Friday, August 27, 2010

Mini: 17 Ramadhan itu. . .

" Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (Al-Furqan; yakni antara yang benar dan yang batil). ..."
- Surah Al-Baqarah (2): 185 -

---Bulan Ramadhan ialah bulan bermulanya penurunan Al-Qur'an. Bulan keberkatan. Yang mana wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w. ialah surah Al-Alaq (96), ayat 1-5. "Iqra' (Bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. ..." Bagaimana hubungan kita dengan Al-Qur'an? Teman rapat atau hanya sekadar teman tika kebosanan. Maka ayuh di kesempatan bulan mulia, bulan tarbiyyah, bulan Al-Qur'an, mari sama-sama kita didik diri kita, untuk lebih dekat dengan Al-Qur'an. Mari pertingkatkan diri dari segi kualiti bacaan (penghayatan), serta juga kuantiti. InshaAllah, kerana setelah berakhirnya bulan Ramadhan kelak, Al-Qur'an itulah pula mampu menjadi pembenteng kita daripada gangguan syaitan durjana, yang akan kembali dibebaskan. (Qs. 43: 36) [Dijemput membaca, artikel: Back2Qur'an 1, Back2Qur'an (2)]

---Di tarikh ini juga, 17 Ramadhan, berlangsungnya 'Perang Badar' yang mempamerkan kemenangan  umat Islam seramai 313 orang, ke atas musyrikin Makkah yang mempunyai pasukan jauh lebih besar, iaitu 1300 orang. Malah, umat Islam juga punya kekurangan yang nyata dari segi alatan perang dan kenderaan tunggangan. (Pernah diceritakan secara lebih detail di sini) Sebagai iktibar, sejarah ini dengan jelas membuktikan bahawa puasa di Bulan Ramadhan itu hakikatnya bukan pelemah kepada umat Islam, malah dengan iman yang tersemat kukuh di dada, ia mampu menambahkan lagi kekuatan yang mereka ada. Subhanallah!

2 comments:

Rafi Harumin said...

Salam

Indahnya Ramadhan

Allahu Akram

MF said...

ashrafi,

Wslm w.b.t

Ramadhan Al-Mubarak