Friday, September 24, 2010

Sajak: Asalkan kau terus melangkah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

(Diciptakan khas buat semua ikhwah-ikhwah yang ana cintai kerana Allah... Tatkala antum 'down', moga-moga puisi ini dapat menghiburkan antum.. ^^)

Pernah merasa 'down' yang teramat?
Dunia dirasakan sungguh gelap bagi diri, seperti tiada lagi cahaya harapan buat hari esok. Daya dan tenaga juga seakan-akan sirna untuk meneruskan hari-hari kehidupan yang berbaki. Bisikan-bisikan kecewa dan putus asa sentiasa tenggelam timbul menjengah fikiran, menyuruh engkau agar berputus harap. Pasti kau pernah merasainya bukan?



Namun sahabat, jangan. Jangan. Jangan sesekali kau berputus asa daripada rahmat Tuhan.
Allah itu hakikatnya dekat dengan kita. Ya, sungguh dekat. RahmatNya itu mampu meliputi segala. Apa yang perlu kau lakukan, hanyalah dengan tetap bertahan. Jangan mengalah!

Yakinlah, mungkin hari ini engkau merasakan duniamu kelam, namun bulan hadapan, minggu hadapan, bahkan mungkin jua mulai hari esok, duniamu akan kembali tersinar dengan cahaya-cahaya rahmatNya. Ya, yakinlah.  Sesudah kesusahan itu pasti akan datangnya kemudahan. Dan ia akan mampu kau rasai hanyasanya engkau tetap bertahan.

Hanyasanya engkau tetap bertahan.

Maka apabila engkau diuji lagi sedemikan rupa, katakanlah pada dirimu, "Aku mampu bertahan!"
Dan letaklah keyakinan dan tawakkalmu kepadaNya. Sungguh, rahmat Allah pasti tidak jauh darimu.

Yang utama, walauapapun yang terjadi.. Walauapapun yang terjadi...

Asalkan kau terus melangkah. . . 

" Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
- Surah At-Taubah (9): 41 -


Jangan kau mengalah.. Teruskan melangkah!
 ~pic from fotopages.com


Asalkan Kau Terus Melangkah

Sahabatku
Biar ujian seberat gunung
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam
Terperosok
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya
Jangan kau mengalah
Teruslah melangkah

Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah
Ku tahu
Pasti ia berat dan payah
Namun itu semua tidak menjadi masalah
Asalkan kau terus melangkah
Ya, asalkan kau terus melangkah

Bangkitlah!
 Angkat wajahmu
Bersihkan kotoran di bajumu
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu
Keluarlah dikau
Dan lihatlah sinar mentari itu!

Sahabatku
Teruskan langkahanmu
Lagi, dan lagi
Jangan sesekali kau hentikannya
 Ya
Jangan, dan jangan
Kerana aku
Amat-amat kepingin
Agar dikau dapat sama-sama merasai
Keindahan hari esok itu ^_^

Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku. . .

---
MF
kau tidak berseorangan
Allah bersamamu
dan kami jua dibelakangmu
10|07|14


*bersihkan kotoran di bajumu = buang sifat-sifat buruk (atau dosa-dosa) yang masih melekat pada dirimu.

Sumber Rujukan / Ilham :

1. Wahyu kedua yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.,

" Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi."

- Surah Al-Muddassir (74): 1-5 -


2. Ujian itu tarbiyyah dariNya

" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah (2): 216 -


 “ Sungguh ajaib urusan orang yang beriman itu, sesunggunya segala urusan mereka adalah baik, dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”

(HR Muslim)


3. Diuji tanda cinta

“ Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.”
 

(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)


" Tidak ada seorang muslim yang ditimpa ujian berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(HR. Muslim)


4. Sabar itu indah

" Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar."

- Surah Al-Muddassir (74): 7 -


" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar."

- Surah Al-Baqarah (2): 153 -


5.  Yakinlah!

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ..."

- Surah Al-Baqarah (2): 286 -


" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
 

- Surah As-Syarh (94): 5-6
  

"... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ..."

- Surah At-Talaq (65): 2-3 -


6. Hari itu pasti kan tiba

" Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, 'Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.' Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka memperoleh pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya."

- Surah Al-Baraqah (2): 25 -


" Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.'

Kami-lah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta."

-Surah Fussilat (41): 30-31 -


"Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh pahala yang  tidak pernah  ada mata melihatnya, tidak pernah ada telinga mendengarnya, juga tidak ada lintasan dalam hati seseorang manusia pun. Bacalah olehmu semua sekehendakmu - ayat yang ertinya:  ‘Maka tiada seorang pun yang dapat mengetahui pahala yang disembunyikan untuk mereka  yang berupa apa-apa yang menyenangkan mata.” (As-Sajadah, 32: 17)

(Muttafaq'alaih) – Hadis Qudsi 
 

Majulah ke hadapan.. Bergerak ke arah jalan yang Dia redha

---di saat-saat iman terasa 'down' dan diri merasa lemah, saya amat suka menghayati dua sajak ini. 'Mendongak ke Langit Ilahi' dan 'Kosong'. Selalu berkesan dalam memberi diri ini motivasi. ^_^ 

~hargai kehidupan, sedari tujuan, realisasi impian~

15 comments:

Taqiiyah Yusra said...

