Monday, December 27, 2010

Perkongsian: Kematian

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Cinta mati @ Takut mati?
~pic by bebenagio of deviantart

Malam kelmarin, ketika saya bersembang-sembang dengan ibu, entah bagaimana, perbincangan kami memasuki satu topik, iaitu berkenaan kematian.

Saya rasa perkataan 'perbincangan' itu kurang tepat. Mungkin, perkataan 'perkongsian' dari ibu saya itu lebih tepat. Kerana, memang, dalam banyak ketika, saya hanya mampu terdiam dan mengangguk sahaja.

Bagi saya, perkongsian yang ibu saya sampaikan itu ringkas dan santai. Namun tetap, mampu mengetuk minda saya.

Maka di sini, suka saya berkongsi tentangnya.

Kematian.

Ada apa dengannya?

Jom sama-sama kita duduk, renungkan ia sebentar. . .


Saat kematian itu hampir

“ Saat kematian kita sebenarnya dah hampir sangat. Hampir sangat-sangat.” kata ibu.

“ Ya, memang kita tak tahu saat kematian kita itu bila. Tapi, apa yang pasti, kematian itu sudah tidak jauh dari kita”

True.

Ajal itu tidak jauh. Bahkan, setiap detik yang berlalu, hakikatnya, kita sedang menghampiri ajal kita.


Hidup ini hanya sementara

“ Kalau kita fikir, hidup ini… sebenarnya bukan lama mana. Kejap je.”

True.

“ Tapi kenapa… kita masih rasa macam tak ada apa-apa? Kenapa kita masih rasa hidup ini macam lama? Kenapa kita tak boleh nak fokus beramal sepanjang masa?”

Terdiam. Lidah jadi kelu.

“ Macam kita ambil exam. Mesti kan kita nak buat bersungguh-sungguh. T.V. sanggup tak tengok, tak ada masa naik main-main, dan benda-benda lain pun lah.. tak ada kita sibuk-sibuk.” Sungguh-sungguh ibu menuturkan.

“ Sebabnya, kita nak fokus untuk berbuat yang terbaik dalam exam. Kita nak skor A+ dalam exam.”

Think…

“ Macam tu jugak sepatutnya kita di dunia. Patutnya, kita dah tak ada masa nak main-main sangat dah. Patutnya, kita dah tak lepak-lepak dah. Sebab apa? Sebab kita pun nak skor A+ dalam exam dunia kita ini.” kata ibu lagi.

“ Biar… dunia yang kejap ini kita fokus untuk beribadah je. Fokus berbuat dengan sebaik-baiknya. Di akhirat nanti, barulah kita boleh suka-suka. Waktu itu kan kita dah berjaya. Kita dah dapat enjoy sepuas-puasnya. Betul tak?”

*makna ibadah itu luas. jangan hanya disempitkan pada aktiviti solat, zikir dan puasa sahaja.

Angguk. True…

“ Ha.. Kerana, macam itu la cara pemikiran para sahabat. Mereka itu, tak terkesan pun dengan kesenangan kehidupan di dunia. Fokus mereka, nak berjaya akhirat. Kenikmatan yang selama-lamanya.” Tutur ibu lagi.

“ Para sahabat itu, tiap-tiap masa ingat tentang kematian. Perkataan ‘mati’ itu, memang dah melekat sangat la pada otak mereka. Tak macam kita."

" Macam kisah salah seorang dari para sahabat. . .”


Kisah para sahabat – Mu’adz bin Jabbal

Di suatu pagi, Rasulullah s.a.w. menemui Muadz bin Jabbal dan bertanya, “ Bagaimana keadaan kamu di pagi ini?”

Dia menjawab, “ Di pagi ini aku benar-benar beriman, ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apa buktinya?”

Muadz menjawab,
“ Di setiap pagi, aku merasa tidak akan hidup sampai petang hari. Dan di setiap petang,  aku merasa tidak akan hidup sampai pagi hari. Setiap aku melangkahkan satu kaki, aku merasa tidak boleh melangkahkan kaki yang satunya. Aku seperti melihat umat demi umat dipanggil melihat catatan amalnya. Aku seperti melihat penduduk syurga sedang menikmati yang tersedia di syurga, dan penduduk neraka sedang merasa seksa neraka.”

Sabda rasulullah s.a.w.,  “ Kamu sudah mengetahuinya, maka pegang teguhlah, jangan dilepaskan.”


Subhanallah.. hebat sungguh keimanan para sahabat. Aku ini pula… macam mana?



Penutup: Siapa?

Dalam perkongsian yang ibu saya berikan, dalam banyak masa, saya hanya mampu angguk, terdiam, dan termenung. Angguk, terdiam, dan termenung. Hanya sekali dua sahaja saya mencelah.

Tentang kematian, ramai sahaja yang mampu membicarakan pendapat masing-masing, bahkan lebih ramai juga yang langsung tidak mahu ambil peduli memikirkannya.

Namun… siapa yang benar-benar merenung tentang kematian yang pasti dihadapinya itu sedalam-dalamnya. Lalu, mengambil kehidupan ini, untuk digunakan dengan sebaik-baiknya?


Rujukan: 60 Sirah Sahabat Rasulullah s.a.w., karangan Khalid Muhammad Khalid.

4 comments:

layyinul qalbie said...

assalamualaikum...
tiada apa yg nak saya katakan, saya tertegun..terpegun, sungguh terkesan di hati bicaranya... salam untuk seorang ibu yang hebat, yg melahirkan anak sebaik anda... wassalam

layyinul qalbie said...

salam alayk,
saudara, saya bukanlah ingin memberi komen ttg artikel... tentang pendapat saudara mengenai sesuatu. maaf, sy pilih utk bertanya saudara krn 'ilmu agama' saudara yg sy rasakan agak baik. jadi, saya nk tanya soalan ini..

mgkin saudara pernah membaca forum di ILI saya pun tak tahu. tapi, saya ingin tahu pendapat saudara mengenainya. apa pendapat saudara tentang, wanita bersalin, dan dr lelaki yg sambut baby? saja sy nk tanya pendapat org awam mengenai hal ini. terima kasih.

Firdaus Muhammad said...

Salam..

untuk menjawab soalan di atas,, saya mungkin boleh buka sedikit pandangan..

saya orang awam, dan tidak baca forum ILI tu..

Turutan afdhal penyambut bayi semasa ibu bersalin adalah:

1) Wanita Islam
2) Wanita bukan Islam
3) Lelaki Islam
4) Lelaki bukan Islam

sebab itu, sebelum ibu2 itu bersalin, baik sungguh jika mereka telah mengkaji di mana hospital pilihannya,doktor pilihannya..

tetapi jika sudah darurat, tidak menjadi kesalahn jika mana2 lelaki yang menyambutnya..
darurat disini beraksud, tiada pilihan lagi, dan pasti mendatangkan bahaya kepada si ibu dan bayi tersebut..

sekadar perkongsian peribadi..
insan ini sudi menerima teguran..

layyinul qalbie said...

waalaikummussalam..
kepada saudara yg menjawab, sekalung terima kasih dr saya..
alhamdulillah, sy sudah mendapat jwpn yg jelas, apabila berhadapan dgn org2 awam yg masih belum faham ttg ini.. sy pernah 'diserang' pelbagai soaln berkaitan oleh org awam termasuk golgn ustaz yg kurang memahami.. dan sy telahpun mendapat jwpn yg mntap dr seorg lecturer, dan doktor muslimah yg disegani... sengaja sy bertanya org 'agamawan' seperti kalian pula.. untuk mncari jwpn dari dimensi kalian..

anyway terima kasih skali lg atas kesudian menjawab.wassalam.