Monday, September 20, 2010

Perkongsian: Adakah kita graduan yang berjaya?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Taqwa. Itulah hadiah bagi graduan 'Madrasah Ramadan' yang berjaya. (Qs. 2: 182)

Ramadhan Datang dan Pergi Lagi...

Ramadhan
 Bulan Tarbiah dalam Ketaqwaan
Bulan Mulia
 Bulan Pengubat Jiwa
 Bulan Barakah Pembawa Limpahan Rahmat Allah Aza Wa Jal 

Ku Panjatkan Kesyukuran PadaNya
Dipertemukanku Lagi Dengan RamadhanNya

Nikmat yang Dikecapi, Tidak Terhingga. Setiap Masa, Detik Ketika
Ku Sujud MengadapNya, Bersyukur Segala

Bulan Ramadhan Yang Mulia, Bulan Barakah Melimpah Ruah
Walau Kudrat Ku Menipis Semakin Usia Menua, Namun Telah Ku Usahakan Jua
Alangkah Beruntung Jika Miliki Kudrat si Anak Muda
 Semoga Doa Serta Ibadah Ku DiterimaNya

Di hujung Ramadhan, Ku Berdoa Pada Yang Esa
Semoga Dipertemukanku Lagi Dengan RamadhanNya

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

---
~ AdiSufi ~
10|09|14


Assalamu'alaikum w.b.t. ^_^

Bagaimana... seronok berhari raya? Banyak duit raya dapat? (layak lagi ke?) Dapat tak kuatkan lagi ikatan silaturrahim sesama saudara?


Alhamdulillah, moga-moganya semua baik-baik belaka.

Baik, tapi bukan itu tujuan saya menulis sebenarnya.
 

Di sini, suka saya bawa beberapa persoalan lain, yang mana mungkin agak 'pelik' atau kurang normal sedikit jika ditanya pada musim sekarang, dalam keadaan masyarakat kita yang masih menyambut raya. Boleh? 

Soalan 1: Kaifa imanuka? Apa khabar iman?

Sihat.. separa sihat.. sakit.. ataupun sudah nazak? =(

Soalan 2: Bagaimana pula amal ibadah yang kita kerjakan di sepanjang bulan Ramadhan? Masih istiqamah lagi menjalankannya? Atau sudah ditinggalkan terus? =(


Maka dari persoalan-persoalan ini, sedikit sebanyak kita dapat membezakan, siapakah yang benar-benar berjaya diacu melalui 'Madrasah Ramadhan' yang lepas, ataupun sekadar melalui Ramadhan kosong, tanpa makna.

InshaAllah, ini sekadar perkongsian ringkas.

Jom sama-sama kita muhasabah!


Kenapa disebut 'Bulan Tarbiyyah'?

Hakikat Ramadhan sebagai 'bulan tarbiyyah' itu adalah agar pelajar-pelajarnya membawa nilai-nilai tarbiyyah yang dia perolehi dalam bulan Ramadhan tadi, keluar dari bulan Ramadhan. Berjayanya seseorang 'ex-student' itu pula dinilai berdasarkan sejauh mana dia mampu mengekalkan nilai-nilai tarbiyyah di dalam dirinya itu, di dalam bulan-bulan yang seterusnya. Faham?

Secara mudah kita ambil sekolah sebagai misalan. Baik, bagaimana kita mahu menilai sama ada seseorang pelajar sekolah itu berjaya atau tidak.


Adakah kita menilainya ketika dia sedang dalam proses belajar? Ketika dia sedang duduk belajar dalam kelas.

Ataupun kita menilainya selepas pelajar tersebut habis dididik, yakni setelah semua silibus-silibus pelajaran berjaya dihabiskan?

Sudah tentu dia dinilai selepas pembelajaran, kerana selagi itu, kita masih tidak dapat mengukur tahap kecerdikan pelajar tersebut. Hasilnya, ujian-ujian dan peperiksaan-peperiksaan dilaksanakan.

Para pelajar diuji.
 


Ujian itu sebagai penilaian 

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman', dan sedangkan mereka tidak diuji?"
- Surah Al-Ankabut (29): 2 -

Sejauh mana prestasi pelajar tersebut diukur berdasarkan sejauh mana keputusan yang berjaya dia perolehi ketika ujian tersebut. Secara mudah, berjayanya seorang pelajar sekolah dapat dilihat pada keputusan SPM nya. Namun, bukan hanya takat itu sahaja penilaiannya. Malah ia berterusan, sehingga mana ex-student itu telah bekerja dan berumah tangga sekalipun, adakah dia boleh dikatakan sebagai seseorang berjaya atau tidak. Di situ penilaiannya. 

Maka, begitu juga dalam kita melalui 'Madrasah Ramadhan', 'Sekolah Ramadhan', atau boleh juga disebut 'Universiti Ramadhan'.

Adakah kita boleh disebut sebagai graduan yang berjaya?

Kini masanya untuk menentukan.

Di luar bulan Ramadhan, yakni bulan ini dan 10 bulan yang bakal mendatang, inilah medannya. Medan peperiksaan kita.
 

Kita diuji dan diuji. Suasana kini sudah kembali seperti biasa. Syaitan tidak lagi diikat. Ramadhan yang dilimpahi dengan rahmat dan berkat juga sudah tiada. Bahkan, suasana masyarakat yang kembali seperti 'biasa' itulah yang pasti lebih mengugat jiwa.

Di sini, kita akan dinilai, adakah kita ini hambaNya yang sejati, atau hanya 'hamba kepada Ramadhan'...

Dan seperti saya katakan, penilaian ini akan berterusan, terus dan terus, bukan hanya istiqamah sebulan dua.

Maka bagaimana, sudah sediakah kita diuji?

Moga-moga tarbiyyah Ramadhan masih pekat dalam diri kita.


Dan sesungguhnya kita jualah yang perlu bergerak, bermujahadah, dalam mengusahakan agar ianya berkekalan.

InshaAllah, jika ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.


Ayuh semua... Peperiksaan sudah pun bermula!



" Wahai anak cucu Adam! Sesugguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagaian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat."
- Surah Al-'Araf (7): 26 -

ps: semoga kita selimutkan diri kita sentiasa dengan pakaian taqwa. inshaAllah. itulah 'baju raya' kita. ^_^

~hargai kehidupan, sedari tujuan, realisasi harapan~

6 comments:

Rafi Harumin said...

Semoga istiqamah sentiasa ada pada diri kita...

MF said...

ashrafi,

Aminn.......

"Wahai Dzat Yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu."

Jamal Ali said...

...kudrat ku menipis semakin usia menua...

Benar-benar...

Apakah kita ketemu Ramadhan yang seterusnya?

Istiqamah...?! Mencuba sedang...

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

kata-kata nta mmbuatkan ana teringat kembali akan 'life line'.. huhu

"Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi,
Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari."

InshaAllah ya akh, sama-sama kita usahakannya.. ^_^

ong ong kedek kedek said...

salam ziarah :)
Insaf aku hu3

MF said...

HASRUL NIZAM,

Wslm w.b.t.

Apa hu3 nya akh? ^_^