tiada teman memahami hati,
Jangan berduka,
Hari itu pasti kan tiba!


Ketika tekanan makin meluap,
 Seakan diri mahu meledak,
Tetap bertahanlah,
Hari itu pasti kan tiba!

Apabila diri hanya ditentang,
Dicaci hina, apa dosaku?
Jangan melemah,
Hari itu pasti kan tiba!

Ketika hati membolak hebat,
Keyakinan diri alami trebulasi,
Tetap teguhlah,
Hari itu pasti kan tiba!
 
Apabila langkah kian berat,
Impian tampak semakin samar,
Jangan berputus asa,
Hari itu pasti kan tiba!

 Ketika tenaga seakan tiada,
Diri tersungkur sukar bangunnya,
Tetaplah mara,
Jangan mengalah,
Percayalah,
Hari itu pasti kan tiba! 

InshaAllah!

-----
MF
18 Rabi'ul Akhir 1431H
Menunggu dan Bersiap untuk Hari Itu,
Masih Di Bumi-Nya.


p/s: 'Hari Itu' bebas buat tafsiran masing-masing.. (nak share apa tafsiran korang, boleh juga drop kat comment) ^_^

Rujukan / Sumber Ilham:

- Al-Qur'an

    1. Motivasi
  • "Dan janganlah kamu (berasa) lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padahal kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."
    - Surah Al-Imran (3): 139
    • ".. 'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, .."
      - Surah At-Taubah (9): 129
    • "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
      Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
      - Surah As-Syarh (94): 5-6
    • "Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dalami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditima kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai dugaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,
      'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
      - Surah Al-Baqarah (2): 214
    • “... Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya  Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
      - Surah Ath-Thalaq (65): 2-3
         2. Inilah Jalanku
    • "Katakanlah, 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
      - Surah Yusuf (12): 108
    • "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.
      Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam taurat, Injil dan Al-Qur'an.
      Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg tlh kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yg agung.”
      - Surah At-Taubah (9): 111
    • "... 'Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan (menang atau mati syahid). ..."
      - Surah At-Taubah (9): 52
        3. Hari Itu Semakin Dekat
    • "Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."
      - Surah A-'Anbiya' (21): 1
    • "Saat (kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah."
      - Surah Al-Qamar (54): 1
    • "Sungguh, hari keputusan (hari kiamat) adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semua,"
      - Surah Ad-Dukhan (44): 40
    - Al-Hadis
    • “Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas.”
      (HR. Muslim)

    17 comments:

    Unknown said...

    Salam
    Ada rasa puisi anda, insyallah moga banyak manfaatnya

    miss_purplish89 said...

    ayat-ayat quran dan hadis adlh motivasi terbaik utk kite..

    syukran =)

    MF said...

    To etuza:

    Wslm.. Erm, kli ni mcm kurang sket je kualiti sajak nye.. hu3.. Apapn, alhamdulillah, moga ada mnfaatnya.. Amin.. =)

    MF said...

    To miss_purplish:

    Yup, btul3.. Al-Qur'an mrupakan ayat2 cinta dr-Nya, dn ia akn terasa jga bg mereka yg mncintainya jga (qs 8:2).. =)

    p/s: erm.. itulah sbb sy share ayat2 Qur'an dn hadis dlm post sajak.. hehe.. w/pn xbiasa dibuat org

    Jamal Ali said...

    Ya,
    insyaAllah
    Hari itu pastikan tiba...
    Bila kemenangan kepada orang-orang yang bertakwa.
    =)

    miss_purplish89 said...

    cara menyampaikan berbeza stiap individu..
    mmg mantap cara awk ni..

    sy cube jugak utk memberi bukti2 dgn gune ayat quran tp msih belum smpai tahap tu..

    masih merangkak2 lg dgn dakwah.. :)

    btw post spt ni la yg sy berminat, bila stiap mslh terjwb dgn ayat2 quran..

    itulah kehebatan org islam..
    permasalahn terjawab dgn mudah..

    seriously, ayat2 quran/janji2 Allah lah yg menguatkan kita semua.. :)

    p/s : nak wat sajak tp takut diri sendiri je yg paham.. hehe.. xleh lawan enta dgn akh ibnu jamaluddin ni.. sajak antum2 mantap lah :p

    MF said...

    To Ibnu Jamaluddun:

    Yup.. InshaAllah, 'Hari Itu' pasti kan tiba..

    Moga kita tetap tsabat dn sabar di jalan-Nya.. =)

    KD said...

    mantap2...
    org engineering,
    becakap ttg sastera, juga mengenai alQuran..

    satu dimensi baru yg InsyaAllah akan membuka mata2 manusia utk mengambil pelajaran dari alQuran..