Assalamualaikum warahmatullah,

sedikit perkongsian,

”...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf : 87)

Pohonlah pertolongan daripada Allah SWT kerana Allah SWT itu adalah sebaik-baik penolongmu. Sungguh luas rahmat dari Allah SWT buat kita. Oleh itu, jangan sia-siakannya rahmat Allah yang dikurniakan kepada kita

Dan ketahuilah pertolongan Allah itu dekat,

Al-Baqarah : 214

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Taqiiyah Yusra said...

Dan ingatlah kita perlu berusaha untuk kearah itu yakni melawan segala halangan yang mampu mengugat diri kita kearah perubahan bakal yang dilakukan.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra’d : 11)

Bukan sahaja dengan melawan setiap halangan yang ditempuhi. Malah kita seharusnya memperbaiki diri diri kita...

Allah sentiasa bersama dengan orang yang berusaha memperbaiki amalannya.. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nahl : 128

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

~Kekuatan itu perlu dicari bukan ditunggu~

Allahua'lam

Rafi Harumin said...

Salam..

Teruskan melangkah dan jangan berputus asa. Sesungguhnya ALLAH itu sentiasa ada bersama kita. Semoga dipermudahkan segala urusan.

MF said...

Qudsia Aaminah,

Wslm w.b.t.

Perkongsian yg cukup bermanfaat..

Stuju, kekuatan itu perlu dibina, jgn sesakali ditunggu..

Semoga pkongsian enti tersebut sdikit sebanyak dpt jua memberi kkuatan buat para pembaca yg mungkin sdang mncari kkuatan..

Jzkk

MF said...

ashrafi,

Wslm w.b.t.

Jzkk akh.. ^^

Enta pn sma, semoga terus-terusan melangkah. Mudah-mudahan Allah bersama kita. Dn jika perlua, ana pn sdia mmbntu, slagi termampu..

InshaAllah

Aminn.. (do'a enta) ^_^

MF said...

Assalamu'alaikum.

Sekadar PEMBERITAHUAN..
(tulis di sini, kerana tidak mahu menggangu post yg sedia ada.. hmm, ada ke yg mmbaca?)

Seteleh semalaman saya memikirkannya, maka saya telah mengambil keputusan utk ber'uzlah' dari blog ini dalam satu tempoh waktu..

Brp lama? Wallahu'alam..
Tp yg pasti (inshaAllah), dlm msa terdekat mmg tidak akan ada post2 yg terbaru..

Jika ada yg btanya mengapa?
Hmm, sekadar permurnian kembali niat.. itu tujuan utama.. menyedari, bhw niat mnulis itu sdikit sebanyak telah dicemari.. astagfirullah

membca kembali posting pertama (blog), alhamdulillah, ckup bkesan mngingatkn diri akan tujuan blog ini dcipta..

sedari wahai diri, sesuatu kebaikan itu, jika tidak engkau ikhlaskan niat hanya keranaNya, ia hanyalah sesuatu yg sia2 cuma.. malah, bakal mngudang kemurkaan dariNya!

menulis, mndapat pembaca2, dll semuanya hanya keranaNya.. kalau tidak, henti-hentikanlah..

InshaAllah. Moga2 ada hikmahnya..

Buat sahabat-sahabatku semua, harap maaf ye..

Dlm sementara ini, blog ini akn saya tinggalkan(dlm erti kata sebenar)
xakn de post.. Xdpt jga mmbalas2 komen dn chat di shoutbox.. malah, bkmungkinan sy tidak akn mmbcanya sama sekali..

Harap maaf..

Kalian, teruslah melangkah..

Saya pn akn terus melangkah, inshaAllah, tetapi buat masa ini, bukan di alam maya.

mohon do'a dari kalian.

semoga Allah redha segalanya.

Barakallahufikum.. ^_^

.sYaFiQ. said...

mahu beruzlah??
moga dapat mentajarudkan niat itu kembali..

apapun..terus melangkah khi..jangan pernah berpatah balik..
sama ada kita meraih kemenangan ataupun syahid di jalan Allah..

arekymz said...

assalam.
alhamdulillah.
insyaallah ana akan sentiasa ingat kepada NYA.
Islam amat tidak menggalak kan umat nya berputus asa dalam melakukan sesuatu kebaikan.
wallahua'lam.

Teratai Biru said...

subhanallah. saya suka puisi ini.

notakaki: pabila kaki letih berlari, teruskan menapak walau dengan merangkak, asalan tidak berhenti.

moga tsabat.

Jamal Ali said...

Terima kasih duhai sobat kerna sudi meneman diri ini merasai keindahan hari esok...


Jika esok hari suria itu memancar dengan terang,
Dan kulihat wajahmu tersenyum manis menyambut diriku,
Jika kubandingkan antara keduanya,
Akan kudapati senyumanmu itu lebih indah...

MF said...

.sYaFiQ.,

Jzkk akh.. InshaAllah..

Menang ataupun mati syahid!

MF said...

Akim,

Wslm w.b.t

Btul3.. Berputus asa kpdNya.. di situlah titik2 kjatuhan..

Jzkk ^_^

MF said...

...teratai biru...,

Alhamdulillah.

Jzkk, kata2 yg baik.. Maju biarpun merangkak!

InshaAllah. Semoga tsabat.

MF said...

Ibnu Jamaluddin,

Huhuhu.

Jzkk kembali ya akh. ^_^

ameer faris said...

salam wbr
artikel yg sngt2 mnarik..
mmberi sy smgt utk trus melangkah dan x brputus asa dalm mncari keredhaan Allah..syukran ya akhi!