Thursday, March 4, 2010

Karya Pilihan: Kosong! [Sajak]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kosong
Aku hidup bukan satu,
Kamu bangun bukan dua,
Kita berdiri sebagai kosong,
Atas dasar filsafat hakikat Satu,
Satu yang Wujud dan Abadi,
Hidup,
Tak ada permulaan takkan punah.


Dunia ini ketawa terbahak-bahak,
Atas kita yang kosong,
Memundak dia yang turut kosong,
Realiti mayapada adalah khayalan,
Fantasi kelajuan cahaya,
Buatan kita yang kosong,
Mantik buktinya mendefinisi,
Kenapa kita memuja tempat persinggahan,
Sedangkan akhirnya amat sukar,
Persoalan membawa jawapan,
Satu telah memberi.

Kita kosong di sini,
Pada Satu hakikat wujud kita mesti tuju,
Denai bukannya tapi jalan,
Lurus menanti dengan senyum,
Buat kosong yang dahaga dan mencari,
Air Kasih Satu,
Kita tunduk mesti,
Moga kosong menjadi nilai,
Pada persinggahan terakhir.

----
Ibnu Jamaluddin
Si Lesung Pipit 
Diedit kembali pada: Rabu,  17 Rabiulawal 1431 H, 3 Mac 2010 M, 3.05 A.M.



p/s: sajak yg hebat dr seorang sahabat saya, akh Zulkefli.. semoga Allah merahmati usaha beliau.. Ameen

6 comments:

Jamal Ali said...

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu kembali wahai teman...

MF said...

Subhanallah..
Hebat! Sang penulis sanggup turun padang ke blog yg xsberapa ni.. hehe

Jd, sapa2 yg ada xpahe mna2 part dlm sajak ni bleh la trus mngaju soklan d sni ye.. inshaAllah, kang ibn jamaluddin akn mnjwb pertanyaan anda.. =)

Jamal Ali said...

Apalah ana jika dibandingkan dgn org lain, kpd akh Hariz, ana tetap menjadi pengikut setia blog ni dan tetap mnyokong enta dri blkg

MF said...

Jzkk akhi.. =)

Unknown said...

Salam, Hariz
Sajak yang bermutu, boleh buat koleksi sajak ni..hebat.Saya antara manusia yan gemar membaca sajak, bolehlah cipta sikit2.
Bila baca sajak anda teringat kekawan @ sahabat2 saya di zaman remaja..ramai entah ke mana masing2 kerjaya. K Hariz...eh betulkan nama ni ya..tq

MF said...

_Dpt msa tadabbur Al-Qur'an_ (Hari Kiamat)

'Dan apabila bumi diratakan,
Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong.'
-Sura Al-Insyiqaq (84):4-5

Wallahu'alam