    "..Siapakan yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?" (4:87)

    bak kata pujangga
    "barang siapa x mengambil pelajaran dari sejarah, dia akan mengulang (kesalahan2) sejarah"

    inilah golongan yang hampir sama spt para nabi dan rasul, Nuh(Marine Engineering), Isa(doktor) dll.

    inilah golongan yang hampir sama spt shabat hebat, Salman al-Farisi, (engineer) dan Saidina Abdul Rahman (businessman), Khalid al-Walid (panlima tentera) dll.

    inilah golongan yang hampir sama dgn tokoh terdahulu, Salahuddin Bin Ayubi (panglima perang), imam Hassan al-Banna (guru), Sayyid Qutb(sasterawan) dll.

    inilah golongan yg dagang(pelik)... maka berbahagialah org2 yang dagang(pelik itu).. [inspired by hadith]

    jzkk.. the day will come~

    qamarguyz said...

    salam ziarah..
    huhu..rajin juga menulis yer..
    alhamdulillah, minat & bakat yG ada dimanfaatkan pada jalan yG benar..nice puisi..
    apa pun rasa pembaca, hanya penulis yG bisa mengerti makna sebenarnya..bukan? =)

    MF said...

    To ImanCo:

    Salam..
    Jzkk ats pkongsian ilmunya.. Kupasan dr sudut yg menarik!

    Suka ayat ni:
    "..Siapakan yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?" (4:87)

    Hmm.. inshaAllah, ana akn cba jd golongan yg pelik tu..
    Planning ana, nk jd..:
    1. Penyebar Islam
    2. Engineer
    3. Businessman
    4. Penulis buku
    5. Pemimpin (erm.. stiap mnusia adlh pmimpin sbenanye)
    6. Tentera (hehe.. ni mngkin klu msih hidup smpai ke tua, dn diri sudah kurang dperlukan.. teringin sgt nk mati sbg syuhada' fisabilillah di medan perang..)

    waa.. byk jgk ni.. bleh buat ke?
    erm.. ana akn cba.. moga cita2 ana ni bjaya dicapai nnt.. inshaAllah.. =)

    p/s: antm lg hebat.. student2 lg dh ade bisnes laptop.. woo.. mantap2.. semoga Allah redha~ ^_^

    Jamal Ali said...

    Benar ya akh Azrai Ahmad Zamri,
    hanya penulis yang benar-benar kenal akan karyanya dan hanya penulis itu sendiri yang mengerti akan makna sebenar disebaliknya jua, kita sebagai pembaca hanya tertanya-tanya kemisterian di sebalik setiap karya.

    Kepada miss_purplish89, usah malu untuk bersastera, setiap orang ada kelebihan tersendiri dan kelebihan itu yang menjadikan insan tersebut unik.

    Bak kata hukama, bila ada cita-cita dan keinginan mula dari sekarang, usah ragu-ragu, kalau ragu hasiknya entah ke mana. =)

    Jamal Ali said...

    Wah ya sLave_oF_Almighty,
    hebat cita-cita enta,
    insyaAllah pasti berjaya, amin. =)

    MF said...

    To miss_purplish89:

    Ooo.. Sma la kita..

    Ya.. Sajak psl bjiwang dgn pncipta.. Hmm, sungguh tersentuh sajak tu.. Itu mksudnya bakat dh ada dh, cma perlu asah blik je..

    Btul2.. Mnulis sajak ni dpt latih gna dua2 belah otak.. xkira pkerjaan apa, ssape leh tulis puisi.. Bleh jd medan utk sebar kebaikan jga.. =)

    p/s: ada lg satu ayatNya ana tadabbur dn mmg btul2 terkesan.. meh sni ana share..

    “Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

    Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan mmbanggakan diri,”

    ~Surah Al-Hadid (57): 22-23~

    Dn ni link utk snang dptkn terjemahan Al-Qur'an.. bleh copy-paste terus.. tp mngkin klu rsa perlu, edit..

    http://www.cybermq.com/pustaka/alquran-cari

    MF said...

    To Azrai Ahmad Zamri:

    Wslm w.b.t.
    Hu3.. xde la rajin menulis sgt..

    Btul kta enta.. Apa yg pmbaca rsa, xsma dgn apa yg pnulis rsa.. Biasanye, sajak yg dkarang ade mksudnye yg tsndiri buat penulis..
    Erm, mcm sajak sy ni, klu enta dn pmbaca tau mna mula2 sy dpt idea ni.. msti antum smua xjangka.. he3.. (-confidential-)

    Tp xpe.. Mksud sajak ni xrestricted utk satu gaya pmahaman saja.. Mngkin, si pmbaca pla terkesan ats faktor2 yg lain.. Sy pn xtahu apa yg mrk fikirkn..
    Harapnye semua baik2 aja.. =)

    MF said...

    To ibnu jamaluddin:

    Jzkk akh ats mnjwb ptanyaan Akh Azrai, dn miss_purplish..

    Yup, pmbaca kna teroka misteri d sebalik sajak yg dcipta..

    Btul3.. Klu dh ada minat, yg pasti ia mrupakn ssuatu yg baik, jgn ragu2.. Teruskn usahamu dlm bidang yg kamu minati itu!

    p/s: Jzkk ats doanya.. Smoga Allah mmberi yg terbaik utk enta jga.. =)

    nadz ruslan said...

    quote yg memang memberikan saya inspirasi. thanks!

    MF said...

    To lilacfla:

    Ur welcome.. =